MALANG...anggota polis mengusung keluar mayat along yang ditemui mati.
PETALING JAYA: Padah menimpa seorang along yang mahu menuntut hutang apabila dia ditemui mati di dalam tandas sebuah pusat karaoke dan kopitiam berhampiran Petaling Jaya Commercial Centre (PJCC) di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa, Phua Wei Loon, 25, ke premis itu menuntut hutang daripada pemilik pusat berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, dalam kejadian jam 9.30 malam itu mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh seorang rakan yang mencarinya selepas dia gagal dihubungi.
“Rakannya yang berusia 24 tahun naik ke tingkat atas premis dan menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dalam tandas lalu menghubungi polis,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Banting, dekat sini, dipercayai mati akibat ditetak dan kecederaan parah di badan serta kepala.
No comments:
Post a Comment