Sunday, October 28, 2018

KERANA SAYANG- NEKAD BUNUH KELUARGA SENDIRI

Biasanya seawal pukul 5 pagi, anak-anak Fransiskus Xaverius Ong dan Margertah Yentin Liana, Rafael dan Kathlyn sudah bangun untuk bersiap ke sekolah. Namun pagi itu, pembantu keluarga yang bernama Dewi pelik, kerana keadaan rumah mewah itu cukup sunyi.

Pembantu Ong Dewi dan Sarah sudah biasa bangun seawal 5 pagi juga untuk mengemas rumah, selain meyediakan sarapan untuk keluarga majikannya,

Pada kebiasaannya Rafael dan Katy (nama timangan Kathlyn) bertolak ke sekolah pukul 6.30 pagi, namun dua anak itu tidak keluar daripada bilik tidur yang terletak di tingkat satu.

Dewi naik ke atas dan membuka pintu Katy. Dewi tergamam melihat anak majikannya itu dalam keadaan bertiarap berlumuran darah di bahagian kelapa dan hidung. Dewi menjerit dan memanggil sarah adik Dewi yang baru bekerja di rumah mewah itu. Oleh kerana masa itu pemandu peribadi keluarga Kartono sudah masuk kerja, terdengar jeritan itu, Kartono turut naik ke atas dan sempat memerikasa nadi Katy. Walaupun Kartono bukan doktor, tetapi yakin, Katy sudah meninggal.

Dewi, Sarah dan Kartono bergegas pula ke bilik Rafael anak lelaki majikannya, keadaan anak sulung keluarga itu juga sama, dalam keadaan bertiarap, berlumuran darah di bahagian kepala. Tiga pembantu keluarga menganggap Rafael seperti Katy, pasti juga sudah meninggal.

Tiga pekerja keluarga Ong itu bergegas ke tingkat bawah mengetuk pintu bilik majikan mereka, namun tiada jawapan, bilik terkunci rapat.

Tiga pekerja itu meminta tolong jiran-jiran, termasuk Ketua Kampung. Tidak pasti siapa yang menghubungi pihak polis. Pukul 7,30 pasukan polis tiba, kemudian mencungkil bilik Fransiskus. Apabila bilik tidur itu berjaya dibuka, terlihat Fransiskus dan isterinya kaku di tempat tidur, dengan darah di bahagian kepala, di tangan kanan Fransiskus masih mengengam pistol jenis Revolver.

Menurut Dewi, pada kira-kira pukul 8 malam sebelum kejadian itu, Ong bermain Piano sambil minum kopi. Biasanya menurut Dewi, apabila Ong bermain Piano, maka majikannya sedang berhadapan dengan masalah yang amat berat sekali. Dewi sudah biasa dengan perangai majikannya itu, kerana sudah berkerja dengan keluarga itu hampir 18 tahun, sejak Rafael dilahirkan.

Kejadian pelik apabila malam itu, Ong memanggil semua pekerjanya di rumah. Semua pekerja berkumpul, namun Ong tidak banyak bicara, akan tetapi terus bermain Piano termasuk lagu "candle In The Wind'. Selepas bermain piano, Ong menghulurkan setiap pekerjanya sampul berisi wang.

Malam itu, Ong nampaknya tidak tidur, kerana jam 3 pagi, dia masih mengantar mesej melalui WhatsApp kepada grup sekolah menengahnya.

Menurut laporan postmotem mayat 4 anak beranak itu, Ong menembak isterinya terlebih dahulu. Selepas membunuh isterinya, dia sempat merokok dan minum kopi. Selepas itu, dia naik ke bilik anak lelakinya, Rafael, menembak anaknya itu di kepala, kemudiannya ke bilik Katy dengan modus operandi yang sama.

Dua anjing peliharan choky dan snowy juga menerima nasib yang sama ditembak di bahagian kepala dan dibenam dalam tab mandi.

Selepas melepaskan 5 butir peluru, Ong baring dekat istrinya lalu menembak dirinya melalui dagu.

Di meja kerja Ong terjumpa nota " Aku sudah sangat lelah" "Maafkan Aku" " Aku sangat sayang dengan anak & isteriku... choky & snowy" "Aku tidak sanggup meninggalkan mereka di dunia ini..."

Tidak pasti apa yang menyebabkan Ong membunuh keluarganya, namun ditemukan cincin kahwin yang sudah dipotong, merupakan jawapan kepada kejadian ini.

Kejadian tembekan malam itu, tidak didengar olwh Dewi dan Sarah.  Pendek kata Ong merancang pembunuhan keluarganya dan dia sendiri menghabiskan nyawanya sendiri kerana sayang dan sebuah cinta. Nota: Kisah benar belaku di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia pagi 24 oktober, 2018.

Dipercayai Margerath meminta cerai, namun  Ong tidak sanggup bercerai.

No comments:

Blog Archive