Tuesday, September 06, 2011

KD melahirkan anak luar nikah

PENYANYI popular Indonesia, Kris Dayanti, 36, selamat melahirkan seorang bayi perempuan, Amora Arianna Lemos melalui pembedahan pada pukul 3.21 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Mitra, Jakarta.

Ini merupakan anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Raul Lemos. Mereka berkahwin pada bulan Mac lalu.

Sebelum ini, Kris telah pun memiliki seramai dua orang anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang.

KD mencetuskan kontroversi sebelum ini kerana membuat pengakuan berani yang dia telah hamil sebelum bernikah.

KD juga mencetuskan adegan lucah semasa perkahwinannya di sebuah masjid di Jakarta kerana berciuman mulut dengan suaminya di depan imam seusai dinikahkan.

No comments:

Blog Archive