Tuesday, April 28, 2015

Berlarutannya Isu 1MDB- Buruk Pada DS Najib

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berterusan berdiam diri tentang skandal 1MDB kini seolah-oleh mengatakan yang beliau terlibat dalam skandal tersebut,

2. Bukan sahaja pembangkang malah ramai rakyat menganggap tindakan DS Najib Razak terus mendiamkan diri tentang pendedahan terbaru berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung memberi implikasi beliau terlibat dalam skandal tersebut,

3. Terbaru, Mantan PM Tun Abdullah Badawi, meminta DS Najib menjawab semua kritikan berkaitan dengan Syarikat gergasi itu.

4. Semakin lambatnya PM menjawab berkaitan 1MDB, maka semakin kuat persepsi bahawa perdana menteri sedang cuba membeli masa supaya dapat melindungi mereka yang dinamakan portal Sarawak Report dalam pendedahannya termasuklah ahli perniagaan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.

5. Tindakan berdiam diri PM akan menghakis kecekapan beliau sebagai menteri kewangan dan perdana menteri, tetapi ia juga akan mengundang anggapan bahawa secara langsung memperlihatkan beliau terlibat dalam keseluruhan skandal gergasi itu.

6. Najib boleh mengesahkan atau menafikan serta-merta yang syarikat Low menggelapkan dana dari 1MDB, kerana sebagai menteri kewangan, beliau mempunyai akses kepada dokumen dikeluarkan Sarawak Report dalam pendedahan mereka. Beliau berkata, sekiranya Sarawak Report menipu, Najib selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB sudah pasti berkeupayaan memberikan semua bukti berkaitan untuk memusnahkan kredibiliti portal berkenaan. 

7. PM perlu langkah proaktif untuk meningkatkan tahap keyakinan pelabur dan menyingkirkan rasa ragu-ragu komuniti pelaburan terhadap 1MDB dan kebolehpercayaan kerajaan. Seperti kata Pengerusi Eksekutif CIMB Dato Nazir Razak yang juga adik kepada PM, bahawa 1MDB bagaikan gajah dalam rumah, yang kelihatan sangat besar akan tetapi susah dilapah. Adik kepada PM itu, selanjutnya berkata, semakin cepat isu 1MDB selesai, maka semakin baik untuk negara.

8. Najib yang lebih gemar untuk tidak menjawab tuduhan berkaitan 1MDB termasuk daripada mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, selain pendedahan Sarawak Report itu menyebabkan rakyat tiada pilihan, selain mempercayainya.

9. Semakin berlarutan isu 1MDB, ramai rakyat mula hilang kepercayaan kepada perdana menteri.

2 comments:

Anonymous said...

1. Saya sangat terharu apabila najib berkata beliau tak akan mengalah walaupun diserang bertubi2. Itulah semangat PM yang saya sangat kagumi.

2. Persoalannya sekarang bukanlah kalah "perlawanan antara kem najib dan kem mahathir" dan juga najib kalah dalam Parlimen Pekan.

3. Yang mengerikan adalah kalau parti umno/bn yang dipimpim najib kalah dalam pru14....hilanglah kebanggaan bangsa melayu dan bumiputera beragama islam dan negara yang telah merdeka 58 tahun yang lalu.

4. Konklusinya, siapakah lebih penting....pemimpinnya kah atau orang dipimpin?

5. Kepada pemimpin jangan kata yang dipimpin tidak menegur nya untuk kebaikan. Yang dipimpim jangan menyesal kerana tidak bertindak awal sebelum parah

6. Bola sekarang berada di kaki DPM, 3 VP, 3 Ketua wanita, pemuda dan puteri, KBUs dan ahli akar umbi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna

Wallahuaklam

langau said...

Layang ke mung.. DS Najib tgh bzi tu la mu nak menyalok...base natang tadop otok...

Blog Archive