PENULIS terbaca UPDATE BLOG Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Tun Said pada Rabu, berkaitan TINDAKAN Tun Dr Mahathir melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh, tanpa permohonan daripada penjara.
Sebagai mantan Perdana Menteri selama 22 tahun, tak kan tidak tahu peraturan penjara!!!,
Tindakan Tun Mahathir itu sebenarnya mengajar rakyat tidak patuh pada undang-undang.
Rakyat perlu menilai tindakan mantan PM itu, jika ditakdirkan, berkuasa semula, bukan sahaja akan bertindak melanggar undang-undang, akan tetapi mengamalkan tindakan menghalalkan cara, seperti mana ilmu beliau, menghalalkan cara.
Patut kah rakyat negara ini, memberi peluang kepada pemimpin sedemikian? Rupanya, inilah visi PH dalam negara ini, yang mereka maksudkan sebagai perubahan, permulaan baru, Malaysia baru serta harapan baru. Mereka akan mengajar setiap rakyat tidak patuh sebarang mekaniseme yang sedia ada dalam negara, termasuk melanggar undang-undang.
Tanda-tanda kepada penyalahgunaan kuasa itu, kononnya apabila PH menawan Putrajaya, maka dalam masa 6-12 bulan, akan melantik Datuk Seri Anwar sebagai PM ke-8. Makna kata, banduan itu akan PASTI menerima pengampunan daripada SPBA. Bagai mana mereka tahu, bahawa SPBA akan mengampunkan Anwar? Oleh kerana tanda-tanda salah guna kuasa sudah ditunjukan oleh Tun Mahathir semasa mahu melawat Anwar dipenjara, tidak mustahil, mereka akan memaksa SPBA untuk mengampunkan Anwar.
Rakyat negara ini, perlu bertindak matang pada PRU-14, jangan sama sekali memberi peluang kepada para pemimpin seumpama ini menguasai kerajaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment