Monday, October 19, 2015

Usul Tidak Percaya Pada DS Najib- Dap Tidak Setuju

1. Tamparan hebat kepada MP PKR Petalingjaya Selatan Hee Loy Sian, apabila DAP tidak bersetuju dengan usul yang dibawa oleh MP itu. Dap melalui Lim Guan Eng, bukan sahaja tidak bersetuju tindakan MP PKR itu, malah memintanya menarik balik usul tersebut.

2. Menurut Guan Eng, usul seumpama itu, bukan usul main-main atau menurut istilah Ketua Menteri Pulau Pinang itu, bukan main guli, sebaliknya usul tersebut merupakan usul serius.

3. Menurut Guan Eng, usul seumpama itu, bukannya dibawa oleh MP biasa, tetapi lazimnya oleh Ketua Pembangkang, sepertinya mana berlaku di negara-negara lain.

4. Nampaknya, usul tidak percaya kepada DS Najib, merupakan tindakan olok-olok oleh para MP Pembangkang, ertinya, tindakan itu bukanlah serius sepertimana mereka gembar gemburkan.

5. Perlu dingatkan, bahawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri atau mana-mana ahli parlimen, bukan terdapat dalam peraturan Parlimen Malaysia. Untuk itu sebarang usul seumpama itu sebenarnya, hanya sia-sia.

7 comments:

Anonymous said...

DAP pasti tidak setuju.
DAP lebih suka Najib ketua BN pada PRU14 sebab BN lemah ketika itu. Dan ramai rakyat tidak menyokong BN.
Jadi senang lah DAP rampas Putrajaya.

Anonymous said...

DAP + PKR + PAN paling banyak pun mungkin 80 kerusi pada PRU14 nanti...AT MOST!

Sebab tu langkah2 DESPERADO awal2 lagi sedang dilakukan oleh DAP dan RBA DAP.

Fitnah, menipu dan menghasut siang malam tiap2 hari...sampai rakyat pun dah malas nak layan.

berasiam said...

Terrbaek ialah Muhyiddin yang buka langkah usul undi tak percaya kepada Najib. Barulah macam Australia. Negara maju tu. Demokrasi yang matang. Tapi Malaysia para YB macam budak sekolah. Takut guru besar, guru disiplin xan pengawas. Suka bila dapat duit belanja banyak. Takut duit belanja kena potong. Atas sebab itu saranan Tun Mahathir supaya kalahkan Najib tapi menangkan BN macam tak boleh diterima. Masakan wakil rakyat yang berjiwa budak sekolah mahu dikekalkan menjadi pemimpin. Keadaan sekarang menjadi parah kerana sikap budak sekolah Majlis Tertinggi, KBU dan YB BN. Kalau nak perbaiki keadaan dan halang berulang, kenalah singkirkan semuanya. Bukan ketua yang jadi kepala ikan yang busuk tu saja yang perlu disisihkan. Kena cari ikan baru yang segar seluruhnya. Digoreng pun sodap gitu.....

Anonymous said...

payah payah...suruh najib lantik tun m jadi pm semula....baru senyap org tua tu....jgn bagi pda kroni nya...bagi jer kat dia....

Anonymous said...

Anon 2108, sebagai rakyat saya x mahu lagi Tun/proksinya pegang jawatan pm tu lagi. Habis nanti duit rakyat disedut oleh kroni2 melalui perjanjian berat sebelah. Kau mahu ini berlaku ke? Minta diselisihkan malaikat 44. Biarlah Najib teruskan tugasnya, rakyat pun happy sebab Najib mesra rakyat.

Anonymous said...

Tun m tu tamak. Dia nak jadi diktator sampai mati. Nama sahaja PM Pak Lah dan Najib tapi semua di belakang dia yang caturkan. Sekarang caturan nya untuk jatuhkan Najib belum menjadi, jadi langkah demia langkahnya sudah semakin keras dan tiada adab, fitnah semakin banyak.

Demokrasi matang macam mana? jika tak ikut telunjuk puak yang kaya maka demokrasi itu tak matang? Sebab najib asyik buat program untuk rakyat bawahan maka taikun2 dan penyangak2 keparat atas nama korporat bergabung dengan org2 politik untuk jatuhkan Najib?

Zaman Najib wang hasil negara di rasai serata oleh semua golongan rakyat..itu satu nikmat yang amat besar.. golongan pensabotaj ekonomi adalah kapitalis2 asuhan Barat Yahudi, jadi golongan ini lah yang sedang menentang Najib..

Anonymous said...

Saya sokong anon 21.57
Begiti buta hati ramai dari penyokong politik tak nampak dan boleh bezakan kebaikan najib dan penipuanm Mahathir dalam urusan negara.

Najib tak sentuh sesen pun wang amanah awam seperti KWSP, Tabung haji atau Zakat. Tapi mahathir terang2 gunakan semua dana utama awam untuk bail out company kroni2nya.. yang saham utama di pegang oleh individu kroni. Contoh eperti kes bail out Renong-Halim Saad begitu banyak wang milik pendepost di hanguskan demi selamatkan syarikat ini.

Bukan setakat itu..GLC 'angsa emas' seperti PETRONAS menjadi tabung duit utama Matahir dlm mencaturkan wang secara boros! Kes bail out Konsortium Perkapalan Berhad milik anaknya yang menelan company MISC milik negara, akhirnya rugi teruk, wang PETRONAS menjadi sasaran mahathir.. membina KLCC dr wang yang sama.. apakah rakyat dapat manfaat jelas? atau warga asing yang untung?
apakah kamu semua BUTA? Tapi Najib apakah 1mdb begitu?

Tapi bila syarikat ini saham tinggi.. rakyat tak dapat apa2..melainkan pu8ngutan cukai kerajaan tinggi tetapi BELUM TENTU pusing balik kepada rakyat seperti Najib buat melalui CASH terus ke tangan kita. Kita dapat manfaat trus..itu pemimpin sebenar yang jiwanya utk bantu rakyat

CUKUPLAH bagi pentaksub Mahathir.. saya hidup dizaman mahathir dan saya juag hidup di zaman najib dan saya boleh bezakan siapa yang baik siapa yang buruk!

Blog Archive