Thursday, April 05, 2012

Shahrir Samad tempelak mereka yang mempertikai SPR atau PDRM

Ahli Parlimen Johor Baharu-Dato' Shahrir Samad menemplak sesiapa yang mempertikai SPR ataupun PDRM dalam urusan pilihanraya.

Ahli Parlimen itu memberitahu parlimen hari ini, sebenarnya pilihanraya di negara ini cukup adil dan telus.

Dalam pilihanraya, rakyatlah yang menentukan siapa yang mereka pilih. Kemenangan seseorang calon adalah ditangan rakyat dan ketentuan Tuhan.

Menurutnya jangan salahkan siapa2 kalau kalah, kerana sememangnya, rakyatlah yang menentukan kemenangan seseorang calon dengan izinNya.

Shahrir berkata pada tahun 1988, beliau bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Johor Baharu melawan Barisan Nasional. Pada pertandingan itu beliau menang. Jika benarlah SPR menyebelahi BN, maka tidak mungkin beliau boleh menang.

Parti pembangkang kini, memberi tekanan kepada SPR dan polis, kononnya, parti mereka tidak akan menang, kerana SPR dan polis menyebelahi BN. Namun, mereka lupa pada PRU-12, mereka berjaya merampas lima negeri dan menafikan kuasa 2/3 BN.

1 comment:

THE BENCHMARK said...

http://thebenchmark0.blogspot.com/2012/04/recipe-of-half-truths-by-tony-pua-why.html

tolong war war kan tuan

Blog Archive