Sangat jelas, calon parti yang menang dalam pilihanraya, kerana sokongan parti, dalam hal ini ahli-ahli parti, selain itu sokongan rakyat terhadap parti tersebut.
Adalah pengetahuan umum, untuk menang dalam sesebuah pilihanraya sebahagian besar kemenangan itu kerana parti yang diwakili. Memang ada kalanya calon tidak berparti menang, tetapi jarang-jarang berlaku.
Dalam sistem pilihanraya, parti mewakilkan parti kepada calon untuk bertanding. Untuk menyokong calon yang dipilih itu, maka jentera parti digerakan yang melibatkan sukarelawan parti, kewangan parti.
Menang atau kalahnya calon adalah hasil perjuangan dua pihak parti dan calon. Calon yang dipilih itu, bukan sahaja ahli parti, akan tetapi sekurang-kurangnya pemimpin parti peringkat bahagian. Kerana seorang calon adalah ahli/pemimpin parti, maka perjuangannya selari, iaitu kemenangan parti.
Jika di lihat daripada segi hak, parti lah yang berhak kerana diwakili oleh ramai daripada segi undi. Walaupun seseorang itu dipilih sebagai calon, haknya dalam segi undi hanya satu. Jika calon itu menang dengan jumlah undi 6,000, maka hak parti dan rakyat yang mengundi adalah 5999 undi berbanding calon itu hanya satu.
Mari kita telusuri Akta Kontrak tidak bertulis, Akta Kontrak 1950 Pindaan Tahun 1974 Seksyen 71 antara lain menyebutkan: "Mana-mana pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab dalam KONTRAK YANG TIDAK BERTULIS hendaklah memulangkan hasil yang telah diterimanya (iaitu keuntungan atau keistimewaan yang diperolehi)".
Di bawah peruntukan Akta Kontrak 1950, sesuatu 'kontrak' cukup sekadar kedua-dua pihak merakamkan PERSETUJUAN mereka baik dalam bentuk SECARA LISAN atau tulisan bahawa "Sesuatu balasan itu hendaklah DIKOTAKAN (ditunaikan atau dilaksanakan) oleh pihak yang menerima tawaran kontrak itu..
Berasaskan petikan itu, maka menguatkan hak parti yang ditinggalkan. Dengan lain perkataan, pihak yang tidak patuh pada kontrak, maka perlu membayar ganti rugi atau memulangkan keistimewaan yang diperolehi, jika berkaitan pilihanraya, maka kerusi yang dimenangi perlu dikosongkan untuk membuka peluang kepada parti merebut semula kerusi itu.
Moralnya, calon yang menang kerana parti tiada LOCUS STANDI mengaku bahawa kerusi yang dimenangi itu hak individu, walaupun dalam sistem demokrasi negara kita, tiada undang-undang yang memerlukan seseorang itu mengosongkan kerusi apabila keluar daripada parti asalnya.
Sebenarnya, bagi memastikan seseorang wakil rakyat yang menang di bawah tikit sesebuah parti telah dikenal pasti oleh Parti PBS tahun 1986 menerusi Undang-Undang Anti Lompat, namun undang-undang itu dimansuhkan oleh Parlimen.
No comments:
Post a Comment