Tuesday, September 08, 2015

Apa Kah Rakyat Akan Undi BN?

 1. Para pemimpin Bn, mengutuk, bahawa pertukaran kerajaan bukan melalui pilihanraya adalah salah. Atas sebab itu, ura-ura undi tidak percaya kepada DS Najib Razak dibidas. Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat membuat kenyataan tiada provision dalam parlimen memungkinkan dilakukan undi tidak percaya. Dengan kenyataan itu, tindakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, tertutup rapat, jika adapun, ianya bukan menurut peraturan dewan rakyat.

2. Di Malaysia ini ada dua pengalaman, pertama Tahun 1994 di Sabah. Masa itu telah berlaku pertukaran kerajaan bukan melalui pilihanraya, sebabnya kerajaan yang memerintah telah kehilangan majoriti. Juga di Perak pada Tahun 2009, kerajaan yang memerintah juga jatuh bukan melalui pilihanraya, sebabnya sama, kerajaan kehilangan sokongan majoriti. Ironinya, kedua-dua kejatuhan kerajaan itu bukan melalui pilihanraya dan tidak dibawah kepada sidang Dewan Undangan Negeri.

3. Mungkin apa yang dipercakapkan oleh para pemimpin Bn yang mengutuk pertukaran kerajaan bukan melalui pilihanraya, adalah undi tidak percaya diadakan di Dalam Dewan Rakyat. Undi tidak percaya melalui dewan rakyat, tidak boleh diadakan, sesuai dengan kenyataan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa dewan rakyat tidak mempunyai provision untuk tindakan seperti itu.

4. Oleh kerana tindakan undi tidak percaya tidak bakal berlaku, oleh kerana sebab sepertimana yang dinyatakan oleh Speaker dewan rakyat, juga fakta yang ada bahawa DS Najib Razak masih mendapat sokongan 133 MP daripada 222, maka sesiapa yang berminat untuk menukar kerajaan, maka terpaksa menunggu PRU-14, yang bakal diadakan Tahun 2018.

5. Rata-rata Pemimpin Bn, meminta sesiapa sahaja yang berminat mengubah kerajaan, maka perlu menunggu pilihanraya umum. Pada PRU, maka rakyat adalah pengadil, apa kah akan mengundi Bn atau tidak. Pada PRU-13, daripada segi undi popular, memang Bn telah kalah, namun sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara menggunakan kerusi, maka Bn masih membentuk kerajaan persekutuan.

6. Perlu diingat, bahawa daripada 134 kerusi yang dimenangi Bn, 37 daripadanya merupakan kemenangan marjinal, ertinya jika berlaku swing 2 peratus sahaja mode pengundi menolak Bn, maka kerusi tersebut bakal hanyut. Perasaan itu dikongsi sama oleh Timbalan Menteri KDN- Datuk Nurjazlan Mohammad.

7. Pada PRU-13, ramai calon Bn termasuk mereka yang berjawatan dalam kabinet telah tumpas, meskipun tidak banyak isu yang didepani Kerajaan.

8. Selepas sahaja DS Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, Tun Dr Mahahir Mohammad menyertai semula Umno dan berkempen untuk Umno dan Bn. Namun, Bn bukan sahaja tidak mendapat semula kuasa 2/3, kuasa tradisi sejak merdeka, malah kehilangan 7 kerusi Dewan Rakyat. Menurut Tan Sri Shahrir Samad, kehadiran Tun Dr Mahathir sudah tidak releven, atas sebab itu meskipun menyokong Bn sebelum PRU-13, Bn masih tetap tidak mampu memperolehi kuasa 2/3. Kenyataan Sharir tersebut, bermakna bahawa kritikan Tun Mahathir kepada DS Najib Razak termasuk mendesak PM ke-6 itu untuk letak jawatan tidak akan membawa impak kepada sokongan kepada Umno dan Bn. Alasan MP Johor Bahru itu, bahawa semasa berdepan PRU-12, Tun Dr Mahathir juga menghentam Tun Abdullah, dan keputusan PRU itu, Bn masih menang dengan kerusi 140, meskipun kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat.

