Sebahagian Pasukan Keselamatan di Lahad Datu |
SETAKAT ini sejumlah 53 pengganas Sulu maut, sejak bermulanya operasi menghalau pengganas di Kg Tanduo Lahad Datu yang diketuai Agbimuddin Kiram adik kepada Jamalul Kiram III yang mengaku pewaris Sultan Sulu.
Selain itu, sejumlah 79 orang yang ada hubungan dengan pengganas sulu berjaya ditangkap dan ditahan di bawah akta baru yang menggantikan Akta Keselamatan Negeri.
Operasi ketenteraan yang masuk hari ke-9, masih memburu ketua pengganas Agbimuddin Kiram, yang diperpercayai berjaya meloloskan diri sebelum serangan berskala besar dilakukan pada Selasa.
Agbimuddin Kiram dipercerayai sedang bersembunyi di kawasan Lahad Datu dan dimasukan dalam senarai Individu yang paling dikehendaki oleh pasukan keselamatan negara.
No comments:
Post a Comment