DATU Piah Kiram adalah anak kepada Esmail Dalus Kiram. Esmail adalah adik kepada Jamlul Kiram III.
Datu Piah adalah salah seorang yang terlibat perundingan dengan pihak polis sebelum kejadian tembak menembak di Kg Tanduo pada 1 Mac lalu.
Datu Piah kini telah menghilangkan diri dan perburuan menjejakinya sedang giat dijalankan.
Pada Sabtu, seorang "pemerintah tentera sulu" yang dikenal pasti sebagai Datu Amir Hushin Kiram telah ditangkap di kawasan paya di Semporna.
Dengan pengkapan beberapa orang penting pengganas, maka dipercayai pengganas telah lumpuh, walaupun beberapa yang dijejaki termasuk beberpa wanita masih bersembunyi sekitar kawasan Tanjung Batu Lahad Datu.
Ketua penceroboh Agbimuddin Kiram telahpun menyusup keluar sejak 11 Mac dan meninggalkan kumpulannya mengganas tanpa arah.
Kumpulan pengganas yang menduduki Kg Tanduo Lahad Datu pada 12 Februari, sebenarnya kehadiran mereka di tanah Sabah adalah awal. Mereka menjadikan Semporna sebagai sarang, manakala Kg Tanduo hanya sebagai "playing ground".
Pengganas menjadikan Semporna sebagai tempat operasi mereka, sehingga kumpulan itu membeli sembilan buah rumah di Kg Sri Jaya pulau Simunul sebagai sarang.
Kedatangan pengganas itu ke Sabah telah dirancang sejak januari lagi, apabila mereka datang secara berperingkat yang disertai orang-orang tua dan kanak-kanak untuk mengaburi pasukan keselamatan negara.
Sehingga kini seramai 108 anggota pengganas telah ditangkap, 68 orang mati dibunuh dan 258 orang ditahan kerana berbagai kesalahan.
Selepas tertangkapnya Datu Amir Bahar Kiram dan terbunuhnya Jeneral Hajdi Musa Abdulla serta mautnya pawang pengganas, dan kaburnya Agbimuddin, maka, pengganas kini hanya ada Datu Piah.
Di mana Datu Piah? Siapa yang melindunginya?
No comments:
Post a Comment