Tuesday, July 21, 2015

Berapa The Age Bayar Dokumen 1MDB Daripada Justo?

1. Pada Jumaat kebetulan 1Syawal, polis Thailand telah mendedahkan, bahawa seramai 10 individu daripada Malaysia, di mana para individu tersebut termasuk taikon media, ahli politik daripada pembangkang dan Umno juga seorang wanita kelahiran Sarawak telah berjumpa Xavier Andre Justo warga Swiss yang telah dipecat oleh PetroSaudi di Singapura dan Thailand.

2. Ekoran pendedahan Polis Thailand tersebut, semalam The Age Malaysia melalui CEOnya HO Kay Tat telah mengaku telah mendapatkan dokumen yang dicuri Justo daripada bekas majikannya.

3. Umum mengetahui, bahawa berbulan-bulan, The Age dan Malaysian Insider termasuk Sarawak reports telah membuat laporan bersiri berkaitan pelabuaran 1MDB bersama PetroSaudi yang berjumlah USD1.83bilion.

4. Pada Isnin, walaupun The Age mengaku, bahawa laporan berkaitan 1MDB merupakan yang terakhir sebelum menyerahkan semua dokumen yang dimilkinya kepada pihak yang berwajib, media kewangan tersebut masih sempat mendakwa bahawa pelaburan 1MDB sebanyak USD1.83 bilion merupakan satu scam yang melibatkan Jho Low bagi mencuri wang daripada syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

5. Sarawak Reports, The Age kemudian diwar-warkan oleh The Malaysian Insider (TMI) telah mereka-reka cerita, bahawa pelabuaran awal 1MDB sebanyak USD1bilion, USD700milion daripadanya telah dipindah ke akaun Good Star di Swiss, di mana akaun tersebut kononnya dikawal oleh Jho Low.

6. Cerita direka menghubungkan Jho Low dengan anak tiri DS Najib Razak Reza Aziz, untuk memalitkan Perdana Menteri.

7. Apabila Justo ditangkap, untuk melengkap cerita berkaitan USD700milion yang dipindahkan ke Good Star, kemudian wang tersebut kononnya berakhir ke akaun Perdana Menteri seperti mana laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai.

8. Kini, dengan pengakuan The Age, maka akan terbongkar, apa kah memang benar seperti mana laporan media itu, atau apa kah dokumen-dokumen tersebut diubah suai atau ditokok tambah? Hanya petugas khas sahaja yang boleh mengesahkannya.

9. Satu pertanyaan, berapa bayaran The Age kepada Justo untuk mendapatkan dokumen tersebut? kerana tidak mungkin warga Swiss itu melepaskan begitu sahaja dokumen tersebut tanpa sebarang bayaran.

10. Oleh kerana The Age telah mengaku, ertinya, giliran Sarawak reports pula, apa kah bakal mengaku telah membayar sejumlah wang? kemudian itu pemimpin Pembangkang khususnya Tony Pua, berapa jumlah kewangan yang bertukar tangan? Dan peranan pemimpin Umno? bagi mendapatkan dokumen tersebut, berapa kah sumbangan pemimpin Umno tersebut? dan Siapa kah Pemimpin itu?

11. Dengan pengakuan The Age, setidak-tidak kini telah terdedah, bahawa dakwaan bahawa wang 1MDB sejumlah USD1.83bilion kononnya telah lesap, sekurang-kurangnya telah terjawab, namun sumber USD700 juta yang dikatakan dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank, apa kah memang berlaku? atau hanya rekaan? Kesahian juga akan ditentukan oleh Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menyiasat 1MDB.

12. Dengan pengakuan The Age tersebut, benarlah anggapan sebelum ini, bahawa ada sindiket yang melibatkan pemimpin dalam negara serta surat khabar luar negara untuk membawa imej buruk kepada Perdana Malaysia dan kemudiannya menghancurkan perekonomian negara.

13. Tidak dinafikan, berikutan laporan bersiri oleh Sarawak Reports, The Age dan The Malaysian Insider, kemudian diwar-warkan oleh portal-portal pembangkang serta para pemimpin pembangkang melalui berbagai perantara media sosial, akhirnya, ringgit menjunam jatuh mendekati krisis kewangan Tahun 1997/1998.

14. Apapun kebenaran akan muncul juga, meskipun pahit permulaannya.

10 comments:

Anonymous said...

Media-KEPARAT-puak PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO -ejen Barat/Zionis ni sebenaqnya nak buat "deceptive propaganda" utk. MELEPASkan dirinya selepas didedahkan mendpt. maklumat PALSU dari justoPEROMPAK tu!

