Wednesday, October 17, 2018

EGO MAHATHIR MENYEBABKAN RAKYAT MENDERITA

Benar lah anggapan, pembatalan Jambatan Bengkok oleh Datuk Seri Abdullah Badawi boleh menyebabkan "roh" Tun Dr Mahathir tidak tenang.

Kerana Jambatan Bengkok, Abdullah terpaksa meletakkan jawatan. Kerana jambatan itu jugalah Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja kehilangan jawatan, malah parti yang beliau pimpin kehilangan kuasa.

Kalau bukan kerana jambatan bengkok, 1MDB tidak akan dijadikan sebagai kambing hitam menjatuhkan kerajaan Bn yang diterajui Umno.

Selama 6 bulan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak timbul isu Jambatan bengkok, kerana negara asyik dengan pembatalan berbagai projek multi bilion, kerana faktor hutang negara.

Tun Dr Mahathir mengeluarkan angka bombastik RM1trilion, kerana rakyat negara ini tidak biasa mendengar nilai sebesar itu.

Angka RM1trilion sebagai hutang negara semua pihak terpinggah-pinggah termasuk badan-badan antarabangsa, kerana tiada data langsung yang boleh ditunjukkan bahawa hutang negara sebesar itu.

Dalam negara, termasuk rekod Bank Negara yang mengawal selia semua bentuk aliran kewangan negara, tiada angka menunjukkan bahawa hutang negara sebanyak RM1trlion.

Walaupun hutang negara dijaja ke sana kemari termasuk kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir di luar negara, namun projek yang berkaitan dengan ilham Perdana Menteri itu perlu diteruskan, dan terbaharu kenyataan Menteri Besar Johor semalam di Lobi Parlimen, bahawa Jambatan Bengkok akan diteruskan.

Jambatan yang bernilai RM2bilion itu sebelum dibatalkan jika diteruskan bukan lagi bernilai sebesar itu, akan tetapi kemungkinan besar 2-3 kali ganda. Semasa dibatalkan, pampasan kepada Syarikat Gerbang Perdana syarikat yang dilantik membina jambatan telah dibayarkan membabitkan kewangan hampir RM250juta.

Benar lah kata peribahasa, sekali air bah sekali pantai berubah, meskipun perubahan itu membebankan kewangan negara dan seterusnya memberi impak kepada rakyat, namun semua itu tidak penting, kerana ego mengatasi segala-galanya.

Sebagai bukti bagai mana ego membebankan rakyat adalah isu GST dan SST. GST dijadikan sebagai kambing hitam punca barang keperluan rakyat naik. Namun menerusi sistem cukai itu memberi manafaat kepada golongan sasar, menerusi BRIM, baucer buku, sara hidup nelayan, pesawah, penoreh, pemandu teksi, ibu tunggal, oku dan sebagainya. Apabila diganti dengan SST, bukan sahaja harga barangan tidak turun, malah bantuan kepada kelompok sasar turut dimansuhkan.

1 comment:

Anonymous said...

"Projek Jambatan Bengkok" (siratul al Bengkok) itu adalah bekalan ke akhirat kelak. Dalam Surah al Fatiha yang ada ialah " ihdinassirotolmustakim" (jalan yang lurus). Tak apa, mungkin itu "permintaan" terakhir "moyang" kita (ikut umur layak dipanggil moyang).

Blog Archive