Showing posts with label PASCA PRU-14. Show all posts
Showing posts with label PASCA PRU-14. Show all posts

Thursday, January 17, 2019

NAJIB SEMAKIN DIRINDUI RAKYAT

APAPUN tomahan dan dakwaan terhadap seorang yang ikhlas membangun negara dan rakyatnya, pasti akan diingati.

Najib dimomokkan dengan isu 1MDB dan dana politik yang beliau terima melalui akaun pribadi beliau. 

Kerajaan semasa telahpun bertindak membuat dakwaan di mahkamah, namun perbicaraan belum bermula.

Walaupun Najib didakwa dengan beberbagai tuduhan, namun beliau meneruskan aktiviti harian beliau secara solo, dengan menghibahkan berbagai keluahan rakyat menerusi media sosial.

Akhir-akhir ini, PM-6 negara itu bukan sahaja menjadi buah bibir rakyat biasa akan tetapi beliau semakin diminati di media sosial.

Sempena PRK Cameron Highlands, Najib yang merupakan anak watan Pahang turut turun padang membantu calon Bn Ramli Mohd Nor. Jika beliau menang, merupakan wakil parlimen pertama daripada kalangan orang asli.

Kehadiran Najib di PRK itu, rata-rata tidak disenangi pemimpin PH, kerana akan menjadi penghalang kepada calon PH daripada DAP.

Sejauh mana kah impak kehadiran Najib, akan diketahui menerusi keputusan PRK pada 26 Januari.

Saturday, December 29, 2018

PPBM PARTI MELAYU DAN BUMIPUTERA: TUN DR MAHATHIR

Pemerhati daripada Sabah AGM-2 PPBM
Ucapan dasar Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir menerusi AGM ke-2 parti itu di PICC- Putrajaya malam ini, menegaskan sekali lagi, bahawa penubuhan PPBM adalah untuk mewakili kaum melayu dan bumiputera di negara ini.

Beliau mengakui bahawa sebelum dan selepas merdeka, sehingga tahun 2003, Umno adalah parti yang melindungi melayu dan bumiputera selain suku kaum lain di negara ini, namun, menurut PM-7 itu, asas itu berubah, selepas itu, dan akhirnya parti yang disanjung kaum melayu dan bumiputera itu kehilangan kuasa kerana perbuatan para pemimpinnya sendiri.

Kini, menurut Tun Dr Mahathir, UMNO sudah berkecai, menunggu untuk dikuburkan, kerana orang melayu dan bumiputera mula meninggalkannya.
Tun Dr Mahathir PICC Putrajaya

PPBM bukanlah Umno ke-2 atau sewaktu dengannya, atau klon daripada parti itu, akan tetapi PPBM merupakan parti melayu dan bumiputera dalam Malaysia Baharu.

Dalam ucapan dasar itu juga, Tun Dr Mahathir menyatakan, bahawa di negara ini, tiada parti yang boleh mengalahkan Umno, tanpa sebuah parti yang disokong oleh kaum melayu dan bumiputera. Dengan kenyataan itu, bermakna pada PRU-14 lalu, kemenangan PH, kerana kehadiran PPBM. Kenyataan itu juga membawa maksud, parti yang didokong parti itu di Sabah, Parti Warisan Sabah menang 21 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen, kerana PPBM tidak meletakkan calon, sebaliknya memberi sokongan kepada calon PH dan PWS.

Walaupun PWS dan PH tidak menang di Sabah, namun dapat membentuk kerajaan, kerana lompat parti.

Penyebab utama mengapa PWS dan PH tidak menang di Sabah, kerana faktor kepimpinan negeri masa itu yang masih dipertahankan rakyat. Tanpa mereka, kemungkinan besar, akan merupai negeri-negeri lain di Semenanjung, termasuk negeri asal Umno, Johor.

Kini, senario politik tanah air berubah, khususnya hala tuju kaum melayu dan bumiputera. Di Sabah khasnya, selepas PRU-14, para mantan wakil rakyat dan pemimpin Umno telah melihat, bahawa PPBM adalah parti sandaran untuk bumiputera seterusnya.

ANWAR MENYINDIR AZMIN

Menerusi tweet Dato Seri Anwar, meskipun tidak menyebut nama, akan tetapi merujuk kepada Azmin. Presiden PKR itu menulis, agar "orang" itu tumpukan pada pemulihan ekonomi, bukannya politiking. Sementara itu, MP Rembau- Khairy Jamaluddin dalam tweet "menulis, "orang itu" tidak tahu hari ini, hari apa?.. Tidak pasti apa kah mereka merujuk pada orang yang sama.

Anwar juga meminta, agar timbalannya itu menggunakan saluran parti untuk menegur, bukannya media massa. 

Azmin dikenalpasti tidak mahu beberapa pemimpin dilantik ke dalam saf kepiminan parti, namun Anwar bersifat inkuslif, mahu semua berada pada saf kepimpinan.

Akan berlama kah "feud" antara Anwar dan Azmin bertahan? hanya masa menentukan.

Bukan rahsia lagi, selepas PRU-14, dibicarakan, dijadikan isu, bahawa PKR akan berpecah, antara kumpulan kartel dan reformasi. Tanda-tanda itu semakin jelas akhir-akhir ini. Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Walau apapun, tugas utama Tun Dr Mahathir adalah untuk menstabilkan politik tanah air. Hanya menerusi kestabilan politik, ekonomi akan stabil. Jika ekonomi tidak stabil, maka akan berimpak kepada rakyat.

APA KAH PKR BAKAL BERPECAH?

Pertanda parti PKR tertunda berpecah, apabila Azmin Ali mengurungkan niat bertanding jawatan Presiden, menentang Dato Seri Anwar Ibrahim. Walaupun demikian, jika Azmin kalah melawan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan, perpecahan parti itu tidak terbendung.

Kini, perpecahan semakin jelas, retak menunggu belah, berikutan kenyataan media Azmin Ali berhubungan dengan perlantikan Rafizi sebagai Naib Presiden. Sebelum ini, tanda-tanda parti itu menuju perpecahan, apabila Nurul Izzah melepaskan semua jawatan parti. Nurul dan Rafizi dalam kelompok reformasi manakala Azmin kelompok kartel.

Bukan perkara sulit, selepas PRU-14, daripada 50 wakil rakyat PKR, diisukan hampir separuh daripada mereka bersama Azmin dalam kelompok kartel, dan bila-bila masa akan berpaling tadah.

Senario politik dalam PH khususnya yang berkaitan dengan PPBM yang ketandusan pemimpin, selepas era Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhiyiddin, ada hubung kait dengan kumpulan kartel pimpinan Azmin. 

Politik Malaysia, sejak merdeka, terbiasa dengan parti yang menjadi teraju, khususnya parti yang diwakili segmen terbesar rakyat negara ini. Dalam kerajaan PH sekarang, hanya DAP disokong oleh satu kaum, manakala PKR berbilang kaum. DAP tidak mewakili segemen tterbesar rakyat negara ini. Melihatkan taburan kerusi-kerusi dalam PH, DAP adalah parti tunjang jika dilihat daripada segmen kaum, manakala PKR, PPBM dan Amanah tidak mempunyai status itu.

Kecenderungan PPBM memperkukuh kekuatan, bagi mewakili segmen terbesar rakyat negara ini, apabila mantan-mantan wakil rakyat dan pemimpin Umno mempunyai kecenderungan menyerti parti yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir tersebut. Jika ianya menjadi kenyataan dan seterusnya bergabung dengan kumpulan kartel pimpinan Azmin, maka PPBM akan menjadi parti terbesar dalam negara ini.

Dalam politik semua boleh berlaku. Adalah diyakini, jika kumpulan Azmin secara enblok menyertai PPBM, besar kemungkin beliau akan menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir sedar, kestabilan politik penting. Jika politik tidak stabil maka akan mempengaruhi semua perkara dalam negara, khususnya ekonomi, kewangan, dan kepercayaan pelabur.

Adalah fakta selepas PRU-14, apabila kestabilan politik diragui, maka berimpak negatif terhadap ekonomi negara, nilai ringgit merundum, harga komiditi menurun, pasaran saham kehilangan berbilion ringgit, ekonomi outlook oleh badan penara antarabangsa diturunkan.

Adalah menjadi tugas utama Tun Dr Mahathir menstabilkan politik negara ini, menerusi pengukuhan parti yang beliau terajui, PPBM. Kenyataan Media Azmin Ali (caption) memperkuat spekulasi itu.

DISEBALIK SURAT LAYANG KAITKAN HAJIJI

Penulis tidak menuduh bahawa surat layang yang dikaitkan Datuk Hajiji Haji Noor yang bersifat sangat amatur itu, dengan parti atau pemimpin tertentu yang merasa bahang mengancam apabila ura-ura para mantan wakil rakyat Umno dan pemimpinnya bakal membawa masuk PPBM ke Sabah.

Surat yang tidak menunjukkan stantard itu, selain tersalah alamat, dan tidak mengikut protokal surat menyurat, menunjukkan bukan ditulis oleh pemimpin yang mempunyai pengalaman, sebaliknya oleh pihak-pihak siber trooper parti tertentu yang masih ingusan dalam perkara surat-surat menyurat.

Penulis daripada awal lagi, telah membaca surat layang itu, sebelum Hajiji membuat respon. Apabila membaca kandungan dan cara surat itu ditulis, bukan sahaja 100% ianya surat palsu, tetapi tidak mengundang fitnah pun, kerana cara penulisnya, bukan ditulis oleh pemimpin sekelibar Hajiji, akan tetapi surat itu dikarang oleh mereka yang sangat amatur atau masih ingusan.

Surat seperti itu, hanya boleh diterima oleh mereka yang kurang pendidikan, kurang pengetahuan politik dan kurang mengerti cara kerajaan ditadbir urus.

Surat seperti itu, jika sampai ke meja Tun Dr Mahathir, bukan sahaja ditong sampahkan, akan tetapi membuatkan PM ke-7 itu ketawa terbahak-bahak.

Mengapa respon Hajiji menjadi berita media cetak atau media online? kerana kerana surat seperti itu pun, boleh mengusik ADUN Sulaman itu.

Surat layang seperti itu, bukan baharu di negara ini, sejak adanya media sosial, serta jaringan atas talian, kerana setiap orang boleh menjadi wartawan mee segera, dengan berbagai bentuk tulisan atau berita-berita palsu.

Kalau sesiapa yang rajin membaca cerita-cerita di media sosial dan media online, berlambak cerita-cerita seumpama itu.

Memang diakui, di Sabah isu berkaitan IC projek sangat sensitif dan dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir oleh pihak-pihak tertentu, khususnya parti yang berasaskan KDM. Tiada parti yang diterajui bumiputera islam tidak terlepas kepada tuduhan projek IC, termasuk lah Parti Warisan Sabah dan Umno.

Walaupun projek IC dijadikan isu politik, malah menjadi hujah di Dewan Rakyat, namun fakta menerusi RCI PATI Sabah yang diumumkan pada December 2014, hanya 90,000 kad pengenalan yang wujud dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara, sebagai rakyat yang diragukan statusnya. Manakala, hampir 800 ribu penduduk yang bermastutin di Sabah bukanlah rakyat Sabah atau negara ini, ertinya, mereka itu tidak boleh menyertai mana-mana parti politik atau mendaftar sebagai pengundi.

Pihak-pihak yang merasas terancam kemasukan PPBM, bukannya di peringkat parti atau pemimpin politik, akan tetapi hanya mainan di media sosial oleh cytro penyokong parti-parti tertentu.

Friday, December 28, 2018

MENGAPA WARISAN BIMBANG KEMASUKAN PPBM?

Parti Warisan Sabah menganggap kemasukan PPBM ke Sabah, kononnya sebagai tindakan balas dendam mantan-mantan wakil rakyat Umno terhadap kerajaan Warisan dan PH. Bukan kah PPBM itu komponen parti dalam PH? 

Mengapa Warisan mahu mencatur hala tuju PPBM? sedangkan parti itu bukanpun sebahagian daripada PH.

Hubungan antara Warisan dan PH hanya kolaborasi semasa berhadapan dengan PRU-14, di saat akhir, sebagai strategi politik untuk tidak saling berhadapan pada pilihan raya itu. 

Persetujuan antara PPBM dan Warisan hanya terhad kepada PRU itu, dalam soal-soal perletakan calon, bukannya ikatan kerjasama bertulis.

Melihat kepada kebimbangan PWS itu, menunjukkan kemenangan 21 kerusi Dun dan 8 kerusi parlimen, bukan kerana parti itu, akan tetapi kerana kolaborasi dengan PH, khususnya PPBM pimpinan Tun Dr Mahathir.

Kenyataan Ketua Wira Warisan kononnya, wakil rakyat BEBAS, bagaikan ANJING TIDAK BERTUAN, adalah satu penghinaan kepada Tun Dr Mahathir, kerana kaedah itu adalah cetusan idea Perdana Menteri ke-7 itu. Idea Tun Dr Mahathir, adalah wakil rakyat daripada parti lain perlu melalui PROSES KELUAR-MENJADI WAKIL RAKYAT BEBAS- MENYOKONG KERAJAAN PH- MASA BERTENANG- BARU DITERIMA SEBAGAI AHLI, MANA-MANA PARTI DALAM PH.

