Showing posts with label RCI PATI SABAH. Show all posts
Showing posts with label RCI PATI SABAH. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Keselamatan Sabah: Kenyataan Ketua Menteri Sabah

Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN
Ketua Menteri Sabah
Merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri dan 
Pengerusi Jawatankuasa 
Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)

10 Disember 2014

Hari ini saya telah mempengerusikan dua mesyuarat yang melibatkan aspek keselamatan negeri Sabah iaitu Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) dan Jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua agensi berkaitan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Dalam mesyuarat ini, saya telah menekankan bahawa susulan daripada pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Berhubung PATI di Sabah, Kabinet Negeri telah memutuskan agar tindakan drastik diambil dalam menangani isu dan permasalahan berkaitan PATI di Sabah. Sehubungan itu, antara perkara utama yang telah dibincangkan adalah usaha untuk memantapkan strategi dan pendekatan bagi menangani keberadaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di dalam negeri Sabah. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengambil tindakan drastik memberikan fokus kepada dua aspek utama iaitu:

1. Menangkap dan mengusir keluar PATI yang sedia ada di dalam negeri; dan
2. Menghalang kemasukan baru PATI dari luar

Untuk fokus pertama (1), kita telah meneliti beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam operasi sedia ada yang giat dijalankan oleh semua agensi. Kita memutuskan untuk melaksanakan semula Operasi Bersepadu pada kadar segera. Namun begitu, saya telah mengarahkan persediaan awal pra operasi dilaksanakan dalam masa terdekat untuk memantapkan operasi yang akan dilaksanakan.
Ini termasuk:

1. Menambah kapasiti Pusat Tahanan Sementara (PTS) sedia ada yang hanya boleh menampung seramai 5,000 penghuni dalam satu masa. Langkah drastik yang dicadangkan adalah untuk mengenal pasti lokasi dan bangunan bersesuaian untuk diubahsuai dan diwartakan sebagai PTS untuk memastikan kapasiti tahanan dapat ditingkatkan segera tanpa perlu menunggu pembinaan PTS baru.

2. Mengkaji dan menambah baik Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) berhubung proses pengusiran dan penghantaran pulang PATI ke negara asal. Ini meliputi aspek reman, penyiasatan, dokumentasi dan jadual pengusiran. Sungguhpun tempoh SOP semasa sudah ditambahbaik dari purata 6 bulan kepada 2 bulan, namun ia masih dilihat tempoh yang agak lama dan melibatkan kos operasi yang tinggi khususnya penyediaan makanan tahanan dan penyelenggaraan serta kawalan PTS. 
Penambahbaikan SOP ini juga memerlukan perundingan dan kerjasama dengan negara asal yang merupakan antara perkara utama yang perlu diselesaikan kerana tahap komitmen mereka akan menentukan sejauhmana tempoh proses pengusiran dapat disingkatkan.

Sebuah Pasukan Petugas Khas (Task Force) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri telah dibentuk untuk menyusul perkara-perkara berbangkit di atas dan sekali gus mengetuai pelaksanaan Operasi Bersepadu.

Pada masa yang sama, saya menggesa semua pihak khususnya para majikan dalam semua sektor untuk memastikan semua pekerja mereka mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah. Begitu juga, semua pemimpin masyarakat, ketua-ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung diarahkan untuk memberikan kerjasama kepada agensi keselamatan dengan memberikan maklumat tentang keberadaan PATI di tempat masing-masing. Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi PATI. Jangan salahkan kerajaan jika kerajaan mengambil tindakan tegas kerana peringatan telah diberikan sejak sekian lama.

Untuk fokus kedua (2) pula, kita memutuskan supaya diteruskan strategi semasa melalui pelaksanaan Perintah Berkurung di Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Pada masa yang sama, inisiatif ini akan dimantapkan dengan cadangan strategi baru iaitu mewartakan pulau-pulau tumpuan perlindungan dan persembunyian PATI dan penjenayah rentas sempadan sebagai Kawasan Larangan.

