Tuesday, January 09, 2018

Parlimen Semporna: Antara Persepsi dan Fakta

Infograik Hotel Yang Bakal Dibangun Di Semporna
APABILA penulis bertanya, siapa bakal calon Bn bagi Parlimen Semporna, ada penyokong pihak-pihak tertentu mempertikai tulisan itu, malah, menyatakan, bahawa Semporna bakal jatuh ke tangan pembangkang dengan kiraan 4-0, apabila pemimpin yang dicadangkan itu menjadi kenyataan.

Penulis, semasa menulis artikel itu, sebenarnya mempunyai maklum balas daripada pihak-pihak yang telah terlibat dengan Umno Semporna, sebelumpun Datuk Shafie Apdal keluar daripada parti.

Sebagai penulis, sudah tentu, telah mengambil kira berbagai sudut. Sejak sekian lama memperhatikan daripada jauh, termasuk membuat beberapa lawatan ke kawasan itu, post DSSA keluar daripada parti dan seterusnya menubuhkan parti, penulis membuat kesimpulan, pemimpin yang mempunyai ketokohan melawan Shafie di Parlimen Semporna, adalah ADUN Bugaya- Datuk Ramlee Marhaban.

Memang Semporna, sinonim dengan nama Tun Sakaran Dandai, namun kita kena berikir, senario politik sudah banyak berubah. Rakyat Semporna, perlu keluar daripada kebiasaan, rakyat kawasan itu, perlu melangkah ke depan.

Cerdik pandai Semporna, tidak berpaksi lagi kepada cerita nostalgia, mereka mahu melangkah ke depan. Mereka terkilan, Semporna merupakan tumpuan dunia, kerana terletaknya Pulau Sipadan, namun sehingga kini, tiada hotel bertaraf lima bintangpun.

Ramai rakyat Semporna berfikiran, pemimpin yang bercorak dan berfikiran ke depan diperlukan bagi memajukan kawasan itu, dan mereka melihat pemimpin itu ada pada Datuk Ramlee.

Rakyat Semporna, akan kehilangan peluang memajukan kawasan itu, jika pemimpin seperti Ramlee tidak diberi peluang.

Memang diakui, rakyat Semporna menghormati keluarga Sakaran, akan tetapi kena ingat, menghormati, tidak bermakna menyokong.

Tun Sakaran sudah diberi peluang mewakili kawasan itu, sehinggakan pernah menjadi Menteri Pusat, Ketua Menteri dan kemudiannya TYT. Namun, selepas itu, kepimpinan kawasan itu telah diambil alih anak buah beliau, Datuk Shafie Apdal. Kini Shafie merupakan penentang kepada Bn, makna kata, sangat diperlukan, seseorang yang mempunyai Umhhh untuk melawan MP Semporna itu.

Parti Umno adalah parti yang sangat demokratik. Pemimpin yang mempunyai merit itulah yang dipilih, selain pemimpin itu diterima dan mempunyai faktor "winnable candidate". Penulis nampak, faktor-faktor itu ada pada Datuk Ramlee.

Datuk Ramlee, selain sebagai Timbalan Biro Penerangan Umno Sabah, juga sebagai pembantu Menteri Kewangan Negeri, pernah menjadi ketua Pemuda parti, dan seorang yang berlatar ahli perniagaan yang berjaya.

Melihat daripada kaca mata rakyat luar kawasan itu, sebenarnya rakyat Semporna bernasib baik mempunyai pemimpin setempat yang mempunyai determinasi untuk membawa kawasan itu maju dan membangun, seperti mana visi ADUN Bugaya itu.

Penulis yakin, Semporna akan berubah wajah selepas ini, kerana tanda-tanda itu sudah kenampakkan. sebagai penulis, perlu melahirkan, apa yang penulis nampak di lapangan, bercampur-campur antara prespsi dan fakta. Sebab itu, tergantung kepada pucuk pimpinan menilainya.

No comments:

Blog Archive