Sebahagian rakyat Sabah khususnya para wakil rakyat dan para mantan pemimpin Umno, berpendapat, demi kemajuan negeri dan rakyat, maka perlu lebih dekat dengan kerajaan Persekutuan, khususnya parti yang dianggotai Perdana Menteri.

Sejarah politik Sabah, jika pemimpin atau wakil rakyat tidak sebahagian daripada parti yang dinaungi Perdana Menteri, maka peruntukan pembangunan tersendat-sendat seperti mana berlaku sebelum tahun 1994.

Pembangunan dan kemajuan Sabah bertambah pesat, apabila parti yang menerajui kerajaan negeri separti dengan Perdana Menteri, separti mana yang dialami Sabah selama 24 tahun.

Bayangkan apabila pada tahun 1994, kerajaan Bn yang diterajui parti yang merupakan tunjang kepada kerajaan Persekutuan mewarisi kerajaan yang hampir muflis pada tahun 1994, namun 24 tahun kemudian, Sabah melonjak daripada segi kemajuan, tidak lagi menjadi negeri termiskin, malah sebuah negeri yang mempunyai simpanan kewangan hampir RM4bilion.

Para pemimpin Sabah yang berfikiran ke depan, memikirkan berkaitan kemajuan dan pembangunan Sabah, kerana melihat kepada fakta sejak PWS menerajui kerajaan negeri, berbilion projek untuk Sabah dibatalkan, manakala di negeri Kedah berbilion projek diteruskan, kerana negeri itu diterajui oleh parti yang separti dengan Perdana Menteri.

Apa kah rakyat Sabah hanya berpeluk tubuh? sudah tentunya tidak!!!! inilah antara faktor pertimbangan para wakil rakyat bebas dan mantan-mantan pemimpin Umno Sabah menyertai parti yang diterajui Perdana Menteri.

Kehadiran PPBM merupakan tindakan yang betul sebagai semak dan imbang terhadap PWS kerana dua parti itu mewakili segmen rakyat yang sama.

Wednesday, December 26, 2018

PERSETUJUAN TIDAK BERTULIS WARISAN DAN PPBM

Persetujuan tidak bertulis antara Parti Warisan Sabah (PWS) dan PPBM hanya berdepan dengan PRU- 14. Demikian juga antara PH dan PWS, hanya pada PRU-14. Mereka hanya kolaborasi untuk tidak bertembung antara satu sama lain, meskipun di Parlimen Batu Sapi, parti Amanah meletakkan calon.

Al-hasil daripada tidak bertembung itu, di peringkat Dun PWS menang 21, DAP 6 dan PKR 2. Diperingkat parlimen pula PWS menang 8, DAP 3, PKR 3.

Pada awal penubuhan PWS, memangpun parti itu tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti, namun menjelang pilihan raya, pendirian itu berubah.

Keputusan PRU-14 Sabah, di peringkat Dun tiada parti yang menang, manakala di peringkat parlimen, kolaborasi antara PWS dan PH mengatasi jumlah kerusi Bn yang hanya menang 10 kerusi, 7 Umno, 1 UPKO, 1PBS, 1 PBRS.

Di peringkat parlimen, Umno kalah separuh, manakala PBRS menang 100% dan parti yang kalah teruk adalah LDP diikuti PBS dan UPKO. Di peringkat Dun pula, LDP dan MCA serta Gerakan kalah teruk, kerana gagal menang sebarang kerusi.

PWS bukan sebahagian daripada PH, melainkan hanya berkolaborasi. Dengan pengertian demikian, seharusnya, tidak timbul meminta persetujuan lebih dahulu daripada PWS bagi PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Kalau PWS beranggapan, bahawa parti itu telah mengalahkan Umno, ianya tidak betul, kerana di peringkat Dun, Umno masih menang 17 daripada 32 yang ditandingi, manakala di peringkat parlimen draw antara PWS dan Umno; 7-7.

Kemasukan PPBM ke Sabah adalah atas permintaan sebahagian rakyat Sabah, sama dengan di Sarawak, pengembangan sayap PPBM di bumi kenyalang adalah atas perimintaan rakyat negeri itu.

PPBM atau dalam bahasa inggerisnya United Malaysian Natives Organisation (UMNO), walaupun tiada yang mengatakan klon UMNO, akan tetapi daripada segi perjuangan dan hala tujunya serupa, lagipun parti itu ditubuhkan oleh mereka yang mempunyai DNA Umno, termasuklah "umno totok" Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Di Sabah, jika PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah, akan berlaku senario semasa Usno dibubarkan bagi memberi peluang kepada Umno, demikian juga pada kali ini, akan berlaku antara Umno dan PPBM.

Memang UMNO Sabah masih wujud, namun sama halnya semasa Umno masuk ke Sabah, meskipun USNO asal dibubarkan, namun masih ada yang kekal dengan Usno asal, malah mereka menubuhkan USNO baru.

Memang dirasakan oleh PWS, jika PPBM mengembangkan sayap ke Sabah, parti itu takut kehilangan sokongan di kawasan-kawasan tradisi Umno, keculai di Semporna dan Silam. Jika diambil pendekatan apa yang dimenangi Umno semasa PRU-14, maka daripada 32 kawasan bumiputera islam, PPBM akan bertanding 17 kerusi, manakala PWS 15. Tetapi jangan lupa pula, di 12 kawasan lain yang dimenangi komponen Bn, akan juga ditandingi PPBM, dengan kata lain, PPBM akan menjadi parti dominan di Sabah.Dengan pengertian yang demikian, maka biasanya parti yang mempunyai kerusi terbanyak akan menjadi Ketua Menteri... ini lah puncanya mengapa PWS beria-ia sangat menghalang kemasukan PPBM!!!!.

SENARIO POLITIK SABAH

Politik Sabah cukup pragmatik, sehinggakan sukar diramal. Mungkin atas faktor tersebut, ramai pemimpin politik mengubah arah.

Sejarah politik Sabah, sebelum tahun 1994, setiap 9 tahun atau dua penggal, kerajaan bertukar. Namun, selepas Bn yang diterajui Umno mengambil alih kerajaan pada tahun 1994 dengan memperkenalkan penggiliran Ketua Menteri Sabah, telah membendung perubahan kerajaan dan kerajaan yang memerintah meneruskan pemerintahan selama 24 tanpa putus.

Namun pada PRU-14, politik Sabah ikut rentak lama. Kerajaan Usno kalah kerana pemimpin parti menubuhkan parti, demikian juga parti Berjaya kerana pemimpin sendiri bertindak sama. PBS kalah kerana pertualangan pemimpin sendiri, demikian juga Umno/Bn kalah kerana tindakan pemimpin sendiri.

