Semua pihak tahu, kehendak rakyat negara ini sebenarnya berpaksi pada soal-soal ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, tingkat pendapatan, perumahan, kesihatan, pembangunan kemudahan asas atau infrastrukutur serta perkhidmatan kerajaan tempatan, bukannya soal-soal agama dan perkauman.
Jarang benar, parti-parti yang membangkang parti kerajaan mempunyai hala tuju khusus berkaitan dengan perkara-perkara kehendak rakyat itu, sebaliknya parti-parti yang membangkang, lebih suka bermain dengan faktor keagamaan dan perkauman.
Puncak parti pembangkang mendapat manafaat kepada permainan keagamaan dan perkauman, adalah melalui PRU-12 dan 13, kemudian trend itu menurun dengan sendirinya, kerana rakyat akhirnya faham, kerana sebenarnya parti-parti pembangkang sebenarnya ikut menari sesuai dengan rentak parti Barisan Nasional., di mana akhirnya rakyat tersedar, adalah lebih baik menyokong syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang belum dikenalpasti.
Permainan politik, jika tidak mampu menyediakan padang permainan yang berbeza, maka ikut rentak permainan yang sedia ada. Untuk masa ini, salah seorang pemimpin pembangkang yang mampu mengikut rentak permainan adalah Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR- Dato Azmin Ali. Azmin faham “cash is king” merupakan tarikan utama rakyat, khususnya penjawat awam kepada sesebuah kerajaan. Penjawat awam, walaupun jumlahnya tidaklah begitu ramai, namun pengaruhnya cukup signifikan, kerana mereka juga mempunyai keluarga. Pengaruh mereka terhadap keluarga masing-masing mempunyai impak kepada keputusan menentukan sesebuah kerajaan.
Sempena Hariraya yang menjelang tiba, Kerajaan Pesekutuan serta kerajaan-kerajaan negeri di bawah naungan Barisan Nasional mengumumkan bantuan hariraya sebanyak RM500 kepada pejanjawat awam, tanpa mengira pangkat. Pada keadaan yang sama, Azmin Ali mengumumkan untuk negeri Selangor, semua kakitangan awam diberikan satu setengah bulan gaji bagi lebih 17ribu kaitangan awam negeri itu.
Kemungkin besar Azmin mengambil iktibar kepada keputusan dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bahawa isu-isu setempat yang berkaitan dengan kehidupan pengundi secara langsung menyebabkan calon-calon Bn menang besar. Isu yang dimainkan Tun Dr Mahathir, isu yang dimainkan pemimpin DAP serta isu yang dimainkan Rafizi Ramli berkaitan jet yang disewa khas membawa Datin Rosmah mansor Ke Istanbul, hanya menyebabkan pengundi jelak, khususnya mereka yang mengundi calon-calon pembangkang pada PRU-13 lalu.
Adalah menjadi penghalang utama kepada Parti barisan Nasional untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pembangkang, jika para pemimpin negeri itu, menukar pendekatan kepada faktor-faktor yang dikehendaki rakyat. Selangor dan Pulau Pinang, boleh menjadikan “cash is king” kepada rakyat dua negeri itu, memandangkan dua negeri tersebut merupakan negeri kaya.
Jika dalam tempoh dua tahun, parti-parti pembangkang mengubah taktik untuk merebut hati rakyat kepada soal-soal yang disebutkan pada awal tulisan ini, besar kemungkinan, parti-parti barisan nasional berdepan dengan tentangan hebat pada PRU-14.
Kena ingat, jika mahu menang dalam sesuatu pertarungan, jika tidak mampu menyediakan lapangan yang berbeza, maka ikut rentak permainan, akan tetapi depaninya dengan stamina, kekuatan, taktik yang lebih hebat. seperti dalam permainan bola, pada padang sama, dengan pengadil yang sama, dengan penonton yang sama, kemenangan boleh dirai, dengan permainan yang taktikal disertai dengan strategik yang jitu.
