Friday, December 28, 2018

MENGAPA WARISAN BIMBANG KEMASUKAN PPBM?

Parti Warisan Sabah menganggap kemasukan PPBM ke Sabah, kononnya sebagai tindakan balas dendam mantan-mantan wakil rakyat Umno terhadap kerajaan Warisan dan PH. Bukan kah PPBM itu komponen parti dalam PH? 

Mengapa Warisan mahu mencatur hala tuju PPBM? sedangkan parti itu bukanpun sebahagian daripada PH.

Hubungan antara Warisan dan PH hanya kolaborasi semasa berhadapan dengan PRU-14, di saat akhir, sebagai strategi politik untuk tidak saling berhadapan pada pilihan raya itu. 

Persetujuan antara PPBM dan Warisan hanya terhad kepada PRU itu, dalam soal-soal perletakan calon, bukannya ikatan kerjasama bertulis.

Melihat kepada kebimbangan PWS itu, menunjukkan kemenangan 21 kerusi Dun dan 8 kerusi parlimen, bukan kerana parti itu, akan tetapi kerana kolaborasi dengan PH, khususnya PPBM pimpinan Tun Dr Mahathir.

Kenyataan Ketua Wira Warisan kononnya, wakil rakyat BEBAS, bagaikan ANJING TIDAK BERTUAN, adalah satu penghinaan kepada Tun Dr Mahathir, kerana kaedah itu adalah cetusan idea Perdana Menteri ke-7 itu. Idea Tun Dr Mahathir, adalah wakil rakyat daripada parti lain perlu melalui PROSES KELUAR-MENJADI WAKIL RAKYAT BEBAS- MENYOKONG KERAJAAN PH- MASA BERTENANG- BARU DITERIMA SEBAGAI AHLI, MANA-MANA PARTI DALAM PH.

Sebahagian rakyat Sabah khususnya para wakil rakyat dan para mantan pemimpin Umno, berpendapat, demi kemajuan negeri dan rakyat, maka perlu lebih dekat dengan kerajaan Persekutuan, khususnya parti yang dianggotai Perdana Menteri.

Sejarah politik Sabah, jika pemimpin atau wakil rakyat tidak sebahagian daripada parti yang dinaungi Perdana Menteri, maka peruntukan pembangunan tersendat-sendat seperti mana berlaku sebelum tahun 1994.

Pembangunan dan kemajuan Sabah bertambah pesat, apabila parti yang menerajui kerajaan negeri separti dengan Perdana Menteri, separti mana yang dialami Sabah selama 24 tahun.

Bayangkan apabila pada tahun 1994, kerajaan Bn yang diterajui parti yang merupakan tunjang kepada kerajaan Persekutuan mewarisi kerajaan yang hampir muflis pada tahun 1994, namun 24 tahun kemudian, Sabah melonjak daripada segi kemajuan, tidak lagi menjadi negeri termiskin, malah sebuah negeri yang mempunyai simpanan kewangan hampir RM4bilion.

Para pemimpin Sabah yang berfikiran ke depan, memikirkan berkaitan kemajuan dan pembangunan Sabah, kerana melihat kepada fakta sejak PWS menerajui kerajaan negeri, berbilion projek untuk Sabah dibatalkan, manakala di negeri Kedah berbilion projek diteruskan, kerana negeri itu diterajui oleh parti yang separti dengan Perdana Menteri.

Apa kah rakyat Sabah hanya berpeluk tubuh? sudah tentunya tidak!!!! inilah antara faktor pertimbangan para wakil rakyat bebas dan mantan-mantan pemimpin Umno Sabah menyertai parti yang diterajui Perdana Menteri.

Kehadiran PPBM merupakan tindakan yang betul sebagai semak dan imbang terhadap PWS kerana dua parti itu mewakili segmen rakyat yang sama.

No comments:

Blog Archive