Dalam politik Sabah dan Malaysia, kekalahan parti pemerintah kerana tindakan pemimpin parti yang memerintah.

Melihat kepada fenomena di atas, maka kerajaan yang sedang memerintah juga akan kalah, jika ada pemimpin parti itu bertindak keluar parti.

Selepas PRU-14, belum ada pemimpin atau wakil rakyat daripada kerajaan yang memerintah keluar parti, apa yang berlaku, adalah kecenderungan memperkuat parti yang sedang memerintah.

Melihat senario itu, maka besar kemungkinan kerajaan yang sedang memerintah akan meneruskan pemerintahan termasuk pada PRU-15.

Jika PH di peringkat Persekutuan kekal kukuh, maka tiada parti yang boleh menggugat kerajaan PH, termasuk daripada Umno dan PAS.

Pemimpin Sabah, khususnya daripada mantan-mantan pemimpin Umno melihat senario politik itu, dan sebab itu, mereka memutuskan, daripada menjadi pembangkang, adalah lebih baik bersama kerajaan. Menerusi tindakan itu, sekurang-kurangnya kawasan-kawasan yang diwakili mendapat pembelaan daripada kerajaan.

Dalam perjuangan politik, pemimpin kena berfikir ke depan. Perlu memikirkan kawasan dan rakyat yang diwakili, bukannya sentiasa bertegar meneggakan benang basah. Berbeza dengan pemimpin yang mewakili kawasan maju, seperti mana berlaku di kawasan-kawasan yang diwakili DAP, kerana kawasan-kawasan itu tidak bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan, kerana penduduknya menyumbang kepada kemajuan kawasan masing-masing.

Dalam senario politik Sabah, kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang, adalah kawasan-kawasan yang sangat bergantung kepada dana kerajaan untuk membangun. Tanpa peruntukan daripada kerajaan, maka kawasan-kawasan itu akan menuju kedaifan.

Rakyat Sabah perlu berfikiran terbuka, para pemimpin yang menukar flatform perjuangan, sebenarnya kekal dengan hala tuju perjuangan, iaitu memajukan dan pembangun kawasan dan rakyat yang diwakili.

Kini, berlaku pertembungan senario politik di Sabah. Parti Warisan Sabah (PWS) mahu memaksa rakyat Sabah tiada pilihan, melainkan parti itu mahu menjadi jaguh mewakili rakyat Sabah, namun ianya hanya diatas kertas, bukannya daripada segi tindakan. Kerana keinginan itu, maka mahu menghalang kemasukan PPBM yang diterajui Tun Dr Mahathir.

Dalam dunia demokrasi, sepatutnya tidak wujud pemaksaaan atau menghalang, kerana setiap rakyat seharusnya bebas memilih parti politik yang ingin disertai. Fikir-Fikirkan.

Monday, December 24, 2018

INGATKAN PEMBALAKAN SUDAH TIADA


Para pemimpin dan penyokong Parti Warisan Sabah begitu pantang melihat lori balak sebelum PRU-14, terus mengaitkan dengan kepimpinan Bn yang diterajui Tan Sri Musa Aman.

Dalam jelajah kempen, para pemimpin PWS khususnya Datuk Shafie Apdal, memberi tahu rakyat Sabah, jika parti itu diberi peluang memerintah, maka pembalakan akan dihentikan.

Mereka pada masa itu menafikan tindakan kerajaan negeri era Bn, bahawa keluasan hutan Sabah terus meningkat, kerana pembalakan dilakukan dengan minima sekali. Akibat polisi kerajaan era Bn, khususnya 15 tahun terakhir, bermula daripada tahun 2003, pembalakan hanya dilaksanakan menerusi pembalakan terpilih, iaitu hanya menebang pokok-pokok tua. Sebab itu lah, menerusi kebijaksanaan itu, keluasan hutan Sabah meningkat kepada 1.9juta hektar pada hujung tahun 2017, daripada 838ribu hektar pada tahun 2002.

Kini, sejak pergantian kerajaan lori-lori balak di kawasan hutan simpan (caption), bukan sahaja menjadi pemandangan, akan tetapi beroperasi sepanjang masa. Melihat kepada fenomena ini, penulis tidak pasti, apa kah keputusan kerajaan sekarang yang melarang eksport kayu bulat masih berkuat kuasa? kalau berkuat kuasa, maka sudah tentu kilang-kilang papan akan tumbuh bagaikan cendawan. Namun, setakat ini, penulis tidak melihat diviralkan pertambahan kilang-kilang papan, atau perabot, melainkan hanya lori-lori balak dengan load kayu yang segar.

Nampaknya, jika pembalakan terus berjalan, dalam tempoh 5 tahun ini, keluasan hutan kekal Sabah akan merundum dengan cepatnya sekali.

Menerusi bajet Sabah tahun 2019, perolehan daripada kayu kayan tidaklah siginifikan sangat, bermakna, polisi kerajaan daripada pembalakan yang melarang ekspot kayu bulat memang berkuat kuasa. Persoalannya, kemana kayu kayan yang ditebang itu dihantar??

POLITIK SABAH: RAKYAT PERLU PEMIMPIN ATAU SEBALIKNYA?

Ambil contoh PRU-14, jika rakyat perlu pemimpin, sudah tentu, calon-calon yang mempunyai kedudukan tidak akan kalah dalam pilihan raya itu. Demikian juga, jika rakyat perlukan pemimpin berpengalaman, tidak akan kalah calon-calon dalam kategori itu.

Natijahnya, menerusi PRU-14, calon-calon yang termasuk dalam kategori pemimpin perlu rakyat, dan rakyat perlu pemimpin dalam situasi menang-menang, bagaikan aur dengan tebing, maka menang dalam PRU tersebut, manakala calon-calon yang mengejar kedudukan untuk diri sendiri, hanyut. Fakta tidak berbohong, itulah kenyataan.

Oleh kerana dalam pilihan raya, rakyat yang menolak pemimpin tertentu yang hanya mengejar kedudukan dan status, maka mereka dimalukan apabila kalah pada calon-calon yang tidak bernama. Menerusi kekalahan itu, seharusnya mereka itu sedar diri, bahawa kepimpinan mereka sudah ditamatkan.

Mengubah flatform perjuangan, untuk mereka kembali mendapatkan status dan kedudukan semula, seperti mana yang lalu-lalu, tidak semudah itu, kerana senario politik sekarang, sudah berbeza.

Di Sabah mengkambingkan hitamkan Umno sebagai punca penolakan rakyat, tidak sepenuhnya benar, kerana menerusi PRU-14, daripada 32 calon Umno di peringkat Dun, calon parti itu masih menang 17 atau lebih 53 peratus, manakala di peringkat parlimen, masih menang separuh, apabila menang 7 daripada 14 kawasan parlimen yang ditandingi.

