Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.
Dalam program wacananya untuk mendekati orang Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal jawab menjadi panas apabila peserta Melayu-Islam yang rata-rata muda bangkit bertanyakan soalan itu kepadanya.
Lim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud berbanding kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" dalamnya.
Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran, membanteras rasuah dan mempertahankan integriti.
"Kita hormati persamaan dan persefahaman yang dicapai. Ada perbezaan pendapat tetapi ia tidak menghalang untuk mengadakan persefahaman.
"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.
"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" di Shah Alam malam tadi anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.
Lim turut ditanya seorang anak muda bagaimana parti itu menerapkan kefahaman kepada bukan Islam mengenai hudud selepas ia didakwa ditakut-takutkan oleh pemimpin BN.
"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju.
"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya.

1 comment:
Lim Guan Eng berani bersuara demikian kerana percaya pengundi PAS tetap akan mengundi PAS. LGE percaya PAS tidak akan bantah kenyataannya. LGE takut undi cina akan berpindah kepada BN jika PAS melaksanakan hudud. Beranikah PAS menyanggah kenyataan LGE tersebut. Masihkah bermaruah PAS ini. PAS hanya berani menipu sesama melayu/Islam. Fikirkanlah.
Post a Comment