Strategi ini penting kerana didapati pulau-pulau di sekitar perairan ESSZONE telah menjadi antara lokasi perlindungan aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan dan penculikan serta persembunyian PATI yang ingin memasuki negeri Sabah. Terdapat lebih 360 pulau di sekitar ESSZONE dan 83 daripadanya terletak di perairan Semporna.

Secara prinsipnya kita bersetuju untuk menggerakkan strategi Pewartaan Pulau-Pulau Sasaran sebagai Kawasan Larangan ini dengan pelaksanaan secara rintis di pulau-pulau sasaran. Pelaksanaan ini tertakluk kepada kajian yang akan dilaksanakan oleh sebuah Jawatankuasa Bertindak.

Sebagaimana strategi Perintah Berkurung, kita yakin pewartaan Kawasan Larangan akan membawa impak yang signifikan dalam agenda membendung kemasukan PATI ke dalam negeri. Ini sekali gus membantu usaha pencapaian agenda besar Kerajaan dalam menangani permasalahan PATI yang menjadi antara fokus utama dalam masa terdekat.

Saturday, December 06, 2014

RCI PATI Sabah- Anwar Berdolak Dalik

SEBELUM September 1998, Dato Seri Anwar Ibrahim sangat berkuasa. Pada masa itu, tidak telepas apapun, pastinya beliau terlibat, apatah selepas Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991.

Pada RCI Pati Sabah, seharusnya Anwar mendedahkan apa yang diketahuinya, namun beliau tidak mengunakan peluang itu, sebaliknya hanya bercakap "hearsay".

Kini selepas RCI didedahkan, Beliau bersuara pula, dengan menuding jari ke Putrajaya, kononnya ada "cover Up".

Ditegaskan melalui pengumuman RCI, ianya berbentuk hard copy, dan telah dinyatakan, bahawa laporan setebal 336 halaman itu, tidak diusik langsung, termasuk titik koma.

RCI Sabah diketuai oleh Mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Apa yang pelik, samaada Anwar berada dalam kerajaan mahupun sebagai Ketua Pembangkang, beliau tidak pernah mengetengahkan masalah PATI kepada teman-teman rapatnya seperti Mantan Presiden Filipina Joseph Estrada, Mantan Presiden Indonesia BJ Habibie, malah kepada Mantan Naib Presiden Indonesia, dan kini menjadi Naib Presiden sekali lagi Jusof Kala.

Laporan RCI PATI Sabah yang didedahkan pada 3 Desimber, merungkaikan, bahawa tiada pengelibatan kerajaan dalam kebanjiran PATI atau pemberian Kad Pengenalan kepada rakyat asing di Sabah, sebaliknya adanya sindiket yang bersifat bisnes menjual Kad Pengenalan kepada PATI dengan kerjasama pihak-pihak tertentu yang korup di Jabatan Pendaftaran negara.

Kini, Anwar cuba membela, para pegawai itu, dengan menyatakan bahawa kes sebesar itu, kerajaan mencucui tangan, dan menjadikan para pegawai korup sebagai kambing hitam.

Anwar, kerap mengambil peluang, pada setiap yang berlaku, namun, semasa berkuasa dahulu, tidak pernah bercakappun mengenainya, sedangkan masalah PATI Sabah telah berdekad lamanya.

Wednesday, September 11, 2013

RCI PATI Sabah: Tiada Polisi Beri IC Kepada Imigran Tidak Layak - Dr Mahathir

KOTA KINABALU Kerajaan tidak pernah ada polisi yang membenarkan kad pengenalan (IC) Malaysia diberikan kepada imigran di Sabah yang tidak layak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu panel prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah bahawa pendirian kerajaan hanyalah mengiktiraf mereka yang layak sahaja akan diberikan taraf kewarganegaraan.

Tampil memberi keterangan selama hampir 90 minit, Dr Mahathir berkata antara kriteria yang digunakan untuk mengeluarkan kad pengenalan ialah orang yang asing yang tinggal di negara ini untuk tempoh yang lama, dapat bertutur dalam bahasa tempatan serta mengamalkan budaya hidup masyarakat tempatan.

