Monday, October 19, 2015

Menggulingkan DS Najib- Jangan Ambil Mudah Pembelot

1. Sidang Dewan Rakyat yang bermula pada hari ini Isnin 19 Oktober selama 25 hari atau 7 minggu, boleh sahaja berlaku pengulinggan Perdana Menteri, 

2. Memang daripada segi pembangkang jumlah mereka tidak mencukupi menggulingkan Perdana Menteri, namun jangan ambil mudah pembelot. Pembelot boleh sahaja muncul tiba-tiba bagi memenuhi kepentingan masing-masing.

3. Pembelot, akan datang daripada mereka yang tidak disangka. Ambil pengelaman Kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat dan Kerajaan Sabah di bawah Parti PBS. Kedua-kedua peristiwa itu, tidak terbayang sebelumnya, kerana mereka yang membelot adalah mereka yang terlalu dekat dengan pucuk pimpinan bagi kerajaan negeri berkenaan.

4. DS Najib kena hati-hati dan perlu mampu mengenaipasti berbagai kejadian atau keadaan yang mengarah kepada pembelotan.

5. Perlu diketahui bahawa pembelot, tidak selalunya datang daripada mereka yang bersuara lantang, sebaliknya, daripada mereka yang nampak tenang, seperti air tenang yang mempunyai buaya ganas.

6. Dalam masa 25 hari daripada sekarang, semua kemungkinan boleh sahaja berlaku. Jangan ambil mudah cara pembangkang mengemukan usul tidak percaya yang menggunakan MP biasa, kemudian Lim Guan Eng meminta pula, agar usul tersebut ditarik, dengan membayangkan, bahawa DAP tidak bersetuju dengan cara itu. Tujuan kepada permainan ini, agar para MP Bn yang menyokong DS Najib leka. Jangan lupa, pelandok boleh lupa jerat, namun jerat sebaliknya.

7. AYT mempunyai firasat tidak sedap, bahawa terdapatnya gerakan tersusun daripada pihak-pihak tertentu yang nampak menyokong PM, namun sebaliknya sedang menyusun kaedah bagaimana menggulingkan PM ke-6 tersebut. Harap-harap firasat AYT ini tidak benar, sehinggalah ke PRU-14.

9 comments:

Anonymous said...

Mungkin istilah yg lebih tepat adalah 'penyelamat' atau 'wira' daripada pembelot.Untuk menyingkirkan kerajaan boneka cina kafir dap di perak,3 orang wira telah dihasilkan dan terselamatlah kerajaan Melayu perak dari pemerintahan cina kafir harbi.

Untuk menyelamatkan pula negara dari kerakusan dan penyelewengan pemimpin haloba maka wira2 yg lebih ramai,berani dan tanpa imbuhan pastinya sangat2 diperlukan.Apakah impian majoriti rakyat Malaysia ini akan terlaksana?

p/s:jangan risau seorang pendekar yg menjadi speaker tambatan saja sudah cukup untuk mengekang kemaraan puluhan wira..

Anonymous said...

Yg khianat amanah rakyat itu lah PEMBELOT!!.. admin!! tak payah lah.ngko nak gambarkan najib tu pemimpin suci ..PTUIHH!!..

Anonymous said...

Najib memang pemimpin yang lbih baik dr mahathir sebab Najib banyak bantu rakyat direct tanpa orang tengah.

Mahathir penuh muslihat. Dia bangunkan negara konon macam maju tapi jurang miskin rakyat makin besar. Yang kaya bertambah kaya.. yang miskin kekal di ditakut lama.. jangan harap sesen wang akan turun ke tangan orang miskin.

Zaman Najib dia banyak buat transformasi melangkaui penyangak2 yang dilahirkan mahathir, iaitu keparat2 korporat seperti buaya lapar menanti projek. Projek atas nama rakyat tapi berbillion habis untuk kroni. Rakyat dapat lebuh raya? ya tapi di peras ugut dengan tol cekik darah dengan perjanjian tak boleh disentuh suku abad.


Memang saya sanggup katakan Najib lebih mulia dari bekas PM ketrunan mamak itu. Maaf cakap. Saya sebagai orang yang mengundi UMNO pada PRU13 lepas tak restui gerakan menjatuhkan Najib.

