Pihak mana kah yang berjaya merampas kerusi-kerusi tersebut? apa kah masih mampu dipertahankan oleh penyandang?
Kawasan yang dimenangi BN dengan majoriti kecil
Kawasan yang dimenangi PR dengan majoriti kecil
Pada PRU-12, BN mendapat 140 kerusi parlimen berbanding PR 82. Walaupun berlakunya PRK selepas pilihanraya itu, namun komposisi kerusi tidak berubah. PR hanya kehilangan jumlah kerusi di dewan rakyat pada masa ini kerana wakil rakyat mereka, berubah menjadi wakil rakyat bebas, demiian juga berlaku pada BN, apabila komponen parti itu, SAPP menjadi bebas di parlimen.Melihat kepada keputusan PRU-12 itu, semuanya boleh berlaku, samada 14 kerusi itu ditawan BN atau ditawan PR atau tetap tidak berubah.
Memandangkan kepada jumlah majoriti yang diperolehi, sudah tentu masing-masing pihak telah melakukan percaturan samada untuk mempertahankan atau merampas kerusi-kerusi tersebut.
Jika sekiranya, status quo bertahan, maka pada PRU-13, akan datang, nampaknya PR masih kempunan merampas Putrajaya.
No comments:
Post a Comment