SATU SYARAT kata Menteri Pertahanan, penceroboh kena serah diri tanpa syarat; tanpa itu pasukan keselamatan akan terus memburu mereka, sehingga kesemuanya tewas.
Berbagai pihak mendakwa bahawa gencatan senjata penceroboh tajaan Jamalulul Kiram III hanya helah dan tipu muslihat, kumpulan itu, untuk menyusun strategi menyerang balas pasukan keselamatan negara.
Kiram dilaporkan terpukul, kerana tidak dapat menghubungi adiknya Agbimuddin, kononnya berada di Kg Tanduo sejak 12 Febrauari, selepas serangan pasukann keselamatan negara berskala besar pada Selasa.
Walaupun, Ops Daulat mengorbanan lapan nyawa perwira negara dan mencederakan tiga yang lain, pihak penceroboh mengalami kemalangan jiwa yang ramai, meskipun setakat ini 13 disahkan maut.
Penceroboh yang diketuai Agbimuddin Kiram adik kepada Jamalul Kiram, menceroboh Kg tanduo, Felda Sahabat, Tungku lahad Datu sebulan lalu.
No comments:
Post a Comment