Tidak sampai seminggu isu PEMBEKUAN PTPTN untuk UNISEL dan KUIS tiga Menteri pusat terperangkap: Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Dato Noh Omar dan Dato Khaled Nordin.
"Sepatutnya Pada awalnya mereka memberi kenyataan begini: PTPTN untuk sementara membeku pinjaman kepada dua Universiti milik kerajaan Selangor itu, bagi menunggu pengesahan daripada UNISEL dan KUIS apakah Kerajaan Selangor akan memberi pendidikan Percuma kepada pelajar yang diterima oleh kedua-dua Universiti itu. Seterusnya Jika pihak kerajaan menerima pengesahan bahawa pendidikan percuma diberikan, maka PTPTN akan dibekukan untuk dua universit itu, jika sebaliknya Kerajaan Selangor tidak memberikan pendidikan percuma, maka PTPTN akan disalurkan seperti biasa."
Kini, PTPTN untuk dua universiti itu diteruskan seperti biasa, kerana kritikan dari berbagai pihak termasuk pemimpin BN, terutama Ketua Pemuda Umno- Khairy Jamaluddin.
Jika sekiranya kenyataan sepertimana penulis nyatakan di atas, sudah tentu, "isu pembekuan" tidak mendapat kritikan.
Ambillah iktibar kepada kejadian ini, berfikirlah sebelum membuat kenyataan agar supaya senjata tidak makan tuan.
No comments:
Post a Comment