Thursday, October 04, 2018

KES NAJIB: BOLEH JADI PERBICARAAN ABAD INI

Penulis tidak sabar-sabar menunggu perbicaraan DS Najib Razak. Mungkin perbicaraan beliau boleh menjadi perbicaraan abad ini.

Untuk sementara, penulis tidak dapat memastikan berapa pertuduhan yang bakal dihadapi mantan Perdana Menteri ke-6 itu, kerana pertuduhan dalam bentuk racikan, atau pertuduhan in progress. 

Namun melihat cara peguam utama Najib- Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, beliau sangat yakin, bahawa anak guam beliau akan terlepas daripada semua tuduhan.

Pihak pedakwaraya mempunyai tugas yang amat berat dan mencabar untuk meberikan bukti-bukti sahih di mahkamah, tidak lagi berpaksi kepada tulisan-tulisan Sarawak Reports yang merekayasa berbagai dokumen, dan tidak juga bersandarkan buku Billion Dollar Whale tulisan Nicholas Tom Wright dan Bradely Hope, buku fiksi untuk sebuah filem.

Walaupun bermula daripada hari pertama DS Najib Razak dihadapkan ke mahkamah, berbagai kesulitan yang dihadapi peguambela beliau, misalnya tanpa dokumen pertuduhan, namun atas daya upaya peguam beliau, dokumen-dokumen itu bakal diperolehi sebelum 31 Oktober, 2018.

Mungkin, Peguam Negara baru- Tommy Thomas, beliau biasa bertindak sebagai pendakwaraya, sebab itu pengurusan dokumen berkaitan pertuduhan bercelaru.

Penulis bersangka baik, bahawa pihak pedakwaan mengalami kekekangan masa, kerana kes yang mereka bawa bukan sebarang kes, kerana kes ini boleh dikatakan kes terhebat abad ini.

Pihak pendakwaraya, bukan sahaja berdepan dengan perkara pembuktian-pembuktian, akan tetapi berdepan dengan penguam kanan yang mempunyai reputasi yang cukup gah.

Perbicaraan terhadap Najib, sebenarnya peluang keemasan bagi beliau membersihkan nama, malah memperbetulkan anggapan semua rakyat bukan sahaja rakyat negara ini malah rakyat negara-negara lain yang beranggapan bahawa dakwaan terhadap Najib sebagai betul.

6 comments:

Cencaluk said...

Ya lah.... Mana pernah dengar kertas pertuduhan tak siap pasal printer rosak dan tak afa ink. Agak2 mcm yi punya nama PEJABAT ada cuma satu printer ke? 😂 😂 😂 😂

Memang kes terhebat sampai habis semua printer rosak dan habis ink hebat... . Hebat...

Anonymous said...

Macam pelik pun ada... Macam tergesa gesa aje...

Unknown said...

Dah xde bukti..hentam saja lah janji ada benda yg nk diberi.. Mmng terbodoh la..

Anonymous said...

Ku sangka 2, 3 pertuduhan sahaja, rupa2nya sudah ada 30, ada yang mengatakan mungkin akan ada sehingga 100 pertuduhan, ini memang betul2 GILA!!! Kutty dengan sekutunya DAP bukan sahaja mahu Najib dipenjarakan malah mereka mahu melihat Najib mati dalam penjara.


Anonymous said...

Suatu ketika dahulu Kutty menggunakan ISA untuk memenjarakan musuh2 politiknya, kini dia gunakan AMLA. Pihak barat malah satu dunia faham benar dengan cara modus operandi Kutty ini!!!! Tidak menghairankan kalau semua pemimpin2 dunia menjauhkan diri darinya?

Anonymous said...

Rosmah, ku sangka 1 atau 2 sahaja pertuduhan berkenaan 1mdb, rupa2nya 17 pertuduhan, semuanya tidak lansung ada kaitan dengan 1mdb. Hanya pertuduhan yang diada2kan? Ini betul2 DENDAM KESUMAT. Kutty dan sekutunya DAP bukan sahaja mahu memenjarakan Rosmah, tapi mereka ingin melihat keluarga NAJIB mati didalam penjara. Ini betul2 DENDAM KESUMAT ala2 KOMUNIS...

Blog Archive