Showing posts with label LGBT. Show all posts
Showing posts with label LGBT. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Awas!! Kalau Pakatan menang-LGBT disahkan

Dalam Perlembagaan Negara khususnya Perkara 8 Klausa 1 dan 2, gender yang dimaksudkan adalah lelaki dan wanita. Untuk itu, dalam tafsiran Pelembangaan, seseorang rakyat negara ini, perlu mengisthirkan dirinya sesuai dengan tafsiran dalam klausa tersebut.

Namun, menurut Pakatan Rakyat, klausa tersebut tidak adil, kerana tidak mengiktiraf pilihan individu atau hak individu untuk mengklasifikasikan dirinya.

Pakatan Rakyat, menggunapakai tafsiran hak menurut barat, yakni pengkelasan jantina, selain lelaki dan perempuan, namun termasuk juga Lesbian, Gay, Biseksiual dan Transeksual (LGBT).

Melalui pengiktirafan itu nanti, adalah untuk membolehkan perkahwinan sejenis, seperti yang berlaku di barat. Nota- mana-mana agamapun di dunia, tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Tuesday, November 08, 2011

Akhirnya Anwar sokong seksualiti merdeka

Setelah berdiam seketika, akhirnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan hak kumpulan penganjur dan penyokong program kontroversi 'Seksualiti Merdeka 2011' apabila menyifatkan ia sebaga imedan perbincangan bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT) terutama dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan.

Beliau pada masa yang sama turut membidas beberapa pihak yang membantah penganjuran program itu terutamanya secara berterusan menghina penganjur serta individu yang terlibat.

Sebelum ini polis mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.

Malah pihak polis turut mengambil keterangan empat individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga bagi membantu siasatan.

Ambiga yang juga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini turut mengesahkan bersetuju merasmikan program itu esok (Rabu) atas kapasiti peribadi.

Friday, November 04, 2011

Tiada isu lain kah? asyik bincang Lesbian, Gay, Biseks dan Transgander

APABILA fikiran rakyat semakin bebas dan terbuka, maka macam-macam isu dibincang, malah yang taboo dahulu, tidak taboo lagi.

Perbuatan SODOMI misalnya, pada tahun 80-an, tidak manis disebut, namun kini di mana-mana sudah disebut, malah media arus perdana termasuk TV milik kerajaan tidak segan silu menyebutnya.

Kini,lesbian, gay, biseks dan transgander, menjadi bualan, kerana tindakan sekelompok kecil masyarakat bercerita mengenainya.

Di Malaysia, isu-isu besar seperti keperitan hidup rakyat kurang mendapat tempat, namun perkara-perkara iseng seperti LGBT menjadi perhatian.

Wednesday, November 02, 2011

Pengaruh Anwar cukup kuat, sehingga Majlis peguampun sokong kegiatan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender

BENARLAH apa kata mantan Ketua Polis Negara semasa perhimpunan Perkasa minggu lalu, bahawa Hak Asasi Manusia yang berkumandang kini, akan mengugat kontrak sosial dalam negara.

Kini, suara majoriti semakin tenggalam, sebaliknya suara minoriti semakin bergema kerana prinsip hak asasi. Berdasarkan gema itu, kedudukan Lesbian, Gay, Bisexsual, trangander (LGBT)kini mendapat sanjungan, malah majlis peguam mahu perdana menteri memberi jaminan agar aktiviti golongan LGBT dilindungi.

Aktiviti LGBT sekarang ini mengadakan pesta, sehingga 13 November, dan akan dirasmikan oleh pengerusi BERSIH Ambiga pada 9 November.

Jika sekiranya kedudukkan LGBT diiktiraf, maka kedudukkan agama akan kuncar kacir, kerana tiada agama yang membenarkan hubungan sejenis.
 

Blog Archive