Friday, January 16, 2015

Pertukaran Ketua Menteri Sabah; Belum Masanya

Datuk Musa bersama para pemimpin Umno Sabah  bergambar bersama PM pada Khamis 15/1/2015
SATU tarikh yang menjadi punca, mengapa Datuk Jumat Idris bagaikan kerbau patah tanduk, mengamok, sehingga tuanpun menjadi mangsa.

10 julai 2014, bagaikan sebuah mimpi kepada sebahagian besar pemimpin UMNO Sabah khususnya di kalangan Ketua-ketua UMNO bahagian.

Tanpa angin, tanpa sebab jawatan Ketua Menteri Sabah, tiba-tiba mahu diambilalih dan dipindahkan kepada pemimpin lain melalui apa yang diistilahkan oleh golongan berkenaan sebagai proses ' Peralihan Kuasa '.

Rombongan tanpa restu sebahagian besar 25 orang ketua UMNO bahagian Sabah ini, telah membuat kunjungan dan perjumpaan dengan YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, atas alasan mahu berbincang berhubung dengan penjanaan projek sosio-ekonomi dan pembangunan bagi kawasan-kawasan majoriti KDM.

Rombongan yang dianggotai oleh seramai 8 orang ketua UMNO bahagian dari Sabah itu, bukan berfokus sebenarnya kepada tujuan asal perjumpaan tersebut, sebaliknya perjumpaan itu telah dimanupulasi oleh beberapa orang anggota rombongan dengan mengemukkan pelan cadangan ' peralihan kuasa ' Ketua Menteri Sabah kepada Perdana Menteri.

Perbuatan ini mengejutkan beberapa orang Ketua UMNO bahagian yang turut serta dalam rombongan berkenaan yang sekali gus mengundang tanda tanya mereka di sebalik yang berlaku.

Kejutan berkenaan mengundang Ketua UMNO bahagian Beluran Datuk James Ratib, dan Pemimpin UMNO Pitas yang juga seorang pembantu menteri dalam kabinet Musa, Datuk Bolkiah Ismail tampil membuat kenyataan dalam akhbar harian daily express keluaran 20 september 2014,bahawa mereka tidak tahu tujuan sebenarnya perjumpaan dengan Perdana Menteri itu. Sebaliknya yg ada dalam pengetahuan mereka adalah perbincangan mengenai hal ehwal ekonomi dan projek-projek pembanguanan bagi kawasan-kawasan masing-masing.

Dilihat dari dimensi lain, apa kewajarannya peralihan kuasa pada ketika ini dilakukan. Apakah YAB Datuk Seri Musa Aman, selaku Ketua Menteri Sabah, tidak punya trek rekod baik dalam menjana ekonomi, memacu pembangunan dan menstabilkan politik negeri Sabah hari ini?

Musa sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 27 mac 2003 menggantikan Datuk Chong Kah Kiat melalui sistem penggiliran Ketua Menteri, telah bersiapsiaga dengan menyediakan satu agenda dan kerangka ' Hala Tuju ' bagi membangunkan negeri Sabah.

Teras kepada kerangka dan agenda hala tuju yg telah Musa gariskan, mencakupi industri pertanian, pelancongan dan pembuatan yang akhirnya hala tuju berkenaan telahpun dapat dimanfaatkan oleh sebilangan besar rakyat Sabah hari ini.

Langkah pro-aktif awal Musa sebaik dilantik Ketua Menteri ke-14 Sabah,beliau telah berjaya mendapatkan dana dari kerajaan pusat sebanyak rm1.4 billion bagi menaiktaraf lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu yang sebilangan besar rakyat Sabah boleh manfaatkan hari ini.

Dan kerana sikap efisensi yg ada pada kerajaan BN Sabah di bawah pimpinan Musa, penyiapan kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang berkenaan telah dapat dipercepatkan daripada tarikh siap sebenar.Dan seharusnya Musa diberikan kredit atas usaha beliau ini.

Begitu juga trek rekod Musa dalam industri pembuatan. Pada tahun 2006 beliau berjaya meyakinkan para pelabur asing melalui Kerajaan negeri untuk melabur di Sabah yg akhirnya berjaya meraih nilai pelaburan sebanyak RM4.9 billion, manakala pada tahun 2014 menghampiri RM14bilion. Dan dengan pelaburan ini, penjanaan ekonomi bertambah rancak di negeri ini justeru di mana rasionalnya Musa perlu diganti?

Begitu juga dalam industri pertanian seperti mana yg telah beliau gariskan melalui agenda hala tuju negeri Sabah. Pengwujudan POIC ( Palm Oil Industrial Clusters ) yg telah Musa ilhamkan, mampu mengangkat industri pertanian dalam rantaian pasaran komoditi yang berdayasaing.Jadi apa keperluaan beliau diganti pada saat-saat UMNO dan BN yang menagihkan solidiriti setiap ahli UMNO dalam menghadapi situasi yg semakin hari semakin mencabar ini.

Bahkan trek rekod Musa dalam mengetuai bala tentera UMNO/BN ketika menghadapi pilihanraya umum ke12 lalu, hampir dapat melakukan ' clean sweep ' di negeri ini, sehinggakan dlm era kepimpinan Datuk Musalah timbul istilah ' fixed deposit ' oleh UMNO dan BN pusat, jadi di mana logiknya beliau mahu di kesampingkan dlm isu ' transaction power ' ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti.Kalaupun ada cadangan ataupun niat yg diperolehi secara ' Konsensus ' daripada para ketua UMNO bahagian,pengerusi-pengerusi parti komponen BN Sabah, mahu menggantikan Musa masanya bukan hari ini, esok atau lusa.Sabar-sabarlah dulu kerana kerusi empuk KM itu tiada sesiapa yg akan membawanya lari mahupun cuba menyembunyi atau mencurinya.Masanya belum tiba.Tunggulah sehingga pru14 akan datang.

Berilah dulu Musa peluang untuk melangsaikan kerja-kerja yangg belum beliau berkesempatan untuk menyelesaikannya.

No comments:

Blog Archive