Lebih sebulan pencerobohan pengganas ke atas Lahad Datu yang kemudian merebak ke Semporna. Operasi berskala besar bermula 5 Mac yang bersandi Ops Sulu/ops Daulat.
Setakat ini 61 pengganas berjaya dibunuh dan 99 talibarut atau pengikut Agbimuddin ditangkap.
Tali barut pengganas berselerak ada di Lahad Datu dan Semporna, dan kawasan sekitarnya termasuk Sandakan dan Kunak.
Pengganas sulu, memang sengaja mahu mengwujudkan huru hara menjelang PRU-13. Nasib baik ianya dikesan sebelum PRU berlangsung, jika tidak, sudah pasti keadaan negara akan kelam kabut.
Meskipun Ops Daulat sudah dipenghujung, namun memburu Agbimuddin masih diteruskan. Terbunuh dan tertangkapnya Agbimuddin merupakan tolok ukur kepada Ops Daulat.
No comments:
Post a Comment