Setelah berdiam seketika, akhirnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan hak kumpulan penganjur dan penyokong program kontroversi 'Seksualiti Merdeka 2011' apabila menyifatkan ia sebaga imedan perbincangan bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT) terutama dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan.
Beliau pada masa yang sama turut membidas beberapa pihak yang membantah penganjuran program itu terutamanya secara berterusan menghina penganjur serta individu yang terlibat.
Sebelum ini polis mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.
Malah pihak polis turut mengambil keterangan empat individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga bagi membantu siasatan.
Ambiga yang juga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini turut mengesahkan bersetuju merasmikan program itu esok (Rabu) atas kapasiti peribadi.

No comments:
Post a Comment