Wednesday, September 11, 2013

RCI PATI Sabah: Tiada Polisi Beri IC Kepada Imigran Tidak Layak - Dr Mahathir

KOTA KINABALU Kerajaan tidak pernah ada polisi yang membenarkan kad pengenalan (IC) Malaysia diberikan kepada imigran di Sabah yang tidak layak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu panel prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah bahawa pendirian kerajaan hanyalah mengiktiraf mereka yang layak sahaja akan diberikan taraf kewarganegaraan.

Tampil memberi keterangan selama hampir 90 minit, Dr Mahathir berkata antara kriteria yang digunakan untuk mengeluarkan kad pengenalan ialah orang yang asing yang tinggal di negara ini untuk tempoh yang lama, dapat bertutur dalam bahasa tempatan serta mengamalkan budaya hidup masyarakat tempatan.

Beliau berkata pengeluaran kad pengenalan kepada orang asing di negeri itu adalah disebabkan oleh pengawai berpangkat rendah mengeluarkan dokumen sedemikian.

Dr Mahathir yang tiba di Kota Kinabalu pada Selasa tampil sebagai dihadapan panel RCI sebagai saksi ke-209.

No comments:

Blog Archive