Tiga sayap Umno Sabah, Wanita, Pemuda dan Puteri dan seorang Ketua Bahagian meminta pucuk pimpinan parti Umno mengenakan tindakan disiplin terhadap Ketua Umno Bahagian Sepanggar- Datuk Jumat Idris.
Jumat sejak tahun lalu, membuat kenyataan berbaur fitnah terhadap kepimpinan Umno Sabah Datuk Musa Haji Aman.
Terbaru, MP Sepanggar itu melalui facebook mendakwa, bahawa para menteri turut makan, projek yang sepatutnya untuk rakyat.
Meskipun, Jumat tidak menyebut nama, namun para pengikut dan penyokongnya menyebut nama Musa, akan tetapi, beliau tidak pernah menafikannya, meskipun komen-komen itu di tulis di wall MP Sepanggar itu.
Minggu lalu, Ketua Bahagian itu menulis kenyataan di wall beliau mencuba merlagakan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah dengan Naib Presiden Umno yang juga berasal daripada Sabah Datuk Shafie Apdal.
Semalam, dalam satu kenyataan bersama, Ketua Wanita Umno Sabah- Datuk Armani Mahiruddin, Ketua Putri Normalah Rascik bersama Naib Pemuda Sabah Shahelmy Yahya meminta pucuk pimpinan parti mengambil tindakan disiplin terhadap Jumat.
Tahun lepas Jumat bersama-sama tujuh ketua bahagian Umno telah berjumpa Perdana Menteri, di mana perjumpaan itu sepatutnya untuk memohon projek bagi kawasan masing-masing akan tetapi bertukar kepada cadangan peralihan kuasa atau kempimpinan Umno negeri,
Tujuh Ketua bahagian Umno bersama-sama Jumat itu- Datuk Wetrom Bahada Kota Marudu, Datuk Bolkiah Ismail, Kudat; Datuk John Ambrose, Penampang; Datuk Sairin Karno, Keningau, Datuk Robin Balang, Tenom, Datuk James Ratib Beluran dan Datuk Ghani Yassin, Pensingan.
No comments:
Post a Comment