9. Perlu diingat, Bn dalam mendepani PRU-14, sedang bergelut dengan kemelut 1MDB dan persepsi negatif yang luar biasa yang berkaitan dengan peribadi Perdana Menteri.

10. Pembangkang dan Tun Dr Mahathir serta media asing kerap mengwar-warkan masalah peribadi Perdana Menteri, termasuklah isu perkahwinan mega anak beliau. Isu perbadi boleh menjadi penghambat kepada seseorang untuk meneruskan kerjaya, seperti mana berlaku pada Datuk Ali Rustam, beliau kalah pada PRU-13 kerana terpalit dengan pesta perkahwinan anak beliau yang mega.

11. Jangan nafikan, bahawa faktor persepsi boleh dinyakan dengan mudah, persepi boleh membawa mudarat malah kejatuahan sesebuah kerajaan, malah sesebuah negara boleh di serang seperti mana berlaku pada Iraq, kerana telah ditanam bahawa negara itu mempunyai senjata kimia yang mana senjata itu diguna untuk membunuh puak kurdis di utara negara itu.

12. Kini, di negara ini, persepsi yang berligar-ligar, adalah persepsi yang menyatakan bahawa Perdana Menteri menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan peribadi beliau seperti mana di gambarkan melalui kemelut 1MDB dan wang derma RM2.6bilion.

13. Jika dilakukan kajian pada masa ini, dengan mengunakan strata penduduk bandar dan luar bandar, akan di temui, bahawa penduduk bandar 7 daripada 10 memempercayai persepsi yang mendampingi Perdana Menteri, sementara penduduk luar bandar pula bercampur-campur antara tekanan hidup akibat kenaikan harga barang dan persepsi. Kalau dibuat kajian, penduduk luar bandar masih 50 peratus menyokong kerajaan, dan kurang terpengaruh dengan persepi yang dilontarkan kepada Perdana Menteri. Melihat kepada keadaan semasa, 37 kawasan parlimen yang dimenangi Bn pada PRU-13 lalu dalam kedudukan bahaya, ertinya kerusi-kerusi itu akan terlepas daripada gengaman Bn. Jika demikian, maka kerusi selamat bagi Bn hanya berbaki 97 kawasan, kurang 15 kerusi untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. Dalam keadaan ini, atas sebab itu ada ura-ura Umno akan berpakat dengan Pas bagi maksud mempertahankan kerajaa bumiputera/melayu di negara ini.

14. Apa yang perlu diwaspadai oleh kaum bumiputera/melayu, jika Umno dan Bn tumbang, maka kedudukan kaum itu akan terumbang-ambing, malah keadaan sebelum merdeka akan berulang kembali. Sebabnya, keadaan itu pernah dirasakan oleh rakyat Sabah apabila Usno dan Berjaya kehilangan kuasa pemerintahan, meskpun kerajaan diketuai bumiputera, akan tetapi dikuasai oleh kaum lain. Pada masa itu, bumiputera islam bagaikan melukut di tepi gantang, dan kini keadaan sama berlaku di Pulau Pinang.

15. AYT mengemukakan tajuk APA KAH RAKYAT AKAN MENGUNDI BN? hanya kerana persepsi yang mengelilingi Perdana Menteri? tanpa melihat sumbangan Perdana Menteri itu kepada rakyat!!! misalnya bagi Sabah dan Sarawak, rakyat majoriti tidak sanggup kehilangan DS Najib, kerana beliau merupakan pembela kepada rakyat dua negeri tersebut.

15 comments:

Anonymous said...

Najib jika pecat muhyidin hanya akan melemahkan lagi sokongan rakyat terhadap umno dan bn.

Pada masa ini reputasi najib adalah amat buruk sekali...samada najib ingin percaya beliau tidak bersalah hakikatnya dimata majoriti rakyat reputasi beliau sudah pun tercalar.

Jika najib tidak percaya kenyataan ini, beliau boleh sahaja adakan tinjauan umum di terajui oleh badan bebas, boleh ambil dari universiti tempatan atau luar negara jepun korea dsb nya.

Jika Najib masih lagi tidak percaya dan yakin sokongan rakyat masih berpihak kepada beliau, lakukan 'snap election' seperti mana lee hsien loong singapura lakukan.

