Datuk Sharizat Abdul Jalil adalah MP tiga penggal bagi P.121 Lembah Pantai, sebelum kalah kepada pendatang baru daripada PKR, Nurul Izzah Anwar pada PRU-12 lalu.
Dalam rekod Sharizat, dua kali bertanding, yakni pada PRU-1990 dan 2004, majoritinya di atas 10,000; Tahun 1990-13,389,manakala tahun 2004-15,288.
Pada Pru-1999 Sharizat hanya menang tipis 1,454 dan tahun 2008, juga kalah tipis 2,895 undi.
Akibat perkembangan Fidlot- projek peternakan lembu nasional, yang membabitkan keluarga Ketua Wanita Umno itu, maka peluangnya untuk bertanding semula telah malap.
Sudah tentu, Barisan Nasional tidak mahu mencalonkan seseorang yang boleh menjadi liabilti kepada parti.
Isu Fidlot atau National Fidlot Centre (NFC) terbangkit apabila Ketua Audit Negara membuat laporan agak negatif terhadap projek itu.
Isu NFC telahpun dijawab oleh Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, dan pejelasan panjang lebar oleh MP Rembau, namun, persepsi berhubung kait dengan projek tersebut membawa negatif terhadap kerajaan.
Apapun penjelasan mengenai NFC itu, tidak dapat memperjelas kedudukkan yang sebenarnya, kerana ada unsur, salah matalamat dari segi penggunaan wang pinjaman berfaedah rendah itu.
Memang benar secara pelaburan, wajar wang yang tersimpan dalam akaun semasa dilaburkan kepada pelaburan yang dijamin pulangannya seperti pembelian bon atau harta, namun tujuan pinjaman itu bukanlah ke arah itu.
Jika, keuntungan daripada tujuan asal digunakan sebagai pelaburan, mungkin boleh diterima, kerana wang itu, bukan lagi daripada pinjaman asal, namun menggunakan pinjaman asal untuk tujuan berlainan adalah salah.
Pembelian sebuah kondo yang bernilai RM9.8 juta daripada pinjaman yang diberikan kerajaan untuk membina NFC, walaupun menurut MP Rembau adalah perkiraan pelaburan, namun cara itu tidak boleh dibenarkan.
Kita perlu mengambil iktibar daripada isu NFC, jika di masa hadapan, ada projek seumpama ini, jangan lah mengambil peluang, mengalihkan pinjaman itu, kepada bukan tujuan asalnya.
Hasrat Kerajaan untuk membina NFC agar negara tidak bergantung kepada daging import, dan sekurang-kurangnya devisa negara dapat dijimatkan. Namun, akibat "salah" urus, maka hasrat kerajaan itu tidak tercapai, malah menjadi kemelut dan masalah kerajaan.
Kesilapan yang diberikan amanah oleh kerajaan, seolah-olah kerajaan memberi pedang pada pihak lawan untuk menikam semula kerajaan.
Akibat isu NFC, pemimpin berpotensi seperti Sharizat, menjadi mangsa oleh keluarganya sendiri.

No comments:
Post a Comment