Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts

Thursday, January 09, 2014

Isu Kalimah Allah: Paderi Lawrence Andrew: Ada Niat Tertentu: Tun Dr Mahathir

Belajar bahasa kebangsaanpun tidak mahu, bercakap bahasa kebangsaanpun tidak mahu, kenapa tiba-tiba menggunakan kaliamah ALLAH bagi merujuk kepada GOD? demikian pertanyaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir- berkaitan dengan pendirian Pengarang The Herald- Paderi Lawrence Andrew yang terus menyakitkan hati umat islam apabila berdegil mahu gereja-gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah.

Kenyataan Andrew itu, menyebabkan kekecohan awal minggu lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor mengambil 350 bible dalam bahasa melayu dan iban yang mengandungi perkataan Allah.

Sementara itu mantan Ketua Hakim negara Tun Hamid, memersoalkan mengapa hanya sekarang penganut katolik menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan, sedangkan sejak 500 tahun lalu, semasa roman katolik menjajah Melaka, tidakpun penganut itu menggunakan kalimah Allah.

Monday, January 06, 2014

JAIS Rampas Bible : Dompok Terlepas Pandang

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 kitab Injil dalam bahasa melayu dan iban daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM); mengundang mantan Menteri Kabinet Persekutuan yang juga Presiden UPKO-parti kompnen BN Sabah- Tan Sri Bernard Gilug Dompok memberi kenyataan yang seolah-olah menyalahkan kerajaan Persekutuan, pimpinan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak.

Dompok terlepas pandang, bahawa JAIS adalah satu jabatan di bawah kerajaan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

AYT tidak menuduh bahawa JAIS telah bersengkokol dengan pihak-pihak tertentu dalam rampasan tersebut, namun tidak mustahil ada dalang utama di sebalik rampasan tersebut.

Berikut hasil kupasan dan analisis seorang blogger Pro-UBN RBF disini berkaitan dengan isu ini

Antara sinopsis RBF

Pendapat saya selaku orang biasa yang meminati selok belok politik. Tidak mustahil apa yang berlaku di Selangor ini adalah satu perkara yang telah dirancang. Dan tidak mustahil juga dalang utama di sebalik perkara ini adalah DAP. Semuanya berkait dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi.

Pertama, Bagi saya BN sudah pasti mahu menamatkan isu kalimah Allah menjelang PRN Sarawak kerana tidak mahu sokongan terhadap mereka terjejas. Manakala DAP yang bercita-cita merampas Sarawak sudah pasti mahu isu ini terus panas untuk memberi gambaran Umno dan BN semenanjung menganiaya orang-orang kristian. Mereka (DAP) mahu sentimen ini terus hidup. Kemudian ada pula seorang dua pemimpin BN di Sarawak yang beragama kristian, yang tidak tahan dengan soalan-soalan provokasi wartawan pro pembangkang, terus melatah dan bertindak seperti suara pembangkang.

Kedua, rampasan itu dilakukan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia. Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ? Dan kenapa dengan mudah-mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ?

Ketiga, antara bible yang turut sama dirampas adalah bible dalam Bahasa Iban. Kenapa Iban sahaja ? Kenapa tidak ada bible dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ? Orang Iban adalah orang negeri mana ? Cukup satu bible Bahasa Iban yang dirampas, ianya sudah boleh dijadikan cerita kepada kaum Iban di seluruh Sarawak bahawa BN mengkhianati agama mereka.

Saya tak kata JAIS bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjayakan lakonan berkenaan. Mungkin JAIS tidak sedar mereka dijadikan alat untuk permainan politik DAP. Mungkin ada pihak yang telah dipasang untuk menyalurkan maklumat kepada JAIS bahawa ditempat sekian-sekian ada sebanyak sekian-sekian bible Bahasa Melayu dan akan diedarkan kepada orang-orang melayu di sekian tempat. Mungkin pula si pengadu pandai lagi tambah cili supaya nampak pedas dan panas dengan harapan agar JAIS bertindak pantas bagi menghalang bible berkenaan diedarkan.

Jika kita lihat kebelakangan ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan juga paderi nampak seiringan dan mencabar kita. Begitu juga dengan tindakan mereka di Klang semalam. Semuanya mencabar kita. Mereka mahu kita melatah. Apabila kita melatah mereka yang akan kaut keuntungan.