Lebih lama najib berada diatas, enggan berundur, yang terkena kesannya adalah umno, golongan pengampu beliau boleh lah bersara awal, kerana sayang rakyat terhadap umno bertukar menjadi marah dan benci.

Jika Najib sayangkan dan ingin selamatkan umno, lakukan yang terbaik untuk ayahanda tun razak, lakukan untuk diri sendiri, lakukan untuk alif ba ta...

Dato seri Najib perlu berundur, sila letak jawatan!

Anonymous said...

Melayu kena bersedia menerima corak pimpinan baru. Mungkin UMNO x dpt bertahan lama. Org muda????? Jgn cakap.... trend tolak BN itu COOL.

Anonymous said...

DAP, PKR dan parti PAN Mat Sabu ketiga-tiga parti ini masih merestui kalimah Allah utk disyirikkan oleh pihak gereja Evangelist tajaan DAP. So kalau nak merasa dan berbangga dgn syirik silalah bagi sokongan kepada mereka ini.

Anonymous said...

Jika rakyat diberi pendedahan dan penerangan yg mencukupi bahawa perkara yg berlaku sebenarnya adalah konspirasi untuk menjatuhkan Najib, inshallah rakyat masih terus istiqomah menyokong UMNO dan Kerajaan. Dalam hal ini, gunakan jentera dan pemuda/puteri UMNO untuk turun padang mendekati rakyat.

jgn jadi bodoh!!! said...

salah fakta shahrir tu..Tun byk berkempen di Kedah dari tempat lain serata Malaysia..Malah Nama Mukhriz sbg MB Kedah telah diumumkan sblm merampas kembali kedah..Shahrir xpayah ckp byk sblm ni pertikaikan 1mdb gak lps dapat sejuta u turn..masa tembual tv3 pasal ekonomi malaysia baru2 ni jawab soalan pun mcm xtau apa!!

salleh said...

Anon 23.02, igt parti melayu islam tu UMNO shj ke? X perlu pn nk sokong PKR, DAP. Parti PAS kan ade. Xde masalah pn.

Anonymous said...

Salleh ooi..parti pas gabung pakatan pun berapa saja kerusi yang menang..ini kan sendirian..pru perlu dana agak besar mana sumbernya..ulama tinggi ilmu agama tapi pentadbiran kalau cetek ilmu mengurus tak jadi apa..dikelantan hanyalah tadbir negeri..

Anonymous said...

Ingatlah Melayu, doktrin komunisma yang diserapkan oleh DAP kedalam otak anak-anak Melayu semakin hari semakin menjadi. Ditambah pula oleh segelintir Melayu yang mana UMNO pun bukan PAS pun bukan.

Mereka-mereka ini adalah Pertualang dalam Bangsa Meleyu mereka ini adalah orang yang terbuang dari kedua-dua parti Melayu itu. Mereka berlegar dan mengelilingi tubuh seorang Peliwat. Mereka juga telah disogok dengan kemewahan yang tersorok.

Konco-konco mereka akan membela tindak tanduk mereka apabila dikomen dalam media sosial.

Anonymous said...

Para 15 AYT - rakyat 'majoriti' Sabah dan Sarawak tidak 'sanggup' kehilangan DSN kerana beliau ada lah pembela kepada mereka? Dimana tuan memperolehi statistik pungutan suara ini? atau blog ini hanya mengulangi retorik pemimpin? Kalau ada sdr2 dari Semananjung disini, cuba jalan jalan dibandar bandar besar diSabah, seperti KK, Sandakan, Tawau, Lahad Datu. Masuk pasar ikan, pasar tani, pasar malam atau tempat orang ramai berkumpul. Pergi lagi keKudat, Kota Marudu, Pitas, Donggongon, Inanam atau kalau mahu lagi masuk kekawasan KDM seperti diKeningau, Tambunan, Ranau..tanya orang ramai tentang isu yang mencekam negara sekarang. Isu PM, isu 1MDB, isu GST, isu autonomi Sabah dan Sarawak, isu PATI, isu kenaikan harga barang, isu nilai RM yang turun, isu 20%..isu 40% berjela jela! 7 dari 10 akan cakap tidak akan undi parti yang ada dalam BN dalam PRU 14 akan datang. Dalam 25 MP, berapa orang dari UMNO yang betul betul selamat? Mereka mahukan PM Najib terus memimpin sehingga PRU 14 hanya kera satu sebab. 'Bargaining power'. Ini lah masanya mereka meminta dari PM. Dari pemerhatian, mereka tidak membawa gayung plastik yang biasa tapi membawa drum besar untuk menangguk diair yang sudah sedia keruh ini. PM kena lakukan sesuatu. Jangan hanya dengar suara pemimpin, tapi dengar juga keluh kesah rakyat. Dengar... jangan tak dengar.

