Wednesday, October 31, 2018

DISEBALIK SENJATA AMPUH TUN DR MAHATHIR

Sebelum ini politik dendam sudah sinonim dengan negara-negara Afrika dan Asia Barat.

Rupanya politik dendam di negara-negara berkenaan belum dapat menandingi politik dendam di Malaysia.

Memang setakat ini, belum berlaku pembunuhan secara fizikal kepada musuh-musuh politik, akan tetapi pembunuhan karakter yang digunapakai.

Hakikatnya, pembunuhan karakter jauh lebih menyakitkan berbanding pembunuhan fizikal (mengambil nyawa) kerana menyebabkan seseorang itu menderita mental, menderita masa, menderita moral, menderita fizikal dalam jangka masa yang lama. Malah impaknya, bukan sahaja kepada pemimpin yang didera itu, akan tetapi merebak kepada pengikut dan penyokongnya malah parti yang dipimpin.

Hampir-hampir berlaku kepada DS Ahmad Zahid Hamidi, kerana sayap pemuda UMNO telah membuat keputusan supaya beliau bercuti daripada menjalankan tugas Presiden Umno.

Malah kini, sangat hangat diperkatakan, 40 MP parti itu akan menyeberang ke dalam PPBM, parti Tun Dr Mahathir yang hanya menang 13 MP pada PRU-14, namun kini sudah mempunyai 14 kerusi kerana MP Jeli yang juga AMT Umno menyertai parti itu.

Proses mendera mental yang dilakukan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap para pemimpin UMNO, yang menggunakan TUDUHAN rasuah dan PENGUBAHAN WANG adalah pendekatan politik yang amat jitu, kerana rakyat lebih tertarik mengenainya, berbanding tuduhan-tuduan salah laku seks atau kesalahan moral lain.

Pembunuhan karakter menggunakan pendekatan material yang digunakan PH beberapa tahun sebelum PRU-14 terhadap DS Najib Razak dan isteri beliau, terbukti ampuh apabila Bn tumpas pada PRU tersebut.

Pendekatan penghapusan TOL, hutang Peneroka Felda, penghapusan hutang PTPTN, pendidikan percuma, gaji minima RM1,500, penyediaan 1juta peluang pekerjaan, memansuhkan GST semuanya pendekatan material yang menyebabkan rakyat mengundi PH pada PRU-14.

Kenyataan Tun Dr Mahathir, bahawa akan ramai lagi "jerung" bakal ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, adalah satu perang psikologi supaya mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Bn dan kini masih wakil rakyat sentiasa tertekan. Mereka ini dalam keadaan, "meskipun punggung sudah bersih, namun jika jari mengorek lubang tahi, tetap sahaja jari berbahu tahi".

No comments:

Blog Archive