Beliau berkata pengeluaran kad pengenalan kepada orang asing di negeri itu adalah disebabkan oleh pengawai berpangkat rendah mengeluarkan dokumen sedemikian.

Dr Mahathir yang tiba di Kota Kinabalu pada Selasa tampil sebagai dihadapan panel RCI sebagai saksi ke-209.

Thursday, January 31, 2013

Projek IC Sabah: Anwar terlibat secara langsung: Tun Dr Mahathir

Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan)," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).

Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Sebelum ini Timbalan Perhubungan Umno Sabah-Datuk Dr Salleh Tun Said membuat kenyataan bahawa seharusnya Anwar jangan menjadi pemimpin yang hipokrit berhubung dengan pengeluaran IC bagi pendatang di Sabah, ini kerana menurut Salleh, Anwar yang pada masa itu "terlalu" berkuasa pasti tahu mengenai projek itu.

Wednesday, January 23, 2013

RCI Pati Sabah: Anwar jangan hipokrit: Dr Salleh Said

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini.

Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya "beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah".

"Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau "dalaman" itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), perdana menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu.

"Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat Kota Belud hari ini.

Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI. 

"Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu.

"Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau "ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul," katanya.

Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan di oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu.

Penubuhan RCI dan pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Prosiding pendengaran RCI dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Anggota panelnya terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.

Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari.

-Bernama

Monday, January 14, 2013

PATI Sabah: RCI diberitahu 73 ribu Filipina jadi Penduduk Sabah

Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung imigran Sabah diberitahu hari ini bahawa seramai 73,000 pelarian daripada Filipina dibenarkan menjadi penduduk tetap di negeri itu oleh kerajaan negeri di antara 1970 hingga 1984.

Ketua unit penempatan di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Abdul Jaafar Alip memberitahu RCI bahawa salah satu daripada syarat untuk melayakkan individu terbabit adalah pelarian itu haruslah seorang Islam.

Syarat lain yang ditetapkan adalah pelarian itu mesti daripada kawasan Region Nine Filipina, yang juga dikenali sebagai Mindanao Barat atau Semenanjung Zamboanga, dan terjejas secara langsung daripada konflik berterusan wilayah itu dan berniat untuk tinggal di Sabah secara tetap.

Namun syarat untuk melayakkan diri bagi mendapatkan status orang tidak bertempat itu sama, namun mereka tidak seharusnya seorang Islam, kata Abdul Jaafar.

Tambahnya, kerajaan negeri menerima individu daripada semua agama sebagai orang tidak bertempat.

Beliau memberitahu inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu petang ini.

Abdul Jaafar berkata lima penempatan pelarian ditubuhkan antara 1984 hingga 2008 – penempatan Telipok dan Kinarut di Kota Kinabalu, Kampung Bahagia di Sandakan, Kampung Selamat di Semporna dan penempatan Hidayah di Tawau.

Saturday, August 11, 2012

RCI PATI Sabah diketuai mantan Hakim Steve Shim

PM announced RCI headed by exJudge Steve Shim, Prof Kamarulzaman ex-VC UMS, TS Herman Luping, dtk hendri chin & KY mustafa exSKN#PMinSabah

Masalah Pendatang tanpa izin, konon adalah punca Bumburing keluar daripada BN pada 29 Julai lalu.

Bagi AYT, RCI bukan bertujuan mencari masalah pendatang tanpa izin, akan tetapi lebih kepada tujuan politik.

Rakyat umum tahu, bahawa mereka yang beria-ia dengan penubuhan RCI PATI, adalah mereka yang tidak mungkin berkuasa lagi melalui elemen perkauman dan agama.

Kedudukan komposisi kaum yang diterjemahkan melalui kerusi dewan undangan negeri adalah: 20 kawasan bumiputera islam, 20 kawasan bumiputera bukan islam dan 8 kawasan kaum cina.; kini komposisi itu menjadi 32 kawasan bumiputera islam, 20 bumiputera bukan islam dan 8 kaum cina.

