Datuk Shafie melawat Loji Air Kota Belud |
Datuk Shafie Apdal mendakwa bahawa sisatan terhadap beliau berkaitan dana RM7.5bilion KKLW untuk luar bandar Sabah semasa beliau menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermotifkan politik.
Hujah Presiden parti Warisan Sabah itu, mengapa siastan dilakukan selepas beliau bukan ahli Umno dan selepas menjadi pembangkang.
Berikutan dakwaan Shafie itu, salah seorang pemimpin pembangkang yang juga mantan pemimpin Umno Sabah- Datuk Lajim Ukin mempersoalkan kenyataan mantan Naib Presiden Umno tersebut. Menurut Lajim, mengapa beliau tidak disiasat SPRM, sedangkan beliau mantan Timbalan Menteri Perseekutuan, Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri pada Kerajaan Sabah.
Menurut Lajim, SPRM tidak akan melakukan siasatan secara suka-suka, hanya bertujuan memalitkan imej buruk kepada individu, samada mereka itu pemimpin pembangkang atau bukan, jika memang tidak terdapat bukti-bukti atau fakta yang menjurus kepada rasuah atau penyelewengan dana awam.
Pendedahan salah laku dana KKLW bermula pada Oktobr 2016, apabila SPRM bertindak terhadap Jabatan Air Sabah yang merupakan pelaksana penyediaan Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) Sabah yang bernilai RM3.3bilion. Dana itu merupakan sebahagian daripada RM7.5bilion yang sedang disiasat.
SPRM sebenarnya menjadi musykil apabila begitu banyak rungutan rakyat di seluruh Sabah khususnya daripada Kudat, Kota Belud, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau, Sandakan serta kawasan pedalaman, malah kawasan Kota Kinabalu berkaitan kemudahan BALB, Bekalan Elektrik Luar Bandar (BALB), jalan raya Luar Bandar (JRLB) sedangkan dana yang besar telah habis dibelanjakan untuk tujuan penyediaan kemudahan-kemudahan tersebut.
Selain itu, rungutan ramai wakil rakyat di kawasan-kawasan itu, mengapa kemudahan asas yang dijanjikan kepada rakyat tidak dilaksanakan.
Ekoran rungutan daripada rakyat dan wakil-wakil rakyat, maka SPRM menubuhkan pasukan pemantau, dan akhirnya merealisasikan pemantuan pembasmi rasuah itu pada Oktober 2016, dan kemudiannya dilanjutkan setahun kemudian.
Bermula pada 5 Oktober 2017, beberapa individu telah ditahan reman, termasuk ahli politik, juga saudara mara Datuk Shafie Apdal.
Pada Khamis 19 Oktober, sekitar 9.30 malam, Shafie akhirnya ditahan bagi membantu siasatan skandal dana RM7.5bilion KKLW.
Apapun hasil siasatan, jika benar sebahagian dana itu telah diselewengkan, tidak akan dapat mengembalikan dana itu kepada rakyat yang dinafikan hak mereka.
Namun, menerusi siasatan itu, setidak-tidaknya rakyat tahu, bahawa Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak menafikan mereka kemudahan asas yang ditunggu-tunggu berdekad lamanya, akan tetapi akibat perbuatan beberapa individu, hak mereka dinafikan.
2 comments:
PERASUAH shafieKITOL amat BANGSAT ni terGEDIK dia tu; TAK pula sakit! MENYAMPAH betul! SPRM juga mesti SIASAT rumah2 mewah BETINA SUNDAL dia kat LONDON!
Tok labu.
AWAS - SELAT MELAKA (terutamanya TELUK KEMANG/TELUK DATAI dan MARKAS TENTERA PORT DICKSON/LANGKAWI kita) dan SABAH/SARAWAK, serta LAUT CINA SELATAN kita memang mahu diTAWAN oleh si rejim2 TERORIS NA*O-CIA/ISrael-MOSSAD dan KULI2 depa dr. si spesis TERORIS SAMPAH MASYARAKAT PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PERASUAH/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL Cash is King DAPJuboq BABI-BerSHIT !!
PEMBETULAN:
PERASUAH shafieKITOL amat BANGSAT ni masa berJOLI duit RAKYAT yg. berBILLION dgn. BETINA SUNDAL terGEDIK dia tu; TAK pula sakit! MENYAMPAH betul; PADAN MULA lu si PEROMPAK/LANUN! SPRM juga mesti SIASAT rumah2 mewah BETINA SUNDAL dia kat LONDON!
Tok Labu.
AWAS - SELAT MELAKA (terutamanya TELUK KEMANG/TELUK DATAI dan MARKAS TENTERA PORT DICKSON/LANGKAWI kita) dan SABAH/SARAWAK, serta LAUT CINA SELATAN kita memang mahu diTAWAN oleh si rejim2 TERORIS NA*O-CIA/ISrael-MOSSAD dan KULI2 depa dr. si spesis TERORIS SAMPAH MASYARAKAT PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PERASUAH/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL Cash is King DAPJuboq BABI-BerSHIT !!
Post a Comment