Friday, November 22, 2013

Datin Rosmah Jadi Bahan Politik Pembangkang Lagi

Agak lama, nama Datin Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri tidak menjadi bahan politik pembangkang. Namun, kerana lawatan beliau ke Qatar awal bulan ini, untuk menghadiri satu jemputan bagi menghadiri Persidangan Perniagaan Wanita Antarabangsa, status beliau dipolitikkan lagi.

Bukan salah beliau hadir pada persidangan itu, namun pembangkang mempersoalkan cara beliau hadir. Beliau bertolak ke Qatar dengan menggunakan Jet Kerajaan, dan menurut Azalina diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri-Tan Sri Muyiddin Yassin. Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Shaidan Kassim pula berkata, bahawa penggunaan jet kerajaan diluluskan oleh mesyuarat kabinet.

Datin Rosmah hadir di Persidangan Antarabangsa itu diiringi MP Pengerang- Datuk Azalina Othman Said, Isteri Menteri Luar, Isteri Menteri Kewangan kedua dan beberapa pegawai tinggi kerajaan.

Kehadiran Rosmah, di Persidangan itu, mempunyai impak positif kepada imej negara, kerana selain sebagai tetamu, beliau juga diberi peluang berucap dalam persidangan itu. Melalui tidakannya beliau itu, setidak-tidaknya dapat menaikan imej negara.

Sudah tentunya beliau akan menerangkan kepada peserta antarabangsa itu, berkenaan dengan peluang-peluang perniagaan di Malaysia, paling sedikitpun impaknya, para perserta itu akan menjadi pelancong ke negara ini, kerana gambaran yang baik diberikan oleh beliau mengenai negara ini.

Mengapa kah kita membenci sangat individu yang mengharumkan negara? mengapa pula menyanjung individu yang memburukkan negara? sepertimana dilakukan oleh para pemimpin pembangkang? 

Silap Rosmah dan rombongan hanya menggunakan jet kerajaan. Penggunaan jet itu, sudah tentu ada sebabnya. 

Kebanyakan negara di dunia kini, berlumba-lumba untuk menggambit pelancong, kerana sumber itu adalah merupakan sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara. Setiap pendapatan perlulah kos, demikian juga menarik pelancong, perlu kos. Kos itu, antara lain adalah melalui pemasaran nama negara, seperti mana yang dilakukan oleh Datin Rosmah.

Benar kerajaan boleh menghantar seseorang menteri.. namun, daripada segi value, Rosmah mempunyai value yang tinggi di mata para delegasi.

Rosmah sebagai peserta persidangan itu, bukan sahaja hanya delegasi, akan tetapi beliau juga sempat menjadi tetamu kepada Amir Qatar (bukti pada foto).

Memang perbelanjaan menggunakan jet kerajaan dibayar melalui cukai yang dikutip, bukan duit rakyat sepertimana yang diwar-warkan oleh pembangkang. Cukai adalah satu kewajiban yang perlu dibayar oleh mereka yang termasuk dalam pembayar cukai. Tanpa lawatan itu pun, pembayar cukai tetap perlu membayar cukai. Tanpa menanggung, kos lawatan itupun, wang cukai itu tetap dibelanjakan. Nah, di sini, hasil cukai itu dibelanjakan sebagai kos pemasaran negara ini di luar negara; dan pulangannya adalah jangka panjang, baik daripada segi pelancongan mahupun pelaburan langsung.

Nama Rosmah merupakan jenama. Pembangkang tidak boleh menafikan itu. Mereka menafikannya, bukan kerana masalah penggunaan jet kerajaan, namun mereka cemburu, kerana imej negara akan jadi harum di negara-negara Arab khasnya dan dunia amnya. Inilah yang pembangkang tidak mahu berlaku terhadap imej negara. Mereka mahu, imej negara supaya buruk, bagi memudahkan mereka mengelentong negara lain, untuk mendapatkan simpati.

No comments:

Blog Archive