Melihat kepada kedududkan jumlah kerusi DUN Sabah itu, maka sentimen perkauman yang membolehkan sesebuah parti memerintah sepertimana tahun 1985-1994; sukar berulang lagi. Jika pada tahun-tahun itu, apabila bumiputera bukan islam bergabung dengan kaum cina, sepertimana berlaku pada tahun 1976 dan 1985, boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.

Keadaan kini, untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah perlu mendapat sokongan semua kaum atau agama. Sebenarnya, keadaan ini lah yang diperlukan demi kestabilan politik, agar pembangunan negeri terus berjalan.

Biasanya di Sabah, setiap 9 tahun akan bertukar kerajaan, namun tidak berlaku lagi sejak kerajaan yang ditunjang Umno ditubuhkan pada tahun 1994.

Wednesday, June 13, 2012

RCI for Sabah a set back: Tan Sri Harris Salleh

Daily Express Monday) - "It is the policy of the Federal Government since the late 1960s or early 1970s that anybody who is eligible to become citizen would be entertained and granted. This is particularly true to the refugees from Indo-China and later Philippines. The late Tunku Abdul Rahman Putra, Malaysia's first Prime Minister announced publicly and openly, the policy that the Federal Government would accept and take Muslim refugees from Myanmar and that non-Muslims could go to Australia, Europe or USA."

Former Chief Minister Tan Sri Harris Salleh said it is not necessary to serve a subpoena on him to appear before the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah when it begins hearings.

"I confirm that I will attend at any time, at any place to give evidence and information on the issue of illegals. There is no need to serve a subpoena on me, it is hoped that those people will lower their blood pressure after reading this statement," he said.

"First of all, it must be emphasised and stressed that the power of granting citizenship and issuing identity cards are vested with the Federal Government under the constitution and law", he said, in the statement, Monday.

This power, he said is now vested with the Ministry of Home Affairs and under the Constitution, the Federal Government can grant citizenship to anyone at anytime even after a few days of arrival, if it deems that person is of national interest.

"This is very clear and written in black and white. Thus, the most any person can do is to help make an application and make recommendation for those eligible to apply for either a permanent stay or citizenship," he said.

"Secondly, if my memory serves me right, it is the policy of the Federal Government since the late 1960s or early 1970s that anybody who is eligible to become citizen would be entertained and granted.

"This is particularly true to the refugees from Indo-China and later Philippines. The late Tunku Abdul Rahman Putra, Malaysia's first Prime Minister announced publicly and openly, the policy that the Federal Government would accept and take Muslim refugees from Myanmar and that non-Muslims could go to Australia, Europe or USA.

"Tunku made this announcement when there were tens of thousands of Myanmar Rohingya refugees coming to Malaysia. It is expected that most of these refugees are now citizens.

"Tunku Abdul Rahman said very clearly in no uncertain terms that those refugees, who are Muslim can stay in Malaysia and would be granted citizenship. This policy is still valid today as the present Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak just a year ago signed an agreement with Australia on a refugee swap with Muslim refugees in Australia coming to Malaysia and non-Muslims going to Australia," he said.

Harris said thus, over the years out of the few hundred thousand Philippine refugees in Sabah, some were issued with IMM13 to allow them to stay in Malaysia, and they must have been accorded citizenship.

Hence, the population increase is a little higher than normal.

On the issue of illegal workers in Sabah, it appeared that there is no study being carried out as to why both employers and employees are at fault, knowing full well the severity of the punishment in store.

However, as pointed out from time to time there were about 200,000 illegal workers who came in legally with passports but over time and due to poor treatment by contractors and high government fees and changing policies, both employers and employees opted to illegal practices.

"It must be noted here that being illegal workers, life is like hell.

They cannot travel around as they like and they will be arrested. flow of workers from Indonesia is not going to be forever.


"The Indonesians and Indonesian Government are just 'sakit hati' and waiting for the day when the Indonesian workers will work in their own country. This is happening in Hong Kong where 10 years ago mainland people worked in Hong Kong and now it is the other way around," he said.

In conclusion, Harris said it was puzzling as to why calls for the establishment of the RCI is becoming more and more easy these days.

"Little issues such as people jumping from an apartment and the infamous Lingam tape does not need a RCI.

