tag:blogger.com,1999:blog-8305412219598798243.post6267516872658645672..comments2024-03-09T16:32:12.255+08:00Comments on APA YANG TERSIRAT ONLINE: Apa Kehendak Rakyat?SUARA RAKYAThttp://www.blogger.com/profile/07968376309883671128noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-8305412219598798243.post-7438195906139781992016-06-22T21:32:08.308+08:002016-06-22T21:32:08.308+08:00Dan lihat ini - mana Kem. Pengangkutan GAGAL/DBKL ...Dan lihat ini - mana Kem. Pengangkutan GAGAL/DBKL dan TABUNG BANTUAN PESAKIT KRONIK bawah Kem. Kesihatan/RISDA utk. bantu BANGSA Bumiputera kita yg. amat MALANG ini - sampai terpaksa MENGEMIS simpati dr. org. awam?! Di manakah juga TABUNG bantuan bencana alam?! Itulah si mamat kari, dari hang asyik terlompat berpesta "fit" sini sana, hang bantulah bangsa BUMIPUTERA kita yg. masih MISKIN & MALANG ini, dptkan BANTUAN2 di atas tersebut yg. adalah sebenaqnya HAK depa semua, apalagi sbg. bangsa BUMIPUTERA MISKIN - bukan terpaksa minta belas kasihan org. awam! Mana juga Biro2 Aduan UMNO, terutamanya PU (Putera & Puteri)?!

Lihat di - http://www.utusan.com.my/berita/nasional/aidilfitri-suram-buat-pemandu-teksi-malang-1.345345:

Aidilfitri suram buat pemandu teksi malang

KHAIRULANUAR YAHAYA
21 Jun 2016

KUALA LUMPUR 21 Jun - Masih ingat kepada seorang pemandu teksi warga emas yang duduk sayu di atas bumbung kereta selepas teksinya ditengelami air dalam kejadian banjir di Universiti Malaya pada 12 Mei lalu.

Kehadiran Aidilfitri tidak lama lagi merupakan hari raya yang suram bagi pemandu teksi tersebut, Abd. Razak Noorzam, 56 dan isternya Shamsina Shamsuddin.

Selepas lebih sebulan bencana yang mendapat simpati orang ramai dan gambar beliau dikongsi oleh ribuan warga media sosial, teksi milik Abd. Razak masih tersadai di dalam bengkel kereta.

Sejak kejadian itu pendapatan Abd. Razak terputus selepas teksi yang digunakan untuk mencari rezeki mengalami kerosakan teruk akibat ditengelami air.

"Saya telah menggunakan RM2,000 untuk membersihkan bahagian dalam kereta. Sementara RM6,000 lagi terpaksa saya pinjam daripada seorang kawan untuk membeli enjin terpakai bagi mengantikan enjin lama yang tidak boleh digunakan lagi," jelas Abd. Razak ketika ditemui baru-baru ini……

Dan di - http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/toreh-getah-bayar-hutang-bedah-kepala-1.343151:

Toreh getah bayar hutang bedah kepala

AMNI AHMAD | 16 Jun 2016

KUALA LUMPUR 16 Jun - Biarpun kepalanya masih berdenyut-denyut, Mohd. Rusydi Mohd Ruslan, 24, pasrah mengharungi kesejukan embun pagi di Kampung Bukit Jerai Air Panas, Pengkalan Hulu Perak untuk menoreh getah.

Menurutnya, sakit akibat daripada pembedahan membuang enam kilogram ketumbuhan di kepalanya pada 25 April lalu itu masih terasa, tetapi terpaksa ditahan demi tanggungjawab menyara keluarga.

Anak tunggal lelaki daripada tiga beradik itu menambah, upah daripada menoreh itu juga akan disimpan sedikit untuk membayar hutang pembedahan tempoh hari.

Katanya, setakat ini kira-kira 80 peratus daripada kos pembedahan berjumlah RM23,290 telah dibayar.

“Sebanyak RM15,000 dibayar keluarga hasil pinjaman saudara mara, manakala kira-kira RM6,000 dibayar menerusi sumbangan orang ramai selepas kisah saya disiarkan Utusan Malaysia minggu lalu.

