Friday, October 08, 2021

TIDAK MAHU TERTERIAK-TERIAK DI KEDAI KOPI- SEBAB DR YUSOF YAKOB SOKONG GRS


JIKA kekal sebagai ADUN pembangkang, beliau hanya mampu berteriak-teriak di kedai kopi, tetapi tiada apa-apa dilakukan untuk rakyat. Itu lah alasan ADUN Sindumin tersebut keluar daripada parti Warisan dan menjadi ADUN Bebas, Pro Kerajaan.

Sekurang-kurangnya Datuk Dr Yusof Yakob mengakui, bahawa ADUN pembangkang, tidak dapat membantu rakyat yang diwakili, dari segi pembangunan dan kemajuan.

Hakikatnya memang lah demikian. Wakil rakyat pembangkang, hanya mampu berteriak-berteriak, berhujah, seolah serba tahu, ibarat, ikan masin pun boleh berenang semula.

Tindakan ADUN Sindumin tersebut perlu menjadi iktabar pada rakyat atau pengundi, bahawa menyokong parti, yang tidak mendapat sokongan rakyat secara umum, ada lah sia-sia.

Parti Warisan, walaupun menang beberapa kerusi samada pada PRU-14 dan PRN-16, akan tetapi tidak dapat membentuk kerajaan, kerana secara umumnya rakyat atau pengundi Sabah tidak menyokong parti tersebut.

Parti Warisan tidak pernah diberi mandat oleh rakyat. Parti itu menjadi kerajaan selepas PRU-14, akibat pengkhianatan beberapa ADUN BN, daripada Umno dan UPKO, sehinggakan kerajaan yang dibentuk selepas PRU-14 tumbang.

Menjelang PRU-15 yang hanya melibatkan parlimen di Sabah, sekali lagi rakyat atau pengundi Sabah diingatkan, terutama yang di kawasan-kawasan yang dimenangi parti tersebut, untuk memikirkan semula sokongan mereka, kerana jika kekal menyokong calon-calon parti tersebut, tindakan mereka akan sia-sia, kerana hanya mampu berteriak-teriak di kedai kopi.

Nota: Secara rasmi pada Jumaat- 8 Oktober, Datuk Dr Yusof Yakob keluar daripada parti Warisan Sabah.

No comments:

Blog Archive