All these can be handled by the police," he said.

In the United Kingdom which has introduced the RCI more than 500 years ago, one never noticed any RCI being appointed on many important issues unlike in Malaysia.

"It is further noted that the Teoh and Lingam cases were just a waste of time to the commission panels and waste of government money," he said.

Wednesday, March 28, 2012

RCI untuk PATI yang mana???

SUATU masa dulu ISU Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah dibangkitkan oleh para pemimpin PBS, semasa parti itu di luar Barisan Nasional. Sebabnya adalah terdapatnya bilangan pengundi bumiputera islam yang tiba-tiba mendadak naik.

Akibat pertambahan penduduk itu, maka semasa persempadanan semula tahun 2003, kawasan parlimen Sabah bertambah 5 kepada 25 dan kawasan dewan undangan negeri bertambah 12 kepada 60.

Selepas PBS masuk semula ke pangkuan BN, peranan itu diambil alih oleh parti pembangkang, kerana pemimpin yang berasal daripada PBS itu kini salah seorang pemimpin pembangkang.

Tetapi, yang cukup memperanjatkan apabila parti komponen BN seperti UPKO dan kemudian LDP dan akhir-akhir ini PBS juga ikut bersuara.

Sebenarnya, parti-parti komponen BN mahupun pembangkang tahu asal usul penduduk Sabah, baik yang berstatus pekerja asing.

Dalam sesuatu banci penduduk, memanglah setiap manusia akan dibanci, tanpa mengira asal usulnya. Atas sebab itu, bancian penduduk Sabah pada tahun 2010, terdapat 28 peratus penduduk negeri ini berstatus, rakyat asing.

Ekonomi Sabah sangat tergantung kepada pekerja asing, baik di lautan, di daratan mahupun di kilang-kilang serta projek2 perumahan atau bangunan.

Tanpa pekerja asing, perladangan besar di Sabah akan golong tikar, kerana tidak akan mendapat tenaga kerja. Demikian juga projek2 bangunan atau jalan raya, tanpa pekerja asing, pasti projek2 itu tidak akan mampu berjalan.

Ratusan ribu rakyat asing yang dicatat melalui banci tahun 2010 adalah merupakan pekerja asing yang berstatus sah dan mereka adalah pekerja ladang2 besar mahupun syarikat2 hartanah, pembantu rumah dsbnya.

Sebenarnya parti2 pembangkang yang sudah tentunya bukan berlatar belakang bumiputera dan parti2 komponen BN yang berlatar belakang bumiputera bukan islam, mempunyai agenda tersirat, kerana meraka tahu, sampai bilapun parti2 itu tidak akan mampu lagi memperintah Sabah, seperti mana berlaku pada tahun 1985-awal tahun 1994.

Atas sebab itu, mereka memenanam dan memupuk kecerugian yang terancang, agar bumiputera bukan islam dan kaum cina akan terus merasa curiga kepada penduduk/rakyat bumiputera yang beragama islam.

Sebenarnya kalau benar2 diteliti  permasalahan yang dibangkitkan oleh parti2 ini sebenarnya hanya ditujukan kepada mereka yang dikatakan berasal daripada Indonesia dan Filipina. Sedangkan, warga asing yang berketuruan cina dan india serta pakistan yang menjadi penduduk negeri kurang diperhatikan.

Ini yang ironinya, walaupun Sabah telah merdeka 48 tahun, masih terdapat warga negeri ini terutama yang berketurunan cina dan india tidak mampu berbahasa melayu. Kalaulah mereka itu daripada golongan tua, memanglah, akan tetapi mereka yang tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa melayu ini adalah berumur lingkungan 40-an, 30-an malah 20-an.

Nah, sudah tentu mencurigakan bukan, ada warga negara yang tidak mampu berbahasa melayu?  darimana kah mereka ini? sudah tentu, daripada daratan cina mahupun Taiwan; akan tetapi mereka ini tidak diambil peduli? Yang mereka peduli adalah mereka2 yang berasal daripada kepulauan, di mana dalam setahun belum tentu pernah ke pekan yang terdekat.