Meninggalkan Umno, kerana alasan-alasan yang dibuat-buat, tidak semudah itu diterima rakyat, kerana rakyat tahu, bahawa mereka itu hanya berselindung daripada kelemahan masing-masing, bukannya untuk kepentingan rakyat.

Rakyat atau pengundi bukanlah tergolong bodoh, mereka tahu menilai, mana pemimpin yang perlu dipertahankan, namun, kerana senario politik semasa, pemimpin yang menang dalam pilihan raya lalu, terikut-ikut dengan rentak para pemimpin yang ditolak rakyat. Sehinggakan sekelip matapun, cara dan tindakan mereka sudah seperti pemimpin yang ditolak, hanya tahu bercakap, tetapi tidak walk the talk!!!.

Mereka yang kalah dalam pilihan raya lalu, adalah mereka yang tidak memberi perhargaan apa yang ditulis menerusi media sosial, malah pemimpin yang mempunyai jawatan Ketua Penerangan, takut pada media sosial, akibatnya, walaupun beberapa penggal dipilih sebagai wakil rakyat, akhirnya kalah teruk pada PRU lalu.

Mereka yang termasuk dalam kategori ini, kini sedang mengubah flatform perjuangan, mungkin, akan berlaku, kenyataan Datuk Khaleed Nordin, meraka ini akan hanya akan memeningkan pemimpin parti yang bakal dituju.Fikir-Fikirkan.

Sunday, December 23, 2018

PERUNTUKAN UNTUK SABAH: IMPAK PEMIMPIN LEMAH

Apabila pemimpin negeri lemah, maka impaknya kepada negeri dan rakyatnya. 

24 tahun yang lalu, termasuk 15 tahun era Tan Sri Musa Aman setiap pemimpin Sabah berjuang untuk menambah peruntukan untuk pembangunan dan kemajuan Sabah. Impak kepada perjuangan itu, maka sepatutnya tahun depan 56 projek berimpak kepada aktivti ekonomi Sabah dan rakyatnya bernilai RM5.7bilion bakal dilaksanakan, namun akibat pemimpin Sabah yang lemah, maka projek-projek itu dibatalkan (caption).

Rakyat Sabah akan sentiasa mengingati bagaimana Sabah membangun pada era kerajaan barisan Nasional, khususnya 15 tahun terakhir sebelum 12 Mei, 2018.

Kerajaan Bn Sabah sebenarnya telah mewarisi kadar kemiskinan yang cukup tinggi dan negeri yang hampir muflis apabila mengambil alih kerajaan pada tahun 1994. Berbeza dengan kerajaan Parti Warisan Sabah yang mewarisi sebuah negeri yang sedang maju bersama dengan simpanan kewangan negeri yang hampir RM4bilion.

Kerajaan Bn juga mewarisi kawasan hutan hanya berkeluasan 838ribu hektar, namun kerajaan Sabah hari ini mewarisi 1.87juta hektar kawasan hutan.

Dengan dibatalkannya projek bernilai RM5.7bilion, maka aktiviti ekonomi Sabah bukan sahaja menjadi perlahan, akan tetapi menunju kelembaban, dan akhirnya kembali di era semasa Bn mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1994.

Kerajaan Sabah yang bukan merupakan sebahagian daripada Kerajaan Pakatan Harapan, nampaknya, tidak mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Persekutuan, dan fakta-fakta itu terlihat bagaimana projek-projek untuk Sabah dengan mudah dibatalkan, hasil cukai tidak dikembalikan, malah hasil minyak masih kekal dengan kadar bayaran sebelum ini.

Nampaknya, rakyat Sabah akan menderita, sekiranya tiada perubahan terhadap kepimpinan negeri.

Saturday, December 22, 2018

POLITIK SABAH: UMNO VS PPBM ATAU UMNO LAWAN WARISAN?

Bersandarkan politik Sabah, kekuatan sesebuah parti politik terletak pada pemimpin utama parti itu. Usno kerana Tun Mustapha, Berjaya kerana Tun Fuad Stephens dan Datuk Harris Salleh, PBS kerana Tan Sri Pairin Kitingan, Warisan Sabah kerana Datuk Shafie Apdal, Umno Sabah kerana membawa roh Tun Mustapha.

Umno Sabah dan Parti Warisan Sabah serupa, semasa membentuk kerajaan, bukan merupakan pilihan rakyat dalam pilihan raya, akan tetapi dapat membentuk kerajaan kerana lompat parti.

Pada PRN Sabah tahun 1994, Umno Sabah yang mengetuai Bn Sabah hanya menang 23 kerusi Dun berbanding PBS 25 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Namun PBS kehilangan kuasa kerana dua ADUN parti itu melompat sehinggakan parti pimpin Pairin itu kehilangan majoriti mudah di Dun Sabah. demikian juga, kerajaan yang ditunjangi Umno Sabah kehilangan kuasa pada 12 Mei, 2018, apabila 4 ADUN parti itu yang juga disertai 2 ADUN UPKO melompat menyokong Datuk Shafie Apdal yang membolehkan ADUN Senalllang itu mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada malam 12 Mei, 2018.

Berasaskan senario politik semasa, nampaknya Umno Sabah bukan sahaja berlawan dengan PWS akan tetapi PPBM, dipihak lain pula, PPBM lawan Umno dan PWS lawan Umno. Makna kata, jika PRU-14, Umno Sabah hanya berlawan dengan PWS, pada PRU-15 akan berlawan dua parti, selain PKR dan Amanah.

Senarionya, jika PPBM akan bertanding di kawasan-kawasan yang dimenangi Umno Sabah pada PRU-14, dan PWS bertanding di kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU itu, maka Umno Sabah akan melawan dua parti daripada kategori pengundi yang sama.

Umno Sabah kini mempunyai autonomi penuh, ertinya bebas mencorak hala tuju parti itu. Faktor yang menjadi penghalang kepada parti itu untuk bangkit terletak pada persepsi yang terkandung dalam parti itu, yang membawa nama "melayu", kerana faktor melayu dijadikan isu untuk menolak parti itu, selain parti itu di Sabah tiada pemimpin yang memimpin membawa status figura seperti Tun Mustapha, Tun Fuad atau Tan Sri Pairin. Lagipun, pemimpin yang mengambil alih, hanya kelihatan kuat pada status dalam saf kepimpinan parti, bukan di peringkat akar umbi.