Kepimpinan Barisan Nasional, kena bersedia berdepan dengan perubahan taktik kepimpinan parti Pembangkang, sepertimana langkah yang telah dibuat oleh Azmin di Selangor.
Kepimpinan Barisan Nasional, kena bersedia berdepan dengan perubahan taktik kepimpinan parti Pembangkang, sepertimana langkah yang telah dibuat oleh Azmin di Selangor.
2 comments:
Apahal disyaki DISKRIMINASI ke atas bangsa BUMIPUTERA ni – di tanah PUSAKA nenek moyang kami sendiri?! LIMA BERANAK wanita Islam/Melayu diPENJARA 3 TAHUN sbb. MENCURI KOSMETIK $2000 lebih; yg. Bukan Melayu pula, diDENDA $800 atau 14 hari penjara selepas mengaku bersalah mencuri 40 biji kon plastik penghadang jalan bernilai RM3,600, yg. JENAYAHnya, sepatutnya, lebih MENGGANGGU kepentingan awam!! GERAM betul aku!
Lihat di - http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/curi-produk-kosmetik-lima-dijel-1.345667:
Curi produk kosmetik, lima dijel
22 Jun 2016
KOTA TINGGI 21 Jun – Seorang ibu tunggal, tiga anak perempuannya dan seorang menantu perem-puannya terpaksa meraikan Aidilfitri di sebalik tirai besi setelah mereka dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri pelbagai barangan kosmetik, Jumaat lalu.
Hukuman itu disambut dengan linangan air mata oleh Rohaya A. Rahman, 57, dan anak-anaknya, Noriza Che Abdullah, 30, Maimunah Che Abdullah, 26, Nurul Fatihah Che Abdullah, 19, serta menantu, Zariah Zakariya, 37, setelah masing-masing mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Kesemua mereka yang memiliki antara seorang hingga sembilan anak termasuk Nurul Fatihah yang sedang mengandung enam bulan didakwa secara bersama-sama melakukan perbuatan tersebut di kedai Produk Kesihatan dan Kecantikan Sri Tanjung, Jalan Anggerik 4/1, Taman Anggerik, Bandar Tenggara pada pukul 11.40 pagi, 17 Jun lalu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa mencuri 17 produk kesihatan dan kecantikan antaranya Qu Puteh Whitening Treatment Soap, Dnars Glowing Foundation dan Eniq World Dara Anggun G. Glowing Beauty Skin Set yang kesemuanya bernilai RM2,171.50......
Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.
Dan di - http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/penganggur-dipenjara-sehari-denda-rm500-curi-tiga-keping-coklat-1.345475
.....seorang seorang pengutip besi buruk, S.Krishnan, 44, didenda RM800 atau 14 hari penjara selepas mengaku bersalah mencuri 40 biji kon plastik penghadang jalan bernilai RM3,600. –
Lelaki itu didakwa mencuri kon itu di Seksyen 5, Wangsa Perdana, di sini milik Syarikat Suhati Sdn. Bhd. pada pukul 3 petang, 10 Jun lepas mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Nur Farah Adilah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.......
(Nek Tempoyak)
Dan lihat ini - mana Kem. Pengangkutan GAGAL/DBKL dan TABUNG BANTUAN PESAKIT KRONIK bawah Kem. Kesihatan/RISDA utk. bantu BANGSA Bumiputera kita yg. amat MALANG ini - sampai terpaksa MENGEMIS simpati dr. org. awam?! Di manakah juga TABUNG bantuan bencana alam?! Itulah si mamat kari, dari hang asyik terlompat berpesta "fit" sini sana, hang bantulah bangsa BUMIPUTERA kita yg. masih MISKIN & MALANG ini, dptkan BANTUAN2 di atas tersebut yg. adalah sebenaqnya HAK depa semua, apalagi sbg. bangsa BUMIPUTERA MISKIN - bukan terpaksa minta belas kasihan org. awam! Mana juga Biro2 Aduan UMNO, terutamanya PU (Putera & Puteri)?!
