Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini.
Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM). Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.
10 Mei lalu, satu protes burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut diadakan di hadapan rumah Ambiga. Justeru, acara senaman PVTM pagi ini adalah 'demonstrasi' kedua di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa sebulan. "Kami veteran tentera berhak buat bantahan terhadap musuh yang cuba merosakkan nama negara," kata Mohd Ali.
Pada 1 Mei lalu juga, PVTM bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.

1 comment:
haha..padan muka amburger.
lepas ni demo apa pula rakayt akan buat..? bayangkan kalau setiap minggu rakyat pakat ganti-ganti buat demo depan rumah dia, hahah bar dia tahu apa itu maksud mengganggu privacy rakyat masa bersih3 yg dianjurknnya...
Post a Comment