Di Sabah, satu-satunya figura yang boleh membangkitkan Umno Sabah adalah Tan Sri Musa Aman, namun, tindakan pihak-pihak tertentu memalitkan imej buruk kepada Ketua Menteri terlama Sabah itu mengekang beliau mengetuai barisan kepimpinan Umno Sabah. Walaupun demikian, kerana Umno Sabah mempunyai autonomi sendiri, maka terpulang kepada parti itu menentukan pemimpin mana yang akan mengetuainya, walaupun masa ini diketuai oleh Datuk Bung Moktar Radin.

Meminjam kenyataan Tun Dr Mahathir, seseorang yang dituduh di mahkamah tidak semestinya bersalah, melain jika seseorang terbukti bersalah oleh mahkamah. Makna kata, walaupun Tan Sri Musa berhadapan dengan tuduhan rasuah berkaitan dana politik, isu 14 tahun lalu, jika menurut kenyataan Tun Dr Mahathir, maka Musa masih bebas daripada sebarang kesalahan.

Namun, Musa dipercayai ingin berehat daripada sebarang aktiviti politik, kerana beliau menumpukan masa untuk membersihkan nama beliau di mahkamah.

Jika Umno Sabah gagal diterajui pemimpin yang mempunyai "umhh" maka parti itu akan melalui apa yang pernah dilalui parti-parti terdahulu, hanya menang sorak, namun tidak akan dapat menterjamahkannya dalam kerusi.

Friday, December 21, 2018

KEMASUKAN UMNO DAN PPBM KE SABAH-PUNCANYA SERUPA!!!

Jika semasa era PBS kemasukan Umno kerana atas jemputan rakyat Sabah khususnya daripada kalangan bumiputera islam, manakala PPBM atas jemputan rakyat Sabah yang bukan berasal daripada Semporna dan Penampang.

Kerajaan Warisan Sabah terlihat sangat menganak tirikan rakyat daripada 23 kawasan lain, dalam semua segi.

Seperkara lagi, politik Sabah sejak tahun 1994, lebih central government centric, apabila kerajaan negeri diterajui parti Umno, parti tunjang kerajaan Persekutuan.

Memandangkan keluasan Sabah serta keadaan kemajuan dan pembangunan yang masih ketinggalan berbanding Semenanjung, para pemimpin politik negeri ini, tidak dapat melepaskan diri dengan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri.

Sejarah politik Sabah, memang berlaku, di mana antara para pemimpin tempatan saling berlawan di peringkat negeri, namun di peringkat Persekutuan, bertindak sebagai satu pasukan.

Tindakan para pemimpin Sabah, bertindak sebagai satu pasukan di peringkat Persekutuan, kerana Sabah sangat memerlukan saluran peruntukan membangun dan memajukan Sabah amnya dan kawaan-kawasan yang diwakili wakil rakyat khasnya.

Apabila wakil rakyat atau pemimpin Sabah menyokong atau sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, maka peruntukan pembangunan bagi kawasan masing-masing boleh mendapat peruntukan daripada Persekutuan, walaupun Kerajaan Negeri mengabaikan kawasan-kawasan itu, kerana fahaman politik.

Tindakan 14 wakil rakyat Sabah serta 21 ketua bahagian Umno keluar daripada parti dan seterusnya menjadikan mereka untuk sementara waktu tidak berparti, namun menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir, bukan tindakan berunsur peribadi untuk menyelamatkan karier politik masing-masing, namun tindakan mereka itu, agar kawasan-kawasan diwakili tidak ketinggalan daripada segi pembangunan dan kemajuan.

Juga, pada yang sama, kawasan-kawasan yang dianak tirikan oleh kerajaan negeri, setidak-tidaknya terbela.

Thursday, December 20, 2018

POLITIK SABAH: APA KAH PPBM MENGANCAM?

Setakat ini, semua parti utama yang didaftar di Semenanjung sudah melebarkan sayap ke Sabah, kecuali PPBM.

Persefahaman lisan antara Parti Warisan Sabah (PWS) dan PPBM sebelum PRU-14, bahawa parti pimpinan Tun Dr Mahathir itu tidak akan mengemukakan calon-calon di Sabah, sebaliknya menyerahkan kepada PWS untuk berdepan dengan calon-calon Umno.

Fakta tidak tertulis, bahawa penubuhan PPBM adalah untuk menggantikan Umno sebagai parti tunggak dalam negara ini.

Terbukti, menerusi PRU-14, di Sabah, Umno Sabah masih unggul daripada jumlah kerusi di peringkat DUN, manakala di peringkat parlimen "draw". Makna kata, matlamat PPBM tidak tercapai menerusi PWS.

Keputusan PRU-14 Sabah peringkat DUN, Umno Sabah menang 17 daripada 32 kawasan yang ditandingi, sementara 15 kawasan ditawan PWS. Diperingkat parlimen, Umno Sabah 7, PWS 7.

Fakta menunjukkan di Sabah, bahawa tiada parti sebagai pemenang pada PRU itu, kerana tiada parti yang mendapat majoriti mudah.

Berbeza di peringkat Persekutuan, walaupun PPBM dengan 13 kerusi, namun mendapat majoriti mudah, iaitu 114, lebih 2 kerusi daripada 112 yang diperlukan daripada 222 kerusi parlimen, walaupun tanpa penyertaan PWS.

Melihat kepada keputusan PRU-14, PWS sebenarnya tiada "bargaining power" menghalang PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah, kerana fakta menunjukkan bahawa matlamat sebenar untuk mengalahkan Umno Sabah pada PRU tersebut tidak tercapai.

Para pemimpin PWS tidak perlu mendabik dada, hanya kerana dapat membentuk kerajaan atas sebab lompat parti, kerana ianya tidak menggambarkan kekuatan.

PPBM yang dalam bahasa Inggeris UNITED MALAYSIAN NATIVES ORGANISATION (UMNO), walaupun tidak tersurat sebagai KLON Umno, akan tetapi maksud tersirat penubuhan parti itu adalah untuk menggantikan Umno.

Senario politik terkini, bukan sahaja para wakil rakyat dan pemimpin Umno mahu berhijrah ke PPBM, malah para ahli parti itu sudah ramai yang berbuat demikian, baik secara terang-terangan, mahu menerusi permohonan terus melalui talian.

Hanya mereka yang bergelar wakil rakyat, memerlukan masa BERTENANG, iaitu melalui proses KELUAR-BEBAS- MENYOKONG- baru akan diterima sebagai ahli.

Bagi kes Sabah, walaupun Tun Dr Mahathir membuat kenyataan politik, bahawa PPBM belum mengembangkan sayap ke negeri di bawah bayu itu, namun rakyat Sabah bebas memasuki parti itu.

Sebenarnya, kedudukan PPBM hampir sama semasa Umno memasuki Sabah pada tahun 1990, secara rasmi tahun 1991. Pada masa itu, pro dan kontra juga berkaitan kemasukan parti yang memerdekakan negara itu, namun akhirnya, ianya diterima, malah menjadi tunjang kepada Kerajaan Sabah selama 24 tahun tanpa putus, dan disertai seramai 560 ribu ahli.