Sunday, January 05, 2014

Isu Kalimah ALLAH: Bakal Menghancurkan Negara

DISEBABKAN dua keputusan dalam satu pentadbiran, maka suatu hari keputusan itu akan menghancurkan negara.

Keputusan kerajaan bahawa sebutan ALLAH bagi merujuk Tuhan yang sudah sinonim dengan agama islam, dibenarkan bagi penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung ianya dilarang.

Mahkamah tertinggi negara ini, telahpun memutuskan bahawa di seluruh Semenanjung, kalimah ALLAH hanya untuk orang islam, manakakala penganut agama lain dilarang menggunakannya.

Awal minggu ini, Jabatan Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia, dan merampas Al-Kitab (injil) versi bahasa melayu yang mengandungi perkataan Allah.

Tun Dr Mahathir ada membuat ulasan berakitan dengan kalimah ALLAH ini awal minggu ini juga. Mantan Perdana Menteri itu, mempersoalkan, mengapa hanya bermula tahun 2008, penganut agama kristian menimbulkan isu ini, dan tidak selama 50 tahun negara merdeka.

Tahun 2008, adalah keadaan di mana Kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai kuasa 2/3, di Dewan Rakyat, ertinya dilihat sebagai kerajaan lemah. Melihat keadaan itu, maka penganut agama kristian mengambil peluang keadaan itu, untuk menimbulkan satu konflik yang boleh menghancurkan negara.

Jelas, rancangan pihak-pihak tertentu yang mempolitikkan Kalimah ALLAH, memang mempunyai niat yang terselubung, agar negara berkicai. Negara boleh hancur, kerana masalah agama.

Di Malaysia, sebenarnya berbicara berkaitan agama sangat sensitif, kerana negara ini diduduki oleh berbagai kaum dan juga berbagai agama.

Sejak merdeka, rakyat sudah terbiasa dengan Rukun pertama Rukun Negara "Kepercayaan Kepada Tuhan" atas sebab itu, kita biasa mendengar dan membaca, penggunaan perkataan TUHAN YANG MAHA ESA, ertinya Tuhan yang satu. Jarang kita mendengar perkataan ALLAH keluar daripada mulut bukan penganut agama islam, kecuali di Sabah dan Sarawak, kerana keadaan penduduk yang bercampur gaul, sehingga perkataan allah disebutkan sebenarnya bukan merujuk kepada TUHAN YANG SATU, melainkan hanya ungkapan biasa. contoh:allah kau ini, ertinya bagi penduduk Sabah atau Sarawak, Apa sudah jadi dengan awak ini.

Penulis mempunyai kawan atau sahabat yang beragama kristian, namun jarang tertdengar apabila mereka berdoa menggunakan nama allah, melain Tuhan Bapa. Perkataan allah, hanya mereka gunakan sejak akhir-akhir ini, selepas isu kalimah Allah berkembang, dan meluasnya kemasukan kitab injil yang dicetak di Indonesia, yang membawa perkataan ALLAH, bagi menggantikan Tuhan atau GOD.

Tuesday, January 15, 2013

Kalimah Allah: Hadi akur pendirian Majlis Syura PAS

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya akur dengan pendirian terbaharu Mesyuarat Majlis Syura UIama parti itu kelmarin dan beliau senada dengan kenyataan bertulis Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditanda tangani bersama timbalannya, Datuk Dr. Haron Din.

Persetujuan Abdul Hadi disampaikan menerusi pembantu Khasnya, Zaihan Daud  di Kuala Terengganu. Hadi dikatakan sedang sakit.

Zaihan yang enggan mengulas lanjut mengenainya berkata, isu berkenaan disifatkan telah selesai dan menegaskan pendirian Abdul Hadi adalah sama dengan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Abdul Hadi, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pula berkata, pendirian Presiden Pas mengenai kalimah Allah telah diperjelaskan dalam kenyataan bertulis Abdul Hadi semalam iaitu sehari selepas kenyataan Majlis Syura Ulama. - UTUSAN


Monday, January 14, 2013

Kalimah Allah Hanya Untuk Umat Islam: Majlis Syura Pas

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

Friday, January 11, 2013

Kini Jelas PAS Bukan Parti ISLAM

PAS kini bukan lagi Parti Islam sepertimana anggapan penyokongnya. PAS kini adalah parti politik yang mahu mendapat kuasa melalui sistem demokrasi. 

