Monday, October 29, 2018

ANTARA TAKTIK-TAKTIK TUN DR MAHATHIR

Tun Dr Mahathir menjadikan jumlah pertuduhan kepada pemimpin Umno sebagai gambaran betapa korupnya kerajaan Bn. Pada masa yang sama beliau membuat kenyataan ahli Umno perlu keluar parti, kerana parti itu dipenuhi dengan pemimpin rasuah, namun pada masa yang sama cuba sedaya upaya supaya wakil rakyat Umno masuk ke PPBM.

Antara Taktik-Taktik yang diguna Pakai Pengerusi PPBM itu:-

Pada awalnya, Dr. Mahathir kata dia tiada kena mengena dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap para pemimpin Umno. Tetapi ketika di Bangkok, Dr. Mahathir menegaskan lebih ramai lagi akan dituduh dengan pelbagai tuduhan rasuah dan penyalah gunaan kuasa. Taktik ini mempunyai 2 tujuan yang pasti : Memastikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO terus menerus dipertontonkan kpd. Rakyat M'sia sebagai pemimpin yang Rasuah dan Korup. Ini juga bertujuan menakut-nakutkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa mereka ada kes rasuah ditangan Dr. Mahathir. Kalau tak mahu didakwa, keluar UMNO dan masuk Parti PPBM. Kemungkinan ini yang. berlaku kepada Dato' Mustapa Mohamad. Ini merupakan *POLITIK UGUT* yang sering menjadi Strategy politik Dr. Mahathir. Sekiranya betul-betul adil, kenapa hanya pemimpin UMNO yang disiasat dan diambil tindakan ?

Taktik menggunakan hutang RM1trilion- Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng memulakan Propaganda bahawa Ekonomi Negara berada didalam keadaan yang teruk dengan hutang RM 1 trillion ringgit. Namun akhirnya taktik itu sebagai bohong, kerana Tun sendiri tidak menyebutkan bahawa hutang negara sebesar itu semasa membentangkan Rancangan Separuh Penggal RMK-11 di dewan rakyat, malah tanpa beliau masih cuba mengelirukan rakyat dengan tidak menyebut angka RM686.8bilion sebaliknya 50.8 peratus daripada KDNK negara yang berjumlah RM1,352 bilion. Tujuan taktik ini Supaya Rakyat ditakut-takutkan dengan berita Negara akan bangkrap. Dan Kerajaan BN terdahulu memang tidak pandai menjaga ekonomi negara. Sebenarnya, Ekonomi negara berada ditahap terbaik dgn. Sistem Cukai GST. Iaitu sistem cukai yang adil dan membawa pulangan yang baik untuk Rakyat. *CUKAI SST* bukan sahaja berlaku ketirisan, tetapi menyebabkan Kerajaan kekurangan pendapatan menyebabkan pelbagai Projek Pembangunan dan pembayaran insentif dibatalkan.

Dalam 5 bulan ini, Tun Mahathir cuba mengelak bercakap berkaitan ekonomi negara, khususnya penyusuatan nilai ringgit, harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang terus menjunam, indeks bursa malaysia yang kehilangan berbilion ringgit, Rizab Bank Negara yang berkurang hampir USD7bilion. Harga barangan yang terus menanjak naik. 

No comments:

Blog Archive