Di masa depan, tiada lagi yang isu yang boleh dialamatkan kepada parti pimpinan Tun Dr Mahathir itu, kerana parti itu mewakili peribumi (natives), seperti mana yang dialamatkan kepada Umno asal yang membawa nama "malay".

Kestabilan politik Sabah akan melangkaui apa yang pernah terwujud semasa era Umno. Sebenarnya itulah matlamat murni, kerana hanya menerusi kestabilan politik, Sabah boleh maju dan membangun.

Wednesday, December 19, 2018

ANTARA KENYATAAN POLITIK DAN STRATEGI

Di negara ini, antara kenyataan-kenyataan politik yang berubah kerana startegi. DAP tidak akan bekerjasama dengan PAS; Umno tidak akan bekerjasama dengan PAS, Parti Warisan Sabah tidak akan bekerjasama dengan parti-parti daripada luar Sabah, PPBM tidak akan mengembangkan sayap ke Sabah.

Kita perhatikan semua kenyataan politik yang disebutkan, berubah kerana startegi, dan menyusul kenyataan terakhir "PPBM tidak akan mengembangkan sayap ke Sabah".

Dalam politik, tiada yang tetap. Kenyataan politik akan berubah kerana strategi.

Contoh paling mudah, kerjasama antara Tun Dr Mahathir-Lim Kit Siang- Anwar Ibrahim, siapa yang pernah menyangka akan berlaku? Buktinya telah berlaku, hanya kerana strategi.

Dalam poltik, kemenangan adalah tujuan utama. Untuk mencapai kemenangan, maka strategi yang boleh mencapai kemenangan dipilih.

Sebab itu, jangan pelik, apabila "prinsip" perjuangan berubah daripada segi pendekatan, namun perjuangan tersirat tetap kukuh.

Bermain politik, kena banyak plan. Tidak boleh hanya satu plan. Berpolitik perlu peringkat-peringkat, sehinggalah ke paras politik aras tinggi.

Menilai pergerakan politik, tidak boleh hanya bersandar pada kenyataan-kenyataan, tindak tanduk secara fizikal, namun perlu mendalami setiap pergerakaan. Sebab itu, jangan hairan, jika kenyataan politik hari ini, esok lusa berubah.

UMNO SABAH: HANYA KERANA PERKATAAN "MELAYU"

UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION (UMNO)-hanya kerana perkataan "malay" atau "melayu" kemudiannya dihubungkan dengan "ketuanan", maka Umno Sabah lumpuh selepas PRU-14.

Kalau melihat fakta, menrusi PRU-14, Umno sebagai sebuah parti menduduki urutan ke-2 selepas Parti Warisan Sabah (PWS) daripada segi jumlah kerusi yang dimenangi di peringkat Dun, manakala di peringkat parlimen, seimbangkan dengan parti yang dipimpin Datuk Shafie Apdal tersebut.

Namun, tindakan para wakil rakyat parti itu, termasuk para pemimpinnya kecuali beberapa orang antaranya Datuk Bung Moktar Radin keluar daripada parti itu, maka kewujudan parti itu hanya di atas kertas.

Di perkirakan daripada 560 ribu ahli parti itu, 3/4 daripadanya telah berhijrah. Oleh kerana keahlian masih berbaki 1/4, maka ianya masih belum terkubur.

Penganalisa politik berpendapat, jika Umno Sabah benar-benar autonomi daripada Umno Induk, ada kebarangkalian parti itu boleh dipulihkan dan seterusnya bangkit semula.

Namun, jika dihubungkan dengan sejarah politik Sabah, belum ada parti yang mampu bangkit semula selepas kehilangan kuasa.

Parti PBS adalah contoh, selepas kehilangan kuasa pada tahun 1994, kerana akibat lompat parti, akan tetapi pada PRN tahun 1999, hanya mampu menang 17 kerusi daripada 48 yang dipertandingkan. Demikian juga Usno, selepas kehilangan kuasa tahun 1976, tidak pernah menang lagi, meskipun setiap pilihan raya masih mampu menang beberapa kerusi, akan tetapi tidak cukup untuk membentuk kerajaan.

Umno Sabah ketandusan pemimpin. Memang benar, pemimpin muda mengambil alih kepimpinan, namun kepimpinan mereka hanya terpaku dalam ruang lingkup parti, bukannya pemimpin di peringkat akar umbi.

Kekuatan sesebuah parti politik, ditentukan oleh kekuatan di peringkat akar umbi, bukannya di peringkat organisasi.

Lagipun, dalam senario politik masa kini di Sabah, Umno dihantui dengan perkataan "M" pada parti itu khususnya daripada kalangan KDM.

Tuesday, December 18, 2018

PRU-14: PARTI WARISAN SABAH TIDAK MENANG

Demi pembetulan sejarah politik Sabah, Parti Warisan Sabah (PWS) tidak pernah menang pilihan raya termasuk pada PRU-14.

Pada PRU-14 yang melabuhkan tirainya pada 9 Mei, 2018, PWS hanya mendapat 21 kerusi daripada 60 kerusi yang dipertandingkan. Manakala parti barisan nasional (Bn) menang 29 kerusi daripada jumlah kerusi juga daripada 60 kawasan. Parti yang berkolaborasi dengan PWS DAP menang 6 dan PKR 2. Makna kata, meskipun jumlah kerusi PWS +DAP +PKR, ianya hanya berjumlah 29 sama dengan jumlah kerusi Bn.

Pada 10 Mei, Bn menubuhkan kerajaan Sabah atas kerjasama dengan parti STAR yang mempunyai 2 kerusi, menjadikan kerusi Bn + STAR berjumlah 31. Jumlah kerusi 31 merupakan majoriti mudah bagi DUN Sabah, walaupun berasaskan Perlembagaan Sabah, parti yang boleh menubuhkan kerajaan, adalah parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak.

Jika berasaskan Perlembagaan Sabah, meskipun 6 ADUN Bn khianat pada 12 Mei, akan tetapi Bn tetap sahaja parti yang mempunyai kerusi terbanyak, kerana masih mempunyai 23 kerusi berbanding PWS 21.

Berasaskan kepada fakta itu, maka demi sejarah politik Sabah yang bakal ditatap generasi akan datang, bahawa PWS tidak pernah menang dalam pilihan raya, termasuk juga tidak pernah mengalahkan Bn dalam pilihan raya.

Fakta lain juga, yang merupakan bahan sejarah politik Sabah, daripada 32 kawasan yang ditandingi Umno Sabah, parti itu masih menang 17 berbading PWS 15, makna kata menerusi keputusan itu, PWS tidak pernah mengalahkan Umno Sabah.