Anonymous said...

Saya rasa tanpa penglibatan Tun M semasa PRU13 lalu, BN telah kalah kepada PR.

Anonymous said...

Tun lain dulu lain sekarang. UMNO x boleh harapkan Tun lagi atas apa yg telah dilakukan khususnya dalam konspirasi fitnah dan matlamat menghalalkan caranya. Ini kerana imejnya sendiri pun sudah tercalar teruk dan x boleh dipercayai lagi.

UMNO kena bina kekuatan sendiri dengan mengeratkan hubunganya dengan masyarakat melalui semua ketua dan ahli2nya serta media. Risalah bercetak (flyers) boleh juga diedarkan yg mengandungi penerangan jelas mengenai apa yg berlaku kepada rakyat dari masa ke masa. Kalau UMNO boleh bekerjasama dengan PAS, itu lagi baik demi kepentingan ummah.

Anonymous said...

Anon 9.30: PRU 13 BN sudah kalah pun tuan. Undi populariti sudah kalah. Kerusi UMNO disemananjung sudah kalah. Nasib baik ada UMNO dari Sabah dan BN Sarawak yang telah menyelamatkan maruah bangsa Melayu. Kenal rakyat Malaysia diSabah dan Sarawak? Mereka tidak dikategorikan sebagai bangsa Melayu pun. Disini lah dimana kepintaran, kebijaksanaan dan 'significant'nya Tun M, dan ramai orang Melayu sendiri tidak nampak, malah mengutuk beliau. Dia sudah nampak perpecahaan bangsa Melayu 20 tahun yang lepas. Saya berikan tuan 'hint'. Agak agaknya lah, kalau UMNO/BN Sabah dan Sarawak tidak 'mampu' menyumbangkan kursi yang cukup diParlimen, dimana tuan berada sekarang?

Anonymous said...

Anon 1054, Undi popular kalah? Itu andaian pembangkang yg memang x boleh dipercayai. Hakikatnya di parlimen, BN masih majoriti. Itu yg afdalnya.

Anonymous said...

PRU13.

FAKTA

BN: 5,237,699 undi.
PR: 5,623,984 undi.

Dari segi moral dan harga diri, BN sudah kalah. Berapa ratus juta PM telah gunakan untok hanya mencapai - ibarat lumba kuda - hanya menang menang hidung ini?. Ini bukan andaian tuan dan saya sendiri tidak suka melihat statistik sebegini. Tapi ini ada lah realiti pru13. Masa itu belum lagi ada isu yang menghantui kita, belum ada isu GST, isu kenaikan harga barang dan sara hidup, minyak yang turun naik, isu bantuan kebajikan yang dipotong tanpa sebab, isu 1MDB, isu integeriti dan keyakinan terhadap PM, isu nilai rm yang jatuh, isu tuntutan dari Sabah dan Sarawak, isu 2.6 billion..isu Raja Arab..isu sumbangan..isu TSM dan Shafei..isu dalaman UMNO.. penat menaip tak habis berjela macam kereta api. Semua ini belum timbul masa itu. Masih yakin BN boleh mempertahankan 5,237,699 ini dlm pru14 nanti? Harap PM dapat menyelesai semua ini sebelum membubarkan parlimen kelak.

Anonymous said...

Kah kah kah...moral? harga diri? Ini pendapat awak saja anon 1517. Kalau x majoriti di parlimen lagilah x de langsung moral dan harga diri sebab secara demokrasinya kalah.

Blog Archive