Maka, NGO-NGO Islam/Melayu baik BANGUN dan BERSATU (setakat ni takdak PENYATUAN tegas) menentang agenda-KEPARAT ni semua! Itulah apabila pemimpin Islam/Melayu asyik jadi PENAKUT pd. si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

Kita sepatutnya JANGAN asyik DEFENSIF - tetapi pemimpin-pemimpin Islam/Melayu juga mesti asyik SERANG ("ATTACK")! Itulah strategi perang memanjang Barat/Zionis dan EJEN-EJEN7KULI-KULI depa dari puak si PENGGANAS ANTI-ISLAM/Melayu dari puaka PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO, sampaikan Dunia Islam yg. amat kaya minyak/gas- Thorium/Uranium boleh sewenangnya asyik diJAJAH/diROMPAK serta umat Islam diBUNUH dlm. GENOSID yg. MENINGKAT!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1 sebenaqnya disyaki amat BENCI 1MDB sebab KERJASAMA IMDB dan YAB PM kita dgn. Dunia dan sy. korporat Islam di Dunia Islam terutamanya di Timur Tengah yg. amat kaya minyak-gas serta Thorium/Uranium (utk. pembuatan senjata NUKLEAR) yg. memang mahu diJAHANAMkan dan diJAJAH rejim-rejim PENGGANAS Barat-NATO/ISrael! Apalagi YAB PM baru balik dari Arab Saudi haritu utk. peningkatan KERJASAMA lebih erat dgn. DUNIA ISLAM kita!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

NENEK SI BONGKOK BENAK
SIANG MALAM MULUTNYA RABAK
SURUH CUCU CARI TEMPOYAK
NENEK HAPRAK MULUT PU***AK

Anonymous said...

Kalau Najib tak bersalah, sila jawab soalan mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit serta GIL Funds, pelaburan dalam bidang apa? Pelacuran? Ceti Haram? Pemerdangan Manusia? Tanaman Hidroponik Kangkung? Pengedaran Kapcai? Pemprosesan Dadah? Agensi Membekal Chinadoll ke pusat maksiat? Perusahaan Membuat Alatan Rangsangan Seks? Perusahaan Membuat Ubat Kuat Seks? Video Lucah? Kelab Malam? Dangdut? Pub? Karaoke? Disko? Pemprosesan Arak? Pemprosesan Air Ketum Untuk Penagih Dadah? Jual Burger? Perjudian? Jual Nasi Lemak? Jual Satay? Dalam bidang apakah pelaburan oleh 1MDB dengan nilai sebanyak RM 15.4 bilion itu?

Malahan sila buat penjelasan umum mengenai apakah Najib pernah membuka dua akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan menutupnya selepas beberapa bulan berakhirnya PRU 13 dan apakah benar wang RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib atau tidak.

Malahan sila Najib berikan penjelasan mengapakah Rosmah si penganggur tua yang haram tak ada pekerjaan tetap boleh ada RM 2 juta dalam akaunnya melibatkan beberapa transaksi melibatkan sejumlah wang antara RM 150,000.00 hingg RM 300,000.00, dari mana sumber wang itu? Malahan Rosmah melalui peguamnya pun dah mengaku itu akaunnya, tapi dia hingga kini tak menafikan mengenai RM 2 juta itu.

Tak payah nak putar belit, sekarang ni dah terdedah bahawa Justo tu bukannya memalsukan dokumen 1MDB pun, sekarang kerana nak cover line, maka didedahkan satu watak baru iaitu James Steward pula yang dituduh bersekongkol untuk memalsukan dokumen 1MDB pula.

Lepas ni kalau kantoi lagi bukan James Steward ini yang memalsukan dokumen berkenaan, saya tak akan tekejut jika juak-juak Najib termasuklah si Khalid Abu Bakar KPN Penipu tu akan menangkap dan menggari seekor beruk di Zoo Negara serta beruk itu diheret ke dalam Black Maria dan dibawa ke Bukit Aman serta dilokapkan untuk dituduh membuat 'pemalsuan' dokumen melibatkan 1MDB-Petrosaudi ini.

Sebabnya Najib dah tak ada arah lagi, makin banyak terbongkar, malahan pecacainya pun dah mati kutu, mereka akan buat apa sahaja hatta perkara bodoh sekali pun untuk melengahkan masa.

Tetapi kebenaran akan muncul jua akhirnya.

Kepada Nek Tempoyak, kalau nak beri komen tu, biarlah komen yang munasabah dan menjawab isu yang sedang dibincang, bukannya mencarut tak tentu hala pula.

