Saturday, October 21, 2017

Shafie Kecewakan Rakyat Sabah

Datuk Shafie Apdal
1. Bayangkan penderitaan rakyat luar bandar Sabah sejak sebelum merdeka yang mengharapkan kemudahan asas seperti bekalan air berish, bekalan elektrik dan jalan raya kampung, namun apabila kerajaan memberikan peruntukan untuk menyelesaikan keperluan mereka itu, pemimpin yang diharapkan menyelesaikannya, tidak menjalankan tanggungjawab seperti mana diamanahkan.

2. Memang kerajaan negeri daripada awal-awal dapat menghidu bahawa peruntukan untuk rakyat luar bandar itu tidak bakal sampai ke sasaran, sebeb itu kerajaan negeri meminta kerajaan Persekutuan menyalurkan terus peruntukan untuk luar bandar Sabah kepada kerajaan negeri. 

3. Oleh kerana pemimpin yang mengawal peruntukan itu adalah pemimpin Sabah, maka permintaan itu tidak ditunaikan, malah sebagai tindak balas kepada permohonan kerajaan negeri tersebut, KKLW menubuhkan pejabat-pejabat sendiri di seluruh daerah, kononnya bertujuan mengagihkan,melaksanakan, mengawal dan memantau projek-projek KKLW.

4. Kehadiran KKLW di Sabah umpama kerajaan dalam kerajaan, kerana mereka bergerak secara solo, tanpa melibatkan kerajaan negeri. Jika ada agensi kerajaan negeri dilantik sebagai pelaksana, maka keputusan itu adalah keputusan sepihak, iaitu hanya diputuskan oleh kementerian tersebut.

5. Sidang Dewan Udangan Negeri Sabah pada Tahun 2016 telah diberi tahu, bahawa sepanjang Datuk Shafie Apdal menjadi menteri selama 11 tahun termasuk sebagai menteri KKLW, beliau tidak pernah berbincang dengan mana-mana pemimpin negeri termasuk Ketua Menteri Sabah berkaitan keperluan pembangunan negeri.

6. Kerajaan Sabah semakin musykil, apabila mendengar keluhan rakyat luar bandar berkaitan kemudahan asas, dan keluhan rakyat itu diperkuat oleh wakil-wakil rakyat yang mewakili mereka, sedangkan kerajaan negeri tahu ada peruntukan yang besar kepada Sabah yang diumumkan melalui Bajet Persekutuan, yang mana bajet tersebut disalurkan melalui KKLW.

7. Bermula Tahun 2009, purata peruntukan untuk penyediaan kemudahan asas bagi penduduk luar bandar Sabah adalah RM1.5bilion setahun. Peruntukan itu merupakan 39.5% berbanding bajet Kerajaan Negeri. 

8. Perbezaan peruntukan KKLW untuk luar bandar, adalah seluruh peruntukan itu adalah untuk pembangunan, manakala bajet kerajaan negeri peruntukan untuk pembangunan antara 10-15% daripada keseluruhan bajet. Bajet Kerajaan Negeri berlegar-legar antara RM3.8- RM4.04 bilion.

9. Apabila KKLW mencapai NKRA bukan 100% akan tetapi 106% sepertimana pengakuan Datuk Shafie Apdal, maka rakyat Sabah termasuk pemimpin negeri tertanya-tanya, ke mana kah wang berbilion itu dibelanjakan?

10. Sebagai contoh, kerajaan Negeri terpaksa menyediakan peruntukan sebesar RM166juta untuk penyediaan bekalan air terawat di Semporna, sedangkan menurut maklumat, KKLW juga membina Loji Penapis Air Di Semporna dengan kos RM48juta. Apabila dipantau di lapangan, rupanya projek yang dibina oleh KKLW hanya gajah putih.

11. Kini, ekoran rungutan rakyat, SPRM sedang menyiasat kemana wang RM7.5bilion dana KKLW dibelanjakan, apa yang malang lagi, dikatakan tidak kurang RM1.5bilion daripada dana itu masuk poket pihak-pihak tertentu.

12. Tugas SPRM memang berat, kerana agensi itu perlu memberitahu rakyat, siapa sebenarnya yang menyelewengkan dana untuk rakyat tersebut. 

13. Apapun hasil siasatan itu, rakyat sasaran tetap berada pada situasi rugi, ibarat durian dan timun.

14. Apa yang malang lagi, pemimpin pembangkang khususnya parti Warisan Sabah mendakwa bahawa siasatan SPRM yang melibatkan pemimpin mereka, bermotifkan politik, sedangkan nyata, bahawa kemudahan asas rakyat luar bandar Sabah, yang tersebar, daripada Kudat, Kota Belud, Keninagau, Beaufort, Sandakan, Tawau dan kawasan-kawasan lain yang sepatutnya sudah dirasai rakyat, akan tetapi telah dinafikan hak.

15. Dakwaan pemimpin parti Warisan Sabah bahawa siasatan terhadap Datuk Shafie Apdal bermotifkan politik, membawa makna, bahawa mereka juga turut bergembira, jika kemudahan asas keperluan rakyat luar bandar tidak dilaksanakan, kerana ianya boleh menjadi isu yang mereka PUTAR BELITKAN.

1 comment:

Anonymous said...

Betul2 si manusia DAJAL si shafieKITOL ni! Mcmmana dia boleh hidup hari2 dan tengok rakyat MISKIN menderita akibar KEKEJAMAN dan KERAKUSAN dia mcm. TUAN dia, si spesis TERORIS PENJAJAH ZioNAZI (Zionis NAZI) KANIBAL Madey kutty KERALA-si DIKTATOR PARASIT/PENYANGAK/PENYAMAQ/PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH/LANUN anak BERANAK KEPARAT berIJAZAH JAMBAN amat RASIS-si PENJILAT JAMBAN TERORIS PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL BerSHIT-DAPjuboq BABI KURAP RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD-NA*O/CIA tu?!!

PERASUAH shafieKITOL amat BANGSAT ni, masa berJOLI duit RAKYAT yg. berBILLION dgn. BETINA SUNDAL terGEDIK dia tu; TAK pula sakit! MENYAMPAH betul; PADAN MUKA lu si PEROMPAK/LANUN! SPRM juga mesti SIASAT rumah2 mewah BETINA SUNDAL dia kat LONDON!

Tok Labu.

AWAS - SELAT MELAKA (terutamanya TELUK KEMANG/ TELUK DATAI) dan MARKAS TENTERA PORT DICKSON/LANGKAWI kita, dan SABAH/SARAWAK, serta LAUT CHINA SELATAN kita memang mahu diTAWAN oleh si rejim2 TERORIS NA*O-CIA/ISrael-MOSSAD dan KULI2 depa dr. si spesis TERORIS SAMPAH MASYARAKAT PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PERASUAH/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL Cash is King DAPJuboq BABI-BerSHIT !!

Blog Archive