Bukti PAS bukan lagi parti islam adalah apabila parti itu sejak akhir-akhir ini membuat keputusan condong kepada keputusan politik.

Penerimaan Parti itu terhadap penggunaan Kalimah Allah sepertimana yang diminta oleh rakan parti itu dalam pakatan Rakyat-DAP agar supaya Kalimah Allah dibenarkan kepada penganut agama kristian dalam menterjemahkan GOD.

Kalimah Allah sebenarnya iklusif untuk penganut agama islam, kerana perkataan itu bukan terjemahan daripada bahasa inggeris, sepertimana lajimnya kitab penganut agama kristian- Bible.

Dengan keputusan PAS itu, kini umat islam terdedah kepada acaman akidah, kerana PAS tidak akan mampu membendung dakyah memesongkan penganut agama islam, apabila pihak tertentu memperdaya penganut islam.

Kita semua ketahui, walaupun sebelum ini, penggunaan Kalimah Allah belumpun dibenarkan, usaha-usaha memurtadkan penganut agama islam rancak dijalankan, dan tidak sedikit yang telah murtad.

Penulis terkilan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) memiliki ilmu agama yang tinggi, tetapi beliau enggan melindungi (akidah) masyarakat awam Islam. 

Justeru iu, orang PAS yang menentang kalimah Allah diguna orang bukan Islam, mesti bersuara mempertahankannya sebab kepentingan politik tidak boleh mengatasi agama. 

Yang Dipertua Pertubuhan Umat Cemerlang Kelantan (Khairu Ummah) yang juga Mudir Madrasah Khairu Ummah, Pasir Puteh, Nik Mohd Nazimuddin Nik Ibrahim, menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan orang bukan Islam dalam sebarang konteks berkaitan keagamaan mereka. 

Beliau yang pernah menegaskan perkara sama dalam penulisannya yang berserta dalil keterangan ulama Islam yang muktabar dan sumber agama lain melalui laman web: khairuummah77.wordpress.com pada 2010, tetap berpegang kepada pendirian itu bahawa kalimah Allah adalah dalam bahasa Arab yang juga bahasa al-Quran, khusus untuk mereka yang mempercayai dan berpegang kepada al-Quran, malah kalimah itu tidak terdapat dalam kitab lain.
Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Abdul Samat Musa berkata, kalimah Allah mempunyai maksud khusus dalam al-Quran yang tidak boleh disamakan dengan tuhan kepercayaan agama lain. 

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, menyifatkan keputusan PAS itu jelas membuktikan parti berkenaan sanggup menggadai nama suci Allah dan kemuliaan Islam demi kepentingan politik kepartian mereka. 

Di Kuantan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata PAS mengguna agama demi mendapatkan kuasa dan percaya isu itu boleh membuka mata umat Islam terhadap perjuangan mereka selama ini.

Wednesday, January 09, 2013

Kalimah Allah: Pas Sudah Hilang Wibawa: Hassan Ali

KEPUTUSAN mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini (semalam) memang telah dijangkakan.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa Pas bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan di kalangan ketiga-tiga komponen parti gabunganPakatan Rakyat.

Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah ALLAH itu.

Logiknya masalah ini terbeban kepada Pas disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Akidah. Sikap Pas yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR. Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana Pas dapat mempertahankannya. Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam bulan Ramadan di Kedah membuktikan pandangan ini. Tindakan yang saya ambil semasa diamanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan ExcoKerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa Pas sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.

Dalam isu kalimah ALLAH yang menyentuh persolan pokok dalamIslam iaitu Akidah menyerlahkan ketidakupayaan Pas mempertahankan dirinya. Pas terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama,Datuk Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan ,Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu. Jelas kepada kita ulama dalam Pas semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.

Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam Pas. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah hala tuju Pas. Atas pengaruh mereka Pas telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya.

Saya berharap sejuta ahli Pas dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.

* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati

Kalimah Allah: Datuk Harun Taib berdepan pemecatan

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.

Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.

Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.

"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.

"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.

Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain.

Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.

Sementara itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat ketetapan bahawa kalimah Allah yang khusus untuk umat Islam tidak boleh digunakan di negeri itu oleh mana-mana agama bukan Islam.

Polemik penggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible bahasa Melayu memandangkan ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Blog Archive