Atuk Cincaluk

Anonymous said...

atuk cincaluk, tak payah la desak najib jawab berbagai soalan2 itu ini begitu begini berkaitan 1mdb. pac dan jawatankuasa petugas khas akan jawab. jika najib masih membekukan mulutnya, biarkan sahaja sebab bukan jawapan mulut yang rakyat mahukan, tetapi data dan fakta!
ok, faktanya (kata awak, bukan kata petugas khas) bahawa justo tidakpun memalsukan dokumen yang dicuri dari petrosaudi. bagaimanapun ada keraguan bahawa dokumen itu tidak diseleweng dan diubahsuai bila berlaku pertukaran dokumen untuk wang! bodoh la jika bayar sejumlah wang hanya semata2 untuk dapatkan dokumen tanpa maksud sesuatu kepentingan.
ambil kata2 awak ni:

'Kalau Najib tak bersalah, sila jawab soalan mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit serta GIL Funds, pelaburan dalam bidang apa? Pelacuran? Ceti Haram? Pemerdangan Manusia? Tanaman Hidroponik Kangkung? Pengedaran Kapcai? Pemprosesan Dadah? Agensi Membekal Chinadoll ke pusat maksiat? Perusahaan Membuat Alatan Rangsangan Seks? Perusahaan Membuat Ubat Kuat Seks? Video Lucah? Kelab Malam? Dangdut? Pub? Karaoke? Disko? Pemprosesan Arak? Pemprosesan Air Ketum Untuk Penagih Dadah? Jual Burger? Perjudian? Jual Nasi Lemak? Jual Satay? Dalam bidang apakah pelaburan oleh 1MDB dengan nilai sebanyak RM 15.4 bilion itu?'

apa sebenarnya yang awak repekkan, sedangkan awak tak pulak suka baca tulisan orang lain merepek? aganya awak ni dah 'terlalu tua' untuk berfikir rasional. suruh orang jangan buat sebab awak nak buat.

Anonymous said...

Masalahnya Najib yang disyaki buat semua itu, bukannya orang di dalam pasukan petugas khas itu.

Apakah RM 2.63 bilion itu dimasukkan ke dalam akaun Zeti Aziz?

Apakah RM 2 juta itu dimasukkan ke dalam akaun Abu Kasim?

Apakah pelaburan RM 15.4 bilion dalam GIL Funds, Brazen Sky, dan Aabar Deposit itu dibuat oleh Khalid Abu Bakar?

Najib ada jawapannya, sebab melibatkan dirinya, maka dia perlu jawab, macam kamulah anon 22 July 2015 at 11:00, orang tanya kamu dah makan nasi ke belum, takkan kamu nak suruh seorang ketua kampung di negara Uganda menjawabnya?

Tak kisahlah kamu nak menuduh saya tua yang tak rasional ke apa ke, yang pentingya adalah apa yang saya tanyakan itu adalah sesuatu yang benar, dan apa yang saya tanya itu adalah realiti yang berlaku, bukannya macam kamu, mungkin jenis makan suap, pemikiran CASH IS KING, bila Najib lempar dua tiga ringgit ke muka kamu dengan penuh pandangan hina pun kamu berkerumun menjadi pecacai Najib juga.

Pasal RM 15.4 bilion yang kononnya 'dilaburkan' oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit, serta GIL Funds, apakah bidang pelaburannya? Di manakah pelaburannya? Saya hanya tanya, malahan saya tanyalah mana tau kalau di laburkan dalam perusahaan kelab malam ke, pub ke, agensi membekal chinadoll ke pusat maksiat ke, saya tanya, kalau bukan dalam bidang yang saya senaraikan itu, sila nyatakan bidangnya dan sila nyatakan di manakah pelaburan itu dibuat, itu pun pasal apa Najib tak boleh jawab sedangkan dia sendiri patut tahu apa yang dilaburkan dan di mana dilaburkan kerana dia yang akan tandatangan kelulusan pelaburan itu berdasarkan tatacara syarikat 1MDB.

Berkenaan Justo, dulu bukan main riang juak-juak Najib kata 1MDB tak salah, Najib tak salah, dalang utama yang dituduh kepada Justo kononnya dah ditangkap. Tetapi sekarang ni korang putar sana sini lagi, sekarang ni watak baharu pula, James Steward, lepas ni kalau kantoi juga bukan James Steward yang buat ubah suai dokumen itu, saya tak akan hairan kalau pecacai Najib si Ketua Polis Negara Si Khalid Penipu tu akan menangkap, menggari, dan mengheret seekor kucing di Pasar Borong Selayang dan dibawa dengan Black Maria dengan kawalan 1000 orang polis beserta 300 kereta peronda siap bersenjata api canggih ke Bukit Aman untuk dilokapkan bagi dituduh sebagai 'jurutera perisian komputer' yang membuat ubah suai dokumen yang dikatakan untuk fitnah 1MDB itu.