Dakwaan-dakwaan para pemimpin PWS, sebagai menghalang kemasukkan PPBM ke Sabah, kononnya PWS telah berjaya mengalahkan Umno dan Bn, adalah dakwaan yang tidak berasaskan fakta.

Sejarah politik Sabah akan mencatitkan, bahawa Kerajaan Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman pada 10 Mei, 2018, kehilangan kuasa, kerana perbuatan lompat parti yang dilakukan oleh 4 ADUN Umno dan 2 ADUN UPKO.

Monday, December 17, 2018

LEBIH 200 RIBU PENGUNDI SABAH "Q-UP" MENYERTAI PPBM!!!

Datuk Hajiji (tengah) menyerahkan Borang PPBM
PPBM seperti mana kenyataan Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri akan mematuhi janji sebelum PRU-14 tidak akan mengembangkan sayapnya ke Sabah, namun pada masa yang sama beliau menyatakan bahawa rakyat atau pengundi Sabah bebas memilih parti yang akan disertai.

Ekoran 13 wakil rakyat Sabah dan ketua-ketua bahagian serta pemimpin Umno Sabah secara beramai-ramai keluar daripada parti 12/12/2018, kini telah dikenal pasti lebih 200ribu pengundi Sabah sedang que-up untuk menyertai PPBM.

Melihat jumlah yang besar itu, PPBM sebagai parti yang sah dan bebas membuka cawangan di mana sahaja di negara ini, tiada pilihan melainkan perlu membuka cawangan ke Sabah.

Rata-rata mantan pemimpin dan ketua bahagian mengakui, di semua peringkat, tidak kurang 10ribu ahli khususnya daripada Umno akan menyertai PPBM, malah mengisi borang keahlian di semua bahagian sedang berjalan rancak.

Sebagai rekod, keahlian Umno Sabah di semua peringkat seramai 560ribu, namun 1/4 daripada jumlah itu telah menyertai parti Warisan Sabah. 

Sabah yang mempunyai jumlah pengundi lebih 1juta orang, yang mana sebahagian besar daripada mereka merupakan ahli-ahli parti berdaftar.

Rakyat Sabah bebas memilih parti mana yang akan disertai, makna kata, tiada pihak mana yang boleh menghalang. 

Melihat senario politik semasa, khususnya perletakan MP Permatang Pauh-Nurul Izzah Anwar daripada semua jawatan parti, nampakanya krisis dalaman antara PKR dan PPBM sedang berlaku.

Dalam politik, mana-mana parti yang mempunyai banyak kerusi, maka parti itu akan menjadi tunggak. 

PPBM akan menjadi tunggak politik di negara ini, selewat-lewatnya awal tahun depan.

APA SIGNAL TINDAKAN NURUL IZZAH LETAK JAWATAN NAIB PRESIDEN PKR?

Apa signal politik yang boleh digambarkan menerusi perletakan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR? Sedangkan beliau baharu sahaja dilantik sebagai Pengerusi parti itu di Pulau Pinang!!!

Apa kah ada hubungan dengan pergolakan politik dalam parti itu? yang dikatakan beberapa wakil rakyat parti itu yang diketuai Timbalan Presiden Azmin Ali, akan keluar parti untuk menyertai PPBM.

PPBM bakal menjadi parti terbesar dalam negara seawal Januari, 2019, apabila ramai MP bebas akan menyertai parti itu. 

PPBM mempunyai 13 kerusi yang dimenangi pada PRU-14, namun tindakan para MP bebas yang akan menyertainya, jumlah kerusi parti itu boleh mencapai sehingga 69 kerusi parlimen, jika mengambil kira kumpulan Azmin.

Menerusi jumlah itu, maka hanya memerlukan 43 kerusi untuk jumlah majoriti mudah 112, bagi membentuk sebuah kerajaan yang diterajui parti itu, sebelum PRU-15.

Parti-parti kecil mana, bakal bekerjasama dengan PPBM? akan diketahui tahun depan.

RUANG DAN PELUANG POLITIK

Setiap parti politik yang ditubuhkan, matlamatnya adalah untuk mendapatkan kuasa. Kuasa yang diberikan rakyat. Sebab itulah sesebuah parti menentukan hala tuju perjuangan. 

Mendapatkan mandat daripada rakyat bukan mudah, seperti mana disuratkan dalam kertas, dituangkan dalam manifesto. 

Tiada yang boleh menduga arah atau kecenderungan rakyat secara tepat. Parti politik hanya boleh menggariskan hala tuju perjuangan, samada diterima dan disokong akan dilihat pada pilihan raya.

Pada PRU-14, di Sabah tiada yang menduga bahawa Parti Warisan Sabah akan dapat menawan 16 wilayah Umno, walaupun diakui kawasan Semporna dan Silam akan dikuasai parti itu.

Manakala di Semenanjung, dugaan bahawa parti PPBM pimpinan Tun Dr Mahathir akan menang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen daripada 52 kawasan yang ditandingi, melampuai jangkaan apabila parti itu menang 13. Manakala Amanah melepasi jangkaan, kerana ramai memperikirakan parti itu paling-paling akan menang 2-3 kerusi, namun keputusan PRU-14, parti itu menang 11.

Bagi parti PKR dan DAP pula, memang daripada sangkaan awal, dua parti itu akan menang tidak kurang 80 kerusi, dan terbukti, memang benar, apabila PKR menang 47 dan DAP 42.

Di Sarawak, melihat kepada PRN ke-11, parti kerajaan yang diterajui PBB cukup yakin akan menang 25 kerusi parlimen daripada 31, namun akhirnya hanya menang 19, manakala di Sabah, daripada 25 kawasan yang dipertandingkan Bn Sabah hanya menang 14 daripada asal 22.

PRU-14 sudah berlalu. Senario politik berubah. Berdepan PRU-15 berbeza. Kecenderungan pengundi pula juga berbeza. 

Pada PRU-15, dijangka pengundi kaum cina masih bersama DAP, ertinya parti itu akan menjamin kerusi yang dimenangi pada PRU-14. 

Bagi PKR dan PPBM, akan terletak kepada pengagihan kerusi antara parti itu. Jika PPBM kekal dengan 52 kerusi ditandingi di semenanjung pada PRU-14, kemudiannya ditambah dengan kerusi di Sarawak dan Sabah, ada kemungkinan parti itu akan menang kerusi terbanyak, dan seterusnya menjadi parti tunggak.

Senario politik negara kini, setiap PRU akan terbuka ruang dan peluang politik. Ruang dan peluang politik tidak lagi sama sebelum ini, selepas kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Umno.

Blog Archive