Akhirnya ahli PKR percaya juga bahawa Azmin Ali pernah memiliki saham bernilai RM8.5 juta antara tahun 1990-1994 semasa menjadi setiausaha kepada Anwar Ibrahim.
Pada Rabu, Ketua Penerangan PKR Ampang Mohd Isa Saidi mengugut untuk keluar parti jika Ahli Parlimen Gombak itu gagal menjelaskan kepada ahli parti mengenai dakwaan beliau dan isterinya memiliki saham sewaktu menjadi pegawai kerajaan pada tahun 1992.
Azmin berkata tidak ada sebab kukuh untuknya mengungkit kembali isu yang timbul sejak 20 tahun lalu selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tidak ada bukti yang dapat mengaitkannya dengan dakwaan itu.
Dalam perkembangan terbaru Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu enggan melayan tuntutan PKR Cabang Ampang yang mencabar beliau menjelaskan mengenai pemilikan saham bernilai jutaan ringgit.
Katanya, penjelasan itu perlu bagi mengelakkan kepercayaan ahli dan penyokong PKR tidak terjejas.
Beliau juga mendesak Azmin supaya meninggalkan PKR jika masih enggan membuka mulut mengenai isu tersebut.
Mac lalu, Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Azmin serta isteri termasuk iparnya membeli saham yang nilainya mencecah RM2 juta, sedangkan ketika itu (antara tahun 1990-1994) difahamkan beliau hanya menerima pendapatan kira-kira RM2,000 saja.
Dakwaan itu awalnya ditimbulkan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran, namun menyebut nilainya mencecah RM8.5 juta.
No comments:
Post a Comment