Najib dan kuncu-kuncunya serta para pecacai mereka makin tak ada arah untuk putar lagi, tetapi mereka akan terus putar untuk lengahkan masa walaupun dengan membuat perkara bodoh yang mungkin lembu pun tak sanggup nak buat.

Sedarlah, jangan nak putar belit lagi, bukti bersepah-sepah, nak putar apa lagi, terimalah hakikat.

Atuk Cincaluk.

Anonymous said...

atuk cincaluk,
betullah kamu ni dah tua atuk cincaluk. maksud saya biarkan petugas khas dan pac yang jawab sebab kedua2nya yang melakukan siasatan. bila selesai siasatan maka adalah jawapan. itu maksud saya. kalau dah najib bungkam mulut membisu, malah kalau menjawabpun tidak konsisten dengan soalan kenapa perlukan jawapan dari najib lagi? jawapan berdasarkan dapatan fakta dan bukti dari siasatan pasukan petugas khas lebih relevan dan kredibel.
nampak kamu tua sebab saya tidakpun menggambarkan saya pecacai makan suap najibpun. saya hanya berkehendak agar krisis kepercayaan kepada pm najib ini tidak menjadi barah dan menyusahkan kehidupan rakyat. jika dua pihak berperang (antara penyokong najib dan penyokong tun m), lupakah kamu bahawa ada sekelompok lagi rakyat marhein yang tidak suka terlibat konflik? adakah kumpulan ketiga ini tidak diiktiraf sebagai rakyat, tidak layak untuk hidup aman damai, berlapang dada dan tidak menyesakkan diri dengan konflik? tahukah kamu bahawa hak kumpulan ketiga ini sudah diganggu gugat oleh 2 kelompok lain yang kuat dengan ego masing? mana hak kami? malaysia ni hanya untuk yang sokong najib atau sokong tun m sahajakah? nanti jawapan kamu, tak sokong najib, tak sokong tun m sila duduk diam2. asyik2 nak dengar juga arahan orang2 yang sukakan konflik!

Anonymous said...

Nenek meracau. Makan dedak banyak sangat.

Anonymous said...

Anon 22 July 2015 at 13:11, kau ni tentu tak lulus UPSR pun gamaknya, apa yang saya tanya itu melibatkan Najib, apahal pula nak tunggu pihak PAC bagai tu jawab?

Soal fakta atau tidak itu kemudian, yang penting adalah Najib menjawab bahawa apakah yang dibuat dengan pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion, itu data yang diberi oleh 1MDB, malahan Najib adalah orang yang paling berkuasa dalam 1MDB, takkan itu pun tak dapat nak jelaskan?

Kemudian mengenai akaun Najib dan RM 2.63 bilion, Najib hanya perlu jelaskan ya atau tidak dia membuka dua buah akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan apakah tujuannya, serta ya atau tidak wang RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaunnya dan apakah yang dia buat jika dia tahu wang itu ada dalam akaunnya.

Itu semua tak payah tunggu PAC, Khalid Abu Bakar ke, Zeti ke, Abu Kasim ke, Gani ke, itu semua tak payah, Najib sendiri boleh jawab, sebab kalau dia buat maka patutnya jawapannya adalah 'YA' dan berikan huraian sebab buat demikian, kalau tak dibuat katalah 'TIDAK', itu pun tak reti nak buat ke?

Budak tadika pun tahu YA atau TIDAK bila kita tanya mereka, takkan Najib yang dah tua bangka, tua ganyut, tua renta itu masih bengong tak reti menjawab soalan sedemikian, itu semua adalah berkaitan Najib, takkan dia tak tahu berkaitan dirinya kot?

Bila lepas raya, ibu bapa bawa budak tadika ke bank dan masukkan wang ke bank, bila kita tanya budak tadika itu apakah dia masukkan wang raya yang dia dapat ke dalam bank, mesti budak tadika itu akan jawab YA sebab dia tau dia dah masukkan wang itu ke bank, tapi Najib ni tak tahulah bengong tahap apa, sampai melibatkan dirinya pun dia tak tahu.

Tak payah putar sana sini lagi, rakyat makin meluat dengan kerajaan disebabkan Najib, rakyat makin benci dengan agensi kerajaan kerana balaci Najib seperti Gani, Zeti, Abu Kasim, Khalid Abu Bakar yang sentiasa membuat untuk melepaskan Najib dan menindas orang lain.

Sedarlah diri.

Atuk Cincaluk.

Anonymous said...

Syabas atuk kerana belum nyanyuk. Nenek tak tahulah, lain sikit nampaknya.

AnakCucu

Blog Archive