LAMA sudah AYT tidak menulis berkaitan Anwar Ibrahim. Namun, AYT tertarik mengulas, kenyataan Anwar berkaitan dengan 40,000 pengundi Bangladesh, kononya pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan ataupun SPR berkaitan dengan isu itu. Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu menuduh blogger Pro-BN yang memutar belitkan isu itu.
Anwar Anwar. Berbohong siang pandang-pandang, berbohong malam dengar-dengar. Anwar terlupa, bahawa berbagai rakaman, dari berbagai sumber termasuk youtube, dan rakaman oleh pihak SPR sendiri, bahawa daripada mulut Anwarlah keluarnya, isu pengundi 40,000 daripada Bangladesh telah mengundi di PRU-13 lalu.
Disebabkan isu itu, diulang-ulang oleh pembangkang, terutama pada masa protes sebulan mereka terhadap keputusan PRU itu, maka bukan sahaja pihak SPR telah membuat laporan polis, malah Perdana Menteri, mengulasnya dalam bajet 2014.
Sebenarnya, isu-isu yang didakwa pihak pembangkang pada PRU itu, termasuklah dakwat kekal dan blackout adalah satu penipuan. Tujuan mereka, agar supaya rakyat bangkit merusuh, seperti berlaku di Timur Tengah, yang dikenali sebagai Arab Spring.
Kita berterima kasih pada rakyat Malaysia, kerana rakyat majoriti masih waras dan tahu menilai mana satu fakta dan auta; atas sebab itu, penat sahaja Anwar selama sebulan menjelajah negara untuk mempengaruhi rakyat akar menolak keputusan PRU-13 itu, ternyata tidak mendapat sambutan.
Kini, selepas Anwar menyedari, bahawa pembohongan mereka tidak lagi menjadi umpan kepada kepada rakyat, maka dengan sendirinya beliau mengakui secara tidak langsung bahawa beliau berbohong, namun malangnya menyalahkan pula pihak lain.
Melihat kepada tindak tanduk Anwar yang semakin hari terdedah, maka pada PRU-14 akan datang, nampaknya politik Anwar tidak relevan lagi.
No comments:
Post a Comment