Thursday, October 04, 2018

MENGAPA NAJIB DAN ROSMAH DIJADIKAN SEPERTI BOLA?

Melihat tuduhan-tuduhan dan cara pihak berkuasa bertindak terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri bagaikan bola ping pong, kerana mereka tidak nampak tindakan terhadap mantan Perdana Menteri itu dan isteri menyebabkan pergolakan dalam negara, seperti Arab Springs.

Najib dan Rosmah dijadikan bahan pengelipur lara, bagi pemimpin tertentu.

Najib meskipun mendapat sokongan rakyat, dilihat pada respon setiap posting di facebook milik beliau, tetapi sokongan itu hanya berbentuk maya, berbentuk pemberi semangat, tidak menimbulkan gelombang sokongan secara fizikal.

Menerusi istilah RULE OF LAW, dan PERKATAAN PENCURI, maka sesiapa yang dimaksukkan dalam perkataan itu, maka perlu ditangkap dan didakwa kerana RULE OF LAW. 

Sejak tahun 2013, Najib menjadi bahan berita, bukan sahaja dalam negara tetapi seluruh dunia, dikatakan mencuri wang 1MDB. Namun apabila Najib naik mahkamah dengan tuduhan yang berjela-jela, tiada pun menyebut berkaitan 1MDB. 

Tun Dr Mahathir tidak puas dalam negara bercerita berkaitan Najib, beliau bawa di UK, Amerika syarikat.

Pada hari ini, 17 tuduhan terhadap Datin Rosmah mengunakan akta AMLA, tiada satu perkataanpun menyebut 1MDB.

Temu bual Tun Dr Mahathir dalam program HardTalk BBC, tiada satupun boleh disokong dengan fakta, hanya berbentuk persepsi. Zaman ini, bukan era 20 tahun lalu, zaman ini adalah era informasi, dihujung jari boleh diketahui hujung pangkal sesuatu cerita.

Bayangkan sejak tahun 2013, Najib didakwa mencuri wang 1MDB, seolah-olah hanya Najib seorang yang mengurus syarikat itu. 

Sedangkan syarikat itu diurus oleh para pegawai syarikat, Najib hanya merupakan penasihat, tidak terlibat dengan urusan harian syarikat. 

Banyak diperkatakan berkaitan Jho Low, jika dilihat bagaimana 1MDB menjadi kemelut adalah menerusi kolaborasi antara pegawai-pegawai syarikat itu dengan ahli perniagaan yang sedang diburu itu, namun apa yang pelik sehingga kini, tiada seorangpun kakitangan, pengurus, ahli lembaga 1MDB ditangkap apa tah lagi dituduh di Mahkamah.

Melihat situasi dan kondisi yang mengelilingi Najib dan Rosmah, mereka berdua akan terus menjadi bola ping pong, bahan pengelipur lara, bahan cerita beyond PRU-15, kerana satu sebab- Najib & Rosmah, tiada impak kepada politik, keamanan negara.

1 comment:

Anonymous said...

Klau benar benarlah klau salah jawablah Tun M di pdg masyar kelak

Blog Archive