Showing posts with label Pas dah lupa Hudud. Show all posts
Showing posts with label Pas dah lupa Hudud. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

Mengapa Hadi hindar Hudud dalam ucapannya?

Mengapa Presiden Pas- Datuk Hadi Awang tidak menyentuh undang-undang Hudud dalam ucapannya pada Muktamar Pas ke-58? 

Mungkin penyebab utama, menagapa Presiden Pas itu tidak membangkit isu Hudud, kerana DAP sekutunya menentang pelaksanaan hudud. 

Benarlah, Pas mengikut telunjuk DAP, kerana perkara dasarpun, boleh Pas kompromi.

Ucapan Hadi yang memakan masa hampir 2 jam, tidak membangkitkan isu hudud, sebaliknya ucapan Presiden Pas itu, memberi harapan kepada perwakilan, bahawa pakatan antara Pas-DAP-PKR akan ke Putrajaya, sebaik keputusan PRU-13 diketahui.

Pada PRU-12 lalu, Pas menyumbang 24 kerusi Parlimen daripada 82 kerusi yang dimenangi pembangkang. Jumlah kerusi Pas adalah yang tersedikit, yang didahului PKR dengan jumlah 31 dan DAP 27.

Untuk menawan Putrajaya, sekurang-kurangnya diperlukan 112 kerusi parlimen bagi menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Thursday, June 28, 2012

Hudud bukan lagi matalamat Pas: Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam program wacananya untuk mendekati orang Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal jawab menjadi panas apabila peserta Melayu-Islam yang rata-rata muda bangkit bertanyakan soalan itu kepadanya.

Lim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud berbanding kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran, membanteras rasuah dan mempertahankan integriti.

"Kita hormati persamaan dan persefahaman yang dicapai. Ada perbezaan pendapat tetapi ia tidak menghalang untuk mengadakan persefahaman.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" di Shah Alam malam tadi anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.

Lim turut ditanya seorang anak muda bagaimana parti itu menerapkan kefahaman kepada bukan Islam mengenai hudud selepas ia didakwa ditakut-takutkan oleh pemimpin BN.

"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju.

"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya.

Blog Archive