Cukup jelas kecurigaan mereka itu, apabila "warga" ini diberikan dokumen dan mendafar sebagai pengundi, sudah tentu akan menyokong suku kaumnya. Apapun gula2 yang diberikan oleh orang lain, pasti hanya disambut dengan senyuman, bukannya undian. Bukti, pada tahun 1984 semasa PRK Tambunan, Pairin Kitingan sebagai calon bebas dengan mudah mengalahkan Roger Ongkili calon Kerajaan Berjaya.

Kenyataan baru2 ini oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman, bahawa terdapat kira2 40,000 penduduk negeri ini tidak mempunyai surat kelahiran, bukanlah perkara mustahil.  Penduduk ini mendiami pulau2 terpencil, malah dalam perahu, yang mereka tahu hanya menangkap ikan, dapat ikan dijadikan ikan masin, kemudian dijual untuk dapatkan "putu" gula dan sebagainya.

Kenapakah ada pemimpin yang cuba menafikan hak mereka ini? Apa kah kedaifan mereka, merupakan penghalang utama? Walaupun mereka ini diberi dokumen, pengenalan diri, mereka akan tetap menghuni di mana mereka menghuni. Mereka tidak akan berpindah ke bandar dan menubuhkan parti politik dan boleh mengacam kedudukan para pemimpin. Kalaupun itu berlaku, bukan sekarang, perlu waktu lama.

Perkembangan penduduk akan mengikut kadar tertentu, tidak mungkin sesuatu suku itu akan meledak jumlahnya dengan mendadak. Perkembangan penduduk akan senantiasa mengikut proposi. Atas sebab itu, sejak merdeka, proposi penduduk negara senantiasa pada peratusan yang hampir sama.

Desakan UPKO untuk menubuhkan RCI PATI... hanya bermotifkan gimik politik, desakan kepada pucuk pimpinan, untuk mendapat imbalan...

Pucuk pimpinan tidak perlu melayan desakan ini, kerana ianya tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan. Yang akan timbul adalah perkara2 curiga mencurigai antara satu sama lain.

Friday, February 24, 2012

RCI PATI: Masih dalam pertimbangan: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan kononnya kerajaan telah meluluskan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat tuduhan bahawa ramai pendatang asing diberikan kerakyatan negara ini bagi membolehkan mereka mengundi atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC’ di Sabah.

Sebaliknya, Najib sekadar berkata kerajaan sedang mempertimbangkan penubuhan suruhanjaya berkenaan.

"Kita sedang timbang (penubuhannya)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Jawapan perdana menteri itu dikatakan mengejutkan banyak pihak kerana beberpa pemimpin kanan Sabah sebelum ini berkata jemaah menteri pada mesyuaratnya pada 8 Februari lalu telah bersetuju menubuhkan suruhanjaya berkenaan.

Malah pemimpin BN Sabah terutama dari parti KDM juga membuat spekulasi bahawa Najib akan mengumumkan secara rasmi penubuhan RCI itu semasa lawatan dua harinya ke negeri itu pada 16-17 Februai lalu.

Bagaimanapun, perrkara itu tidak menjadi kenyataan dan Najib meninggalkan Sabah tanpa langsung menyebut tentang sebarang siasatan berhubung peningkatan penduduk Sabah secara mendadak terutamanya membabitkan pendatang asing.

Malah, Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) Wilfred Madius Tangau berkata penubuhan suruhanjaya itu sudah diluluskan tetapi terma rujukan dan ahli-ahlinya masih belum dimuktamadkan.

Menurut Tangau, jemaah menteri pada mesyuarat 8 Februrari telah meluluskan penubuhan suruhanjaya itu dan perkara itu juga telah diminitkan. Tangau adalah mantan ahli parlimen Tuaran, dan tidak mempunyai sebarang akses terhadap minit2 kabinet.

Entah bagaimana Tangau membuat kenyataan bahawa kerajaan persekutuan memerlukan masa untuk mendapatkan maklum balas daripada beberapa sumber di Sabah dan juga kerajaan negeri.

Penubuhan RCI itu adalah antara cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya.