Lihat di - http://www.utusan.com.my/berita/nasional/aidilfitri-suram-buat-pemandu-teksi-malang-1.345345:
Aidilfitri suram buat pemandu teksi malang
KHAIRULANUAR YAHAYA
21 Jun 2016
KUALA LUMPUR 21 Jun - Masih ingat kepada seorang pemandu teksi warga emas yang duduk sayu di atas bumbung kereta selepas teksinya ditengelami air dalam kejadian banjir di Universiti Malaya pada 12 Mei lalu.
Kehadiran Aidilfitri tidak lama lagi merupakan hari raya yang suram bagi pemandu teksi tersebut, Abd. Razak Noorzam, 56 dan isternya Shamsina Shamsuddin.
Selepas lebih sebulan bencana yang mendapat simpati orang ramai dan gambar beliau dikongsi oleh ribuan warga media sosial, teksi milik Abd. Razak masih tersadai di dalam bengkel kereta.
Sejak kejadian itu pendapatan Abd. Razak terputus selepas teksi yang digunakan untuk mencari rezeki mengalami kerosakan teruk akibat ditengelami air.
"Saya telah menggunakan RM2,000 untuk membersihkan bahagian dalam kereta. Sementara RM6,000 lagi terpaksa saya pinjam daripada seorang kawan untuk membeli enjin terpakai bagi mengantikan enjin lama yang tidak boleh digunakan lagi," jelas Abd. Razak ketika ditemui baru-baru ini……
Dan di - http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/toreh-getah-bayar-hutang-bedah-kepala-1.343151:
Toreh getah bayar hutang bedah kepala
AMNI AHMAD | 16 Jun 2016
KUALA LUMPUR 16 Jun - Biarpun kepalanya masih berdenyut-denyut, Mohd. Rusydi Mohd Ruslan, 24, pasrah mengharungi kesejukan embun pagi di Kampung Bukit Jerai Air Panas, Pengkalan Hulu Perak untuk menoreh getah.
Menurutnya, sakit akibat daripada pembedahan membuang enam kilogram ketumbuhan di kepalanya pada 25 April lalu itu masih terasa, tetapi terpaksa ditahan demi tanggungjawab menyara keluarga.
Anak tunggal lelaki daripada tiga beradik itu menambah, upah daripada menoreh itu juga akan disimpan sedikit untuk membayar hutang pembedahan tempoh hari.
Katanya, setakat ini kira-kira 80 peratus daripada kos pembedahan berjumlah RM23,290 telah dibayar.
“Sebanyak RM15,000 dibayar keluarga hasil pinjaman saudara mara, manakala kira-kira RM6,000 dibayar menerusi sumbangan orang ramai selepas kisah saya disiarkan Utusan Malaysia minggu lalu.
“Kini ada lebih RM2,000 perlu dijelaskan kepada pihak hospital swasta tetapi saya bersyukur kerana pihak hospital turut memberi kelonggaran dengan membenarkan saya membayar secara ansuran,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.
Rusydi berkata, walaupun bayaran kepada hospital hampir berjaya diselesaikan, tetapi dia dan keluarga perlu memikirkan cara membayar hutang dengan saudara mara berjumlah RM15,000 itu.
....Pembedahan terpaksa dilakukan segera kerana keadaan ketumbuhan di atas kepalanya membesar dengan begitu cepat.
Ketumbuhan itu juga telah berakar ke otak dan semakin berbahaya jika tidak dilakukan pembedahan dengan segera.
“Akibat pembedahan itu kepala saya menerima sebanyak 60 jahitan, tetapi kesan jahitan pun sudah kering,” katanya.
Katanya lagi, bapanya, Mohd. Ruslan Ahmad, 55, hanya bekerja sebagai penoreh getah, manakala ibunya, Zulia Hussain, 50, tidak bekerja dan merupakan orang kurang upaya (OKU).....
(Nek Tempoyak)
Post a Comment