Wslm

Anonymous said...

wira2 yang yang dilahirkan untuk menyelamatkan Kerajaan Melayu Perak itu lah lahir oleh tindakan dan usaha Najib.. dan sebenarnya ditentang oleh Mahathir. Mahathir dengan jelas mengatakan Najib 'gopoh'?
Sejarah tak menipu tapi pro mahahthir yang cukup banyak lupa dan menipu media. Mana ada istilah 'wira' untuk org yng membantu menjatuhkan pemimpin parti sendiri bagi pihak musuh.. bodoh benar pengkomen atas itu!

kalau ya pun taksub pada mahathir atau pro PR janganlah selewengkan istilah. Mereka itulah sebenarnya PENGKHIANAT. Najib tidak melakukan apa2 jenayah yang dibuktikan untuk dihalalkan untuk dijatuhkan oleh penyokong BN UMNO sendiri. Jika lakukan maka jelas itulah golongan PENGKHIANAT sama seperti golongan pro Mahahthir.. bernaung dalam UMNO tapi menjadi parasit!

Anonymous said...

Pengkhianat kepada rakyat tu yg salah guna kuasa. Mentang2 ada kuasa suka2 buat perjanjian berat sebelah sehingga merugikan rakyat turun temurun.

Pengkhianat juga mereka yg suka menyelewengkan minda rakyat supaya mempercayai yg benar itu salah dan yg salah dianggap benar.

Kedua2 sifat ni x de pada Najib.

Anonymous said...

Pembelot pada negara pula ialah mereka yg membuat laporan mengenai isu dalaman negara kepada negara2 luar seperti UK, Perancis, Swizerland, Amerika dan lain2 lagi, termasuk nak menjemput FBI. Mereka ini patut dilucutkan kerakyatan dan buang negara. Begitu juga dengan master mindnya.

Anonymous said...

Sebenarnya begitu jelas sifat si kitol dan pembelotan pada negara yangd dilakukan oleh Khairuddin si muflis tajaan pihak kaya ini. Tidak ada dalam kamus kenegaraan yang ulung dan jauh sama sekali dalam peradaban Islam tatacara begitu, iaitu bersekongkol dengan pihak asing untuk jatuhkan pemimpin negara.

Dalam Islam jika benar sekalipun Najib itu sah rasuah atau mungkin terlibat dengan jenayah berat lain (jika), selagi dia tidak menghalang kita untuk taat pada Allah SWT dan Islam..masih haram untuk jatuhkan dia. Tetapi senario sekarang entah apa jenis 'ROJAK' fitnah yang dilancarkan golongan pro-mahathir ini sehingga orang asing dijadikan sandaran. Apakah mereka tidak fikir pihak asing takkan campur tangan tanpa ada BALASAN.

Apakah kita sedia dengan BALASAN itu? dan yang paling dipersoalkan.. SUCI benarkan golongan yang menentang Najib sekarang?

Apakah 22 tahun pemerintahan tokoh tersebut semuanya bersih belaka? Bagaimana dengan perjanjian2 cekik darah rakyat yang diwarisi sampai sekarang? fikir dengan akal.

Anonymous said...

Kalau diamati betul2 Najib begitu berhati2 dalam menggunakan dana rakyat sehingga 1MDB yg begitu besar tujuannya cuma diberi modal 1 juta.

Anonymous said...

Sokong dan setuju sangat pandangan anom 22.51 dan anom 08.24.memang betul kita hidup aman damai nak solat dn ibadah tak siapa yg boleh halang begitu juga aktiviti lain pm najib tak pernah halang rakyat malahan memberi dana lagi .so kenapa kita sebagai rakyat sampai hati nak jatuhkan najib. Bagi saya najib sentiasa di hati rakyat,tunggulah hujung tahun dan awal th persiapan utk anak sekolah rengan sikit, org yg gaji kecil dan ibu2 tungal dapat brim,sebelum najib jadi pm tak pernah dapat imbuhan seperti ini.bagi saya penghianat no wahid org yg pi luar negara buat reput cerita keburukan negara dn suruh tangkap pm,

Blog Archive