Sunday, March 31, 2013

Agbimuddin masih misteri

Pasukan keselamatan negara menyatakan bahawa Rajah muda Agbimuddin Kiram adik kepada Jamalul Kiram III yang mengaku Sultan Sulu telah menyusup pulang ke Selatan Filipina pada 11 Mac lalu, enam hari selepas bermulanya Ops Daulat.

Namun sehingga ke hari ini, pihak keselamatan Filipina belum mampu mengesan di mana Agbimuddin berada.

Laporan simpang siur berkaitan Agbimuddin orang yang paling dikehendaki ekoran pencerobohan Lahad Datu pada 12 Februari lalu.

Keluarga Jamalul Kiram III masih mengatakan bahawa Agbimuddin masih berada di Sabah, dan kini sedang mengatur gerakan bawah tanah menyusun melakukan huru hara terutama menjelang pilihanraya ke-13.

Sejauh mana kebenaran pengakuan keluarga Kiram itu, setakat ini belum ada laporan daripada pihak pasukan keselamatan negara.

Kawasan Pantai Timur Sabah telah dijadikan sebagai kawasan keselamatan Khas ESSCOM/ESSZONE untuk mengwujudkan keadaan aman di 10 daerah daripada Kudat hingga ke Tawau yang juga meliputi Semporna.

Setakat ini 68 pengganas sulu telah terbunuh, manakala jurucakap Kiram menyatakan bahawa hanya 9 orang daripadanya merupakan anggota Royal Sultan Force, sementara yang lain adalah anggota yang tidak dikenali.

Berasaskan pengakuan ini, maka telah sah bahawa Agbimuddin membayar pengganas upahan untuk melakuan keganasan di Lahad Datu.

No comments:

Blog Archive