Saturday, December 28, 2013

PRU-13: BN menang Ibu Pilihanraya Negara

Rakyat telah mengundi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa pada PRU-13 5 Mei lalu, yang dianggap sebagai Ibu Kepada Semua Pilihanraya umum di negara ini.

Daftar pemilih seramai 13,268,002 telah diberi peluang memutuskan nasib 1,900 calon bagi 222 kerusi dewan rakyat dan 505 kerusi dewan undangan negeri; terkeculai Sarawak bagi DUN kerana telah mengadakan PRN lebih awal, iautu pada 16 April 2011.

Meskipun BN hanya menang dengan majoriti mudah dan kehilangan 7 kerusi parlimen berbanding PRU-12, namun ianya cukup mempercundangkan Pakatan rakyat, yang beria-ia sangat mahu merampas Putrajaya.

Walaupun BN gagal merampas Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, namun kerja kuat semua peringkat gerak kerja BN terubati, apabila berjaya merampas Kedah kerana berjaya menambah jumlah kerusi DUN daripada 14 kepada 21 daripada 36 kerusi DUN Kedah.

Keputusan PRU-13, yang mengekalkan BN, pada peringkat awalnya tidak diterima oleh Pakatan Rakyat dengan memberi alasan, bahawa BN mengimport 40,000 pengundi Bangladesh selain menuduh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berlaku tidak adil.

Pakatan Rakyat melalui ketuanya Anwar Ibrahim melakukan tindakan demonstrasi dengan kod sandi Jelajah 505 yang berlarutan selama sebulan, namun usaha itu mereka tidak mendapat sambutan orang ramai yang mereka ajak untuk mencontohi Arab Spring di negara Timur Tengah.

Pakatan Rakyat mengwar-warkan bahawa kemenangan mereka telah dirampas, memandangkan undi popular yang mereka perolehi mengatasi undi yang diperolehi BN. Pakatan Rakyat mendapat undi popular seramai 5,623,984 dengan 89 kerusi Parlimen manakala BN 5,237,699 dengan 133 kerusi.

Daripada 133 kerusi parlimen BN, Umno menyumbang 88, berbanding keputusan PRU-12; daripada 140 kerusi parlimen, Umno hanya menyumbang 79.

PRU-13 juga telah menunjukkan bahwa MCA telah ditolak oleh pengundi cina, apabila hanya menang 7 kerusi Parlimen daripada 37 yang ditandingi parti itu, manakala bagi kerusi DUN daripada 90 kerusi yang ditandingi hanya 37 menyumbang kepada jumlah bilangan kerusi yang dimenangi BN di seluruh negara.

Memandangkan saingan sengit yang diberikan oleh Pakatan Rakyat pada PRU-13, di mana isu seperti pengurangan subsidi bagi minyak, gula dan kenaikan tariff litrik serta pelaksanaan GST belum diputuskan; maka pada PRU-14, nampaknya BN terpaksa berhempas pulas pula untuk mempertahankan Putrajaya.

Pada masa itu, BN tidak boleh menggunakan kata Sandi Janji Ditepati, atau Rakyat didahulukan, memandangkan BN sendiri telah melanggar janjinya seperti dalam manifesto PRU-13.

BN terpaksa mencari kata sandi baru, agar supaya rakyat masih menyokong dan seterusnya memberi peluang untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Para pemimpin BN, bermula daripada sekarang perlu memerah otak, kata sandi apa kah yang bakal dijual kepada para pengundi.

No comments:

Blog Archive