“Kini ada lebih RM2,000 perlu dijelaskan kepada pihak hospital swasta tetapi saya bersyukur kerana pihak hospital turut memberi kelonggaran dengan membenarkan saya membayar secara ansuran,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Rusydi berkata, walaupun bayaran kepada hospital hampir berjaya diselesaikan, tetapi dia dan keluarga perlu memikirkan cara membayar hutang dengan saudara mara berjumlah RM15,000 itu.

....Pembedahan terpaksa dilakukan segera kerana keadaan ketumbuhan di atas kepalanya membesar dengan begitu cepat.

Ketumbuhan itu juga telah berakar ke otak dan semakin berbahaya jika tidak dilakukan pembedahan dengan segera.

“Akibat pembedahan itu kepala saya menerima sebanyak 60 jahitan, tetapi kesan jahitan pun sudah kering,” katanya.

Katanya lagi, bapanya, Mohd. Ruslan Ahmad, 55, hanya bekerja sebagai penoreh getah, manakala ibunya, Zulia Hussain, 50, tidak bekerja dan merupakan orang kurang upaya (OKU).....

(Nek Tempoyak)
Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8305412219598798243.post-85739200470197932532016-06-22T21:31:02.401+08:002016-06-22T21:31:02.401+08:00Apahal disyaki DISKRIMINASI ke atas bangsa BUMIPUT...Apahal disyaki DISKRIMINASI ke atas bangsa BUMIPUTERA ni – di tanah PUSAKA nenek moyang kami sendiri?! LIMA BERANAK wanita Islam/Melayu diPENJARA 3 TAHUN sbb. MENCURI KOSMETIK $2000 lebih; yg. Bukan Melayu pula, diDENDA $800 atau 14 hari penjara selepas mengaku bersalah mencuri 40 biji kon plastik penghadang jalan bernilai RM3,600, yg. JENAYAHnya, sepatutnya, lebih MENGGANGGU kepentingan awam!! GERAM betul aku!

Lihat di - http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/curi-produk-kosmetik-lima-dijel-1.345667:

Curi produk kosmetik, lima dijel

22 Jun 2016

KOTA TINGGI 21 Jun – Seorang ibu tunggal, tiga anak perempuannya dan seorang menantu perem-puannya terpaksa meraikan Aidilfitri di sebalik tirai besi setelah mereka dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri pelbagai barangan kosmetik, Jumaat lalu.

Hukuman itu disambut dengan linangan air mata oleh Rohaya A. Rahman, 57, dan anak-anaknya, Noriza Che Abdullah, 30, Maimunah Che Abdullah, 26, Nurul Fatihah Che Abdullah, 19, serta menantu, Zariah Zakariya, 37, setelah masing-masing mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Kesemua mereka yang memiliki antara seorang hingga sembilan anak termasuk Nurul Fatihah yang sedang mengandung enam bulan didakwa secara bersama-sama melakukan perbuatan tersebut di kedai Produk Kesihatan dan Kecantikan Sri Tanjung, Jalan Anggerik 4/1, Taman Anggerik, Bandar Tenggara pada pukul 11.40 pagi, 17 Jun lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa mencuri 17 produk kesihatan dan kecantikan antaranya Qu Puteh Whitening Treatment Soap, Dnars Glowing Foundation dan Eniq World Dara Anggun G. Glowing Beauty Skin Set yang kesemuanya bernilai RM2,171.50......

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Dan di - http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/penganggur-dipenjara-sehari-denda-rm500-curi-tiga-keping-coklat-1.345475

.....seorang seorang pengutip besi buruk, S.Krishnan, 44, didenda RM800 atau 14 hari penjara selepas mengaku bersalah mencuri 40 biji kon plastik penghadang jalan bernilai RM3,600. –

Lelaki itu didakwa mencuri kon itu di Seksyen 5, Wangsa Perdana, di sini milik Syarikat Suhati Sdn. Bhd. pada pukul 3 petang, 10 Jun lepas mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Nur Farah Adilah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.......

(Nek Tempoyak)
Anonymousnoreply@blogger.com