PSC semasa inkuiri awam yang dijalankan di Sabah pada November lalu menerima banyak aduan berhubung Projek IC.

Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Kononnya Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.

Wednesday, February 22, 2012

Isu pendatang di Sabah diputar terus

Entah data dari mana, ada yang mengatakan bahawa pada tahun 1970 jumlah pendatang di Sabah berjumlah 651,304, kemudian meningkat kepada 929,299 tahun 2000. Akan tetapi jumlah itu menurun kepada 889,799 pada tahun 2010 daripada jumlah penduduk Sabah yang berjumlah 3.12 juta.

Sebagai perbandingan, jumlah pengundi berdaftar pada tahun 2008, sesuai dengan data SPR, adalah 796,132.

Melihat kepada angka pendatang sepertimana dakwaan; 1970 (651,304), tahun 2000 929,299 apatah lagi data tahun 2010 (889,799) jumlah pengundi berdaftar di Sabah semuanya lebih rendah berbanding jumlah pendatang, kecuali data tahun 1970.

Melihat kepada data ini, daftar pengundi tidak disusupi oleh pendatang, kalaupun ada, adalah kejadian terpencil.

Kebimbangan atau dakwaan pihak2 tertentu, bahawa daftar pengundi Sabah disusupi pendatang adalah tidak munasabah. Kalau memang, disusupi pendatang, maka jumlah pengundi yang berdafar pasti melangkau 1.5-1.6 juta, kerana biasanya pendatang yang datang adalah mereka yang sudah cukup umur untuk mengundi.

Statistik yang ada yang digunapakai oleh pihak2 tertentu berhubung pedatang adalah jumlah pendatang yang tertangkap dan dihantar pulang atau dipenjarakan. Data tersebut tidak dirungkai, apakah pendatang itu datang menyusup ke negeri ini secara berulang? atau kah pendatang itu masih berada dalam negeri?

Saban hari di Sabah, adalah perkara biasa pasukan polis, rela atau imigresn menjalankan operasi melakukan pemeriksaan kad pengenalan di bandar2 atau pekan2 untuk mencari pendatang haram, tetapi kalaupun berjaya menangkap, jumlahnya tidak seramai mana sepertimana dakwaan pihak2 tertentu.

Untuk mengatasi perkara ini, adalah perlu melakukan sensus penduduk Sabah untuk mengenal pasti jumlah sebenar penduduk Sabah, dan daripada jumlah itu berapa ramaikah yang pendatang.

Sejak akhir2 ini pihak2 tertentu termasuk pemimpin BN daripada parti KDM sangat cenderung kepada penubuhan RCI untuk PATI, sehinggakan mereka memberi kenyataan mendahului Perdana Menteri.

Mereka mencuba memerangkap Perdana Menteri melalui kenyataan awal, kononnya kerajaan telah bersetuju berhubung penubuhan RCI PATI.

Isu PATI adalah isu yang dilontarkan oleh para pemimpin KDM apabila berlaku persempadan semula pilihanraya yang digunapakai pada tahun 2004. Pada PRU-2004, jumlah kerusi DUN Sabah bertambah 12 kepada 60. Sebelum persempadanan itu, jumlah kerusi adalah 48; 20 kerusi majoriti bumiputera islam, 20 kerusi majoriti bumiputera bukan islam dan 8 kerusi majoriti kaum cina.

Namun melalui persempadanan tahun 2004, jumlah kerusi untuk bumiputera islam telah bertambah kepada 32, manakala KDM dan kaum cina tetap pada jumlah yang sama, 20 dan 8 kerusi.

Berasas kepada jumlah kerusi inilah yang menimbulkan maksud tersirat daripada pemimpin KDM berhubung dengan penubuhan RCI PATI.

Gesaan penubuhan RCI PATI, seolah2 mempersoal jumlah pengundi bumiputera islam, yang kebetulan majoriti kawasan ditandangi umno.

Adalah menjadi tugas para pemimpin umno di semua peringkat untuk menjelaskan maksud tersirat ini kepada rakyat terutama bumiputera islam.

Blog Archive