Saturday, July 16, 2011

Lebih 2000 laporan polis terhadap AMBIGA takkan Tiada Tindakan

Pihak berkuasa perlu mendakwa Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tidak ada siapa yang kebal daripada undang-undang.

Pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang berkata, tindakan boleh diambil kerana amat jelas, Ambiga telah melanggar Akta Polis apabila menganjurkan perhimpunan haram.

"Bagi kesalahan yang lebih serius seperti hasutan dan menggugat ketenteraman awam, polis perlu melengkapkan siasatan untuk mengetahui sama ada terdapat kes untuk mendakwa bekas Presiden Majlis Peguam itu di mahkamah.-utusan

Kita semua tahu kalau bukan Ambiga, Baharuddin Ahmad tidak akan mati, ya ajal ditangan Tuhan, tetapi penyabab utamanya adalah Ambiga.

Kalau bukan Ambiga, Hostpital Tung Shin tidak akan jadi bahan berita, demikian juga, kalau bukan Ambiga para peniaga di sekitar Kuala Lumpur tidak akan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit.

Kerana Ambigalah pengunjung Pusat Beli Belah seperti KLCC dan Pavillon menurun sehingga 60%.

Sekirannya pihak Polis dan Pejabat Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadap laporan rakyat negara ini terhadap Ambiga, ditakutkan rakyat akan kehilangan kepercayaan terhadap badan itu.

Sebelum rakyat benar-benar kehilangan keyakinan adalah baik dilakukan pendakwaan terhadap Ambiga dalam masa sesingkat-singkatnya.

No comments:

Blog Archive