Wednesday, October 17, 2018

UMNO BANGKIT: APA KAH SEMANGAT SAHAJA MEMADAI?

Tidak dapat disangkal, semangat kental di kalangan ahli Umno masih kukuh, sebab itu tidak berlaku tindakan keluar parti beramai-ramai untuk sementara waktu, walaupun beberapa wakil rakyat parti hilang semangat dan bertindak membelakangkan parti.

Benar lah kekuatan sesebuah parti tergugat, jika para pemimpin yang dianggap hulubalang tiada kekuatan mental dalam keadaan sengit dan terhimpit lalu menjadi petualang.

Para pemimpin yang diharapkan menjadi pembangkit semagat para ahli termasuk penyokong, rupanya bukan pemimpin yang diharapkan semasa susah, melainkan ada sebahagian daripada mereka mengeruhkan keadaan, sehinggakan ahli/penyokong sudah lah jatuh ditimpa tangga lagi.

Dalam keadaan parti bukan kerajaan, syogianya para pemimpin mengambil tempat atau mengambil peranaan, kerana mereka itu lah yang mendapat manfaat semasa parti dalam kerajaan. Perbandingan manfaat para pemimpin dengan ahli/penyokong kalau diterjemahkan menerusi angka 1 banding 1000; menerusi nisbah yang sedemikian, maka adalah wajar sekali, para pemimpin perlu ke depan pula.

Memang, semua pihak mengalami emosi akibat daripada keterkejutan, parti yang dipupuk lebih 70 tahun dan menjadi tunjang kerajaan hampir 61 tahun, tiba-tiba hilang kuasa. Sebagai impak kepada keadaan itu, sebahagian besar ahli/penyokong bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

Memang diakui ramai pemimpin parti masih teguh pendirian, namun dilihat sejak PRU-14 berlabuh, mereka itu masih dalam keadaan berkabung, walaupun ada juga yang melepaskan diri daripada keadaan itu, membuat jelajah tetapi jelajah memberi semangat, menerusi ucapan-ucapan yang berdegar-degar.

Dalam keadaan parti sebagai pembangkang, para pemimpin tidak cukup hanya memberi semangat sahaja, melainkan perlu menerusi tindakan. Allahyarham Tun Mustapha, apabila kehilangan kuasa pada tahun 1975, sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah bukan sahaja memberi semangat akan tetapi jiwa raga, harta benda dan masa, beliau korbankan kepada ahli/penyokong. Sebab itulah, setiap pilihanraya, calon-calon Usno di kawasan yang ditandingi sentiasa menang, walaupun tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.

Penulis tidak menafikan, ada pemimpin Umno bersifat seperti Allahyarham Tun Mustapha, tetapi jumlahnya amat sedikit sekali.

Parti tidak akan mampu ke mana-mana apa tah lagi bangkit menjadi kerajaan semula, kerana ahli/penyokong dan rakyat melihat, bahawa sebahagian besar pemimpin parti, hanya kenampakan bersemangat dikala ada kuasa dan kedudukan.

No comments:

Blog Archive