Monday, January 06, 2014

JAIS Rampas Bible : Dompok Terlepas Pandang

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 kitab Injil dalam bahasa melayu dan iban daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM); mengundang mantan Menteri Kabinet Persekutuan yang juga Presiden UPKO-parti kompnen BN Sabah- Tan Sri Bernard Gilug Dompok memberi kenyataan yang seolah-olah menyalahkan kerajaan Persekutuan, pimpinan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak.

Dompok terlepas pandang, bahawa JAIS adalah satu jabatan di bawah kerajaan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

AYT tidak menuduh bahawa JAIS telah bersengkokol dengan pihak-pihak tertentu dalam rampasan tersebut, namun tidak mustahil ada dalang utama di sebalik rampasan tersebut.

Berikut hasil kupasan dan analisis seorang blogger Pro-UBN RBF disini berkaitan dengan isu ini

Antara sinopsis RBF

Pendapat saya selaku orang biasa yang meminati selok belok politik. Tidak mustahil apa yang berlaku di Selangor ini adalah satu perkara yang telah dirancang. Dan tidak mustahil juga dalang utama di sebalik perkara ini adalah DAP. Semuanya berkait dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi.

Pertama, Bagi saya BN sudah pasti mahu menamatkan isu kalimah Allah menjelang PRN Sarawak kerana tidak mahu sokongan terhadap mereka terjejas. Manakala DAP yang bercita-cita merampas Sarawak sudah pasti mahu isu ini terus panas untuk memberi gambaran Umno dan BN semenanjung menganiaya orang-orang kristian. Mereka (DAP) mahu sentimen ini terus hidup. Kemudian ada pula seorang dua pemimpin BN di Sarawak yang beragama kristian, yang tidak tahan dengan soalan-soalan provokasi wartawan pro pembangkang, terus melatah dan bertindak seperti suara pembangkang.

Kedua, rampasan itu dilakukan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia. Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ? Dan kenapa dengan mudah-mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ?

Ketiga, antara bible yang turut sama dirampas adalah bible dalam Bahasa Iban. Kenapa Iban sahaja ? Kenapa tidak ada bible dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ? Orang Iban adalah orang negeri mana ? Cukup satu bible Bahasa Iban yang dirampas, ianya sudah boleh dijadikan cerita kepada kaum Iban di seluruh Sarawak bahawa BN mengkhianati agama mereka.

Saya tak kata JAIS bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjayakan lakonan berkenaan. Mungkin JAIS tidak sedar mereka dijadikan alat untuk permainan politik DAP. Mungkin ada pihak yang telah dipasang untuk menyalurkan maklumat kepada JAIS bahawa ditempat sekian-sekian ada sebanyak sekian-sekian bible Bahasa Melayu dan akan diedarkan kepada orang-orang melayu di sekian tempat. Mungkin pula si pengadu pandai lagi tambah cili supaya nampak pedas dan panas dengan harapan agar JAIS bertindak pantas bagi menghalang bible berkenaan diedarkan.

Jika kita lihat kebelakangan ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan juga paderi nampak seiringan dan mencabar kita. Begitu juga dengan tindakan mereka di Klang semalam. Semuanya mencabar kita. Mereka mahu kita melatah. Apabila kita melatah mereka yang akan kaut keuntungan.

1 comment:

Unknown said...

peduli apa dengan kitab-kitab itu ... sudah melambak disabah dan sarawak .... SEKARANG ISU KOS SARA HIDUP RAKYAT MENINGKAT TINGGI AKIBAT CUKAI DAN PENARIKAN SUBSIDI ...SEMAKIN MENYUSAHKAN RAKYAT ... MINTA KERAJAAN UMNO-BN BUAT SESUATU SEBELUM KEADAAN MENJADI SEMAKIN TERUK......!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Blog Archive