Wednesday, April 22, 2015

Benar Najib Perdana Menteri- Tetapi????

1. Memang benar Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Persiden Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional, menyokong beliau agar UBN terus memerintah negara, jangan KATA, 'KAMI AKAN TERUS SOKONG BELIAU SEHINGGA RAKYAT MENOLAK" itulah yang AYT terbaca pada satu tulisan seorang pemimpin yang tiba-tiba menjadi penyokong kuat PM, walaupun sebelum ini tiada rekod bahawa pemimpin itu menyokong, khususnya dalam pemilihan parti.

2. Jika berlaku sokongan sehingga rakyat menolak, itu bermakna, pemimpin itu hanya tahu menyokong akan tetapi tidak tahu membantah, membiarkan kapal tenggalam, dia sendiripun ikut tenggelam.

3. Kritikan Tun Dr Mahathir terhadap Najib, bukan beliau mahu kembali sebagai Perdana Menteri, akan tetapi mahukan agar UBN terus memerintah negara, seperti kata beliau, beliau sayangkan parti berbanding pemimpinnya. Kalau pemimpin parti boleh membawa parti karam, maka parti perlu diselamatkan, dengan menyingkir pemimpin itu dan menggantikannya dengan pemimpin baru yang boleh menyelamatkan parti.

4. AYT bukan penyokong pemimpin membuta tuli, akan tetapi menyokong pemimpin yang boleh membawa parti ke arah kemenangan.

5. Berasaskan keadaan semasa yang menyelubungi DS Najib, nampaknya terlalu sukar untuk dipulihkan, kerana ianya telah menjadi persepsi yang mendekati realiti. 

6. Pembangkitan berbagai isu yang melibatkan Najib, khususnya berkaitan 1MDB, penasihat daripada luar yang menyebabkan Putrajaya membelanjakan sehingga RM7bilion, serta pemborosan Putrajaya berbelanja yang bukan berimpak secara langsung kepada rakyat atau perekonomian negara seperti pembelian kapal terbang, kos lawatan luar negara mengundang persepsi negatif kepada Perdana Menteri.

7. Memang isu-isu seumpama ini merupakan isu-isu yang dibawa pembangkang, namun kemudian dipick-up oleh Mantan Perdana Menteri, menjadikan isu-isu itu semakin pekat, dan sehingga sukar untuk ditangkis.

8. Masalah utama sekarang adalah persepsi, apapun penjelasan yang cuba diberikan oleh para pemimpin dianggap auta, kerana kerap sekali, penjelasan para pemimpin itu saling bertembong antara satu sama lain. Misalnya isu wang 1MDB di Pulau Cayman.

5 comments:

Anonymous said...

2. Jika berlaku sokongan sehingga rakyat menolak, itu bermakna, pemimpin itu hanya tahu menyokong akan tetapi tidak tahu membantah, membiarkan kapal tenggalam, dia sendiripun ikut tenggelam.

i like

kiasfansuri said...

saudara tak nampak the big picture? atau saudara buat2 tak nampak? ni game dr m yang tujuan akhirnya nak suruh najib turun.

Anonymous said...

If you call it a game, I would call it crucial saving initiative so that UBN will remain in power irrespective who leads.

Had najib listens to advice, the concerns and fear will not be there. There is no option left. If you keep najib, its almost the end of UBN since inception in 1957.

If a new leader, who ever is selected to lead, insyallah would give new lease of life for UBN to lead again....wallahuaklam

Anonymous said...

Eloklah UMNO BN meperbetulkan memperhalusi apa yang dikatakan oleh TUN Mahatir. Tun Menegur kerana Beliau sayang akan parti dan bangsanya. Tak payah nak melemparkan pelbagai tuduhan yang tak berasas. kadang-kadang pelik juga aku UMNO zaman ini lebih banyak membodek dari memperbetulkan teguran yang di buat oleh TUN Mahatir. Kalau beginilah cara nya umno aku pasti UMNO karam pada PRU akan datang.

ramlan